Friday, December 11, 2020

MUDAH LUPA MASALAH BESAR MANUSIA

 


Dalam solat berapa kali kita sebut Allahuakbar? Tapi setiap kali itulah selain Allah masuk dalam fikiran kita sepanjang waktu dalam solat. Berapa banyak kali sebutan Allahuakbar itu diulang menunjukkan betapa mudahnya manusia jadi lalai dan lupa. Dalam kiraan saat hati manusia boleh dipalingkan malah ada yang tidak sedar hingga solat selesai. Solat tanpa khusyuk tiada nilai apa2 disisi Allah. Kehidupan tanpa ibadah adalah kehidupan yang sia sia dan hanya menanti kebinasaan di akhirat. 

Manusia tanpa sedari setiap saat bergelut untuk mempertahankan destinasi selepas mati sama ada pulang ke kampung syurga atau tersesat di dalam neraka. Setiap saat itu mereka tewas dan kebanyakkannya makan bertahun lamanya sehingga perlukan jalan yang terlalu jauh untuk kembali memahami tujuan hidup mereka. 


Amal ibadah yang pada zahirnya kelihatan mudah dan ringkas seperti Solat dan Zikir sebenarnya membawa kesan yang cukup besar terhadap manusia terutama sekali dalam mengatasi masalah semulajadi manusia iaitu mudah lupa. Tahukah kita masalah mudah lupa ini jika tidak dapat diatasi dengan kesungguhan dalam ibadah solat dan zikir ini boleh menyebabkan diri kita TERSESAT ke dalam neraka? 


Mudah lupa adalah MASALAH BESAR bagi manusia. Sebab itu ibadah manusia Allah turunkan dengan cara yang BERULANG-ULANG malah solat pada asalnya bukan lah 5 waktu sahaja. ALLAH lebih tahu kelemahan manusia namun apabila waktu solat dikurangkan hingga tinggal hanya 5 waktu sahaja lihatlah apa yang terjadi kepada manusia.. Manusia terus lupa dan membinasakan diri sendiri tanpa sedar hanya kerana lupa. 


Manusia perlu kembali latih mulut untuk sentiasa berzikir setiap saat walaupun ada yang akan kata perbuatan itu seperti orang yang sudah gila. Penyesalan apabila lupa itu lebih daripada gila. Berzikir dan membesarkan Allah dengan kalimahNya membantu manusia memahami kalimah ALLAHUAKBAR yang diulang-ulang dalam solat. Apa yang difikirkan ketika solat itu adalah bukti siapakah yang manusia lebih besarkan dalam kehidupan mereka.