Sunday, January 24, 2016
SENTIASA BERDOA AMALAN KEKASIH ALLAH
Oleh Zulhairi Fetani
Dari sebelum dan selepas makan, masuk tandas dan keluar tandas hinggalah sebelum dan selepas bangun tidur. Rasulullah bersungguh-sungguh mengajarkan kita bahawa kehidupan itu TIDAK boleh berpisah dengan DOA. Solat itu sendiri adalah DOA. Orang yang tidak berDOA dalam kehidupan adalah seperti menobatkan dirinya sama seperti TUHAN.
Sedangkan agama yang dibawa Rasulullah adalah agama perhambaan menafikan hatta kudrat yang ada pada manusia, apatah lagi apabila mereka dalam ketakutan dek bahaya, kerisauan atas ajal yang menunggu diluar pintu rumah mereka.
Jalan kehidupan yang sentiasa misteri, kebimbangan dari waktu silam yang menyekat gerak geri. Tanpa DOA maka jadilah kita seperti manusia yang telah mensia-siakan kehidupan sungguhpun masih belum dicampakkan ke dalam api neraka.
Bagaimana besarpun kepastian seseorang itu atas kemusnahan terhadap dirinya selepas mati, selagi mulutnya tidak pernah berhenti berDOA, Allah lebih tahu betapa BESAR kasih sayangNya kepada mereka yang sentiasa berDOA. Kerana berDOA itu adalah amalan kekasihNya dari bangkit hingga tidur ..
Thursday, January 14, 2016
Pengganas...BUKAN ORANG ISLAM
Sama ada ia disengajakan ataupun tidak.. permasalahan yang menjadikan AGAMA sebagai alasan bukan sesuatu yang baru.
SAYA sendiri pernah menghadiri tamrin dikendalikan beberapa pensyarah yang memuji tindakan pengebom berani mati demi melunaskan apa yang mereka fahami sebagai tindak balas orang Islam yang menggerunkan kuasa besar dunia.
Mereka menggunakan kisah penindasan terhadap orang Islam sebagai sebab utama mengapa perlu diwujudkan gerakan sulit ini.
Namun sebagai orang Islam yang tidak pernah berhenti mengkaji agama ini saya yakin method yang mereka ikrar dan laksanakan amat bertentangan dengan tanggungjawab manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini. Mereka ini bertindak dalam keadaan kejahilan dan buta untuk mengenal orang Islam jenis yang bagaimanakah diiktiraf oleh Allah.
Mengambil nyawa sendiri atas perang yang tidak pernah dihalalkan oleh agama. Padahal semua pun tahu syarat ketat dalam agama sebelum seseorang itu layak untuk menumpahkan darah individu yang lain.
Kalau agama pun mereka bergantung pada suapan orang lain. Tidak tergerak untuk mengkaji makna dan isi AlQuran yang semakin mudah untuk difahami dalam apa bahasa sekalipun. Tidak hairanlah AGAMA yang melorongkan mahluk yang hina ini ke SYURGA terhalang dek fitnah yang berterusan oleh mereka yang gagal memahami isi AL QURAN.
Subscribe to:
Posts (Atom)