Mungkin ada sebahagian dari kita yang menganggap politik kepartian ini melemaskan. Ada pula yang menjadikan politik kepartian agenda harian dan menjadi terlalu peribadi untuk di usik..Tidak hairanlah jika berpolitik itu menyebabkan permusuhan dan perpecahan...
Pada dasarnya politik demokrasi ini ada banyak kelemahan. Ia kelihatan terlalu hodoh apabila manusia yang berpolitik itu tidak menjadikan perlembagaan sebagai asas serta panduan. Di negara barat, demokrasi berjalan seperti mana yang diinginkan.. Agenda kemakmuran dan kesejahteraan menjadi asas perjuangan tanpa mengira sempadan politik. Parti yang menunjukkan prestasi yang lebih baik akan diberi mandat.
Tidak seperti di Malaysia perbezaan ideologi yang sangat ketara telah merosakkan perpaduan rakyat. Hanya parti pemerintah sahaja yang bertungkus lumus menyediakan khidmat yang terbaik untuk semua rakyat sedang parti yang menjadi pencabarnya lebih berminat untuk memenuhi kepentingan sesuatu kaum dan menganggungkan individu tertentu. Agenda rakyat hanya gula-gula politik yang akan dikesampingkan apabila berjaya mendakap jawatan. Lebih tidak bertanggungjawab ialah perbuatan mempergunakan agama sebagai kelebihan untuk disokong dan mendakwa diri lebih kuat pegangan agamanya berbanding yang lain.
Jadi dimanakan letaknya hak rakyat yang hanya menagih harapan agar negara terus makmur dan sejahtera? Siapakah yang sebenarnya dapat menjadi pencabar sebenar yang boleh dijadikan pilihan lain sekiranya kerajaan yang sedia ada telah ketandusan bakat jika parti lain yang ada tidak ikhlas memperjuangkan nasib rakyat?
Situasi ideologi yang tidak menyebelahi rakyat ini hanya akan menyebabkan rakyat dihanyutkan sehingga tidak lagi memperdulikan kemakmuran dan kesejahteraan mereka sendiri. Segala kemajuan yang mereka nikmati tidak menyebabkan mereka mengiktiraf usaha gigih kerajaan. Bagi mereka asalkan parti yang memerintah kerajaan jatuh dan digantikan dengan parti yang disokong mereka, itu lah menjadi matlamat.. Sama ada parti yang digantikan itu boleh melakukan lebih baik atau tidak itu bukan lagi menjadi persoalan..Akhirnya rakyat juga yang rugi.. rakyat Malaysia telah menyusahkan diri mereka sendiri...
Demokrasi
Demokrasi bukanlah model kenegaraan dalam Islam. Memberikan kuasa memilih pemimpin negara kepada semua rakyat menyebabkan perpecahan yang boleh memudaratkan kemakmuran dan kesejahteraan. Model negara yang mempunyai sistem monarki lebih menjamin perpaduan walaupun kuasa pemerintahan diwarisi keturunan. Namun adakah kita pernah diberi pilihan? Persoalan yang lebih penting adalah bagaimana cara kita menguruskan demokrasi dengan cermat dan mewujudkan perpaduan rakyat melalui kestabilan politik.
Demokrasi menyebabkan pengaruh politik melebar luas sehingga kesegenap penjuru negara. Sesuatu isu yang pada asalnya hanya sekadar isu biasa akan menjadi terlalu besar apabila dipolitikkan .. Jika dahulu hanya melalui siaran TV segala isu dapat diselesaikan, kini sambutan rakyat terhadap media internet mewujudkan keseimbangan accessibility kepada rakyat sehingga memaksa parti pemerintah bersaing secara dekat. Media sosial dan blog saban hari menjadi gelanggang pertembungan tidak kira siang dan malam.
Inilah hakikatnya yang perlu kita terima.. Kita semua diheret ke dalam kancah konflik politik kerana demokrasi.. Namun jauh disudut hati mahukan ini semua berakhir lalu baik pemerintah mahupun rakyat dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada peranan masing-masing dalam memastikan kemakmuran dan kesejahteraan terus menjadi milik Malaysia.