Wednesday, May 8, 2019
TIDUR SELEPAS SAHUR KEMPUNAN LAYANAN VVIP
Alangkah ruginya mereka yang berjaya bangun menyediakan juadah dengan hiruk pikuk ahli keluarga terpekik terlolong mengejutkan mereka yang sukar bangun tidur, namun setelah bersahur mereka terus kembali ke tempat tidur dan kemudiannya terpaksa dikejutkan semula ketika masuk waktu Subuh.
Tahukah kita waktu apakah ketika kita bersahur itu?
Tahukah kita bahawa ada dua kumpulan manusia yang Allah panggil untuk dibenarkan masuk ke dalam Syurga serta merta ketika seluruh manusia berkumpul di padang Mashyar iaitu sebelum hisab atau pengadilan dijalankan? Dua golongan elit dilayan bagai VVIP meninggalkan yang lain untuk menghadapi saat yang paling mendebarkan.
Layanan istimewa ini diberikan kepada mereka yang bangun malam bersolat tahajjud ketika yang lain sedang lena dibuai mimpi dan mereka yang sentiasa dalam keadaan memuji muji Allah.
Ramadhan bulan yang penuh dengan ganjaran yang dilipatkaligandakan tersembunyi amalan istimewa golongan manusia terhebat namun disia-siakan dengan dengan kajahilan kita tentangnya. Ibadah kita tempelkan dengan objektif yang palsu sedangkan yang benar-benar menjadi buruan diabaikan.
Inilah masa untuk melatih diri agar tidak liat bangun waktu tahajjud dan akhirnya menjadi kebiasaan untuk dijadikan amalan melengkapkan syarat-syarat khas untuk dipilih sebagai ahli kumpulan elit VVIP ketika jutaan manusia dalam kekesalan.
Subscribe to:
Posts (Atom)