Wednesday, July 20, 2016

KISAH DARI LADANG SEMBELIHAN NAJIB RAZAK




Dunia media sosial ini sudah tepu dengan mainan propaganda hingga kita tidak dapat membezakan yang manakah pujian yang tulen atau sekadar kisah yang dianyam untuk menaikkan imej pemimpin di mata rakyat.

Melalui kisah yang didedahkan Muhammad Azri bahawa Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak secara tidak disengajakan menjadi watak yang sangat kritikal dalam mengelakkan tercetusnya konflik berskala besar atau pertembungan 2 kuasa besar dunia atau lebih dramatik permulaan PERANG DUNIA 3 yang selama ini dijadikan mainan senario dunia khayalan pertempuran maya.

Kisah yang tidak dijangka apabila dunia mengunci mulut membantutkan langkah membiarkan pihak yang bertelagah saling menuding jari, Manusia yang bernama Najib Bin Razak memberanikan diri melangkah masuk di tengah-tengah ladang sembelihan manusia. Dikala negara sugul meratap tragedi MH17, hanya peranan sebagai wakil kerajaan pemilik syarikat penerbangan menjadi perisai.

Keistimewaan itu dimanfaatkan sepenuhnya apabila wakil pemberontak yang menguasai kawasan nahas hanya mahu berunding dengan Najib Razak.. Bukan OBAMA.. Bukan Vladimir Putin..

Di situlah punca babak kerakusan kuasa besar meluaskan pengaruh dipintas dan di buntukan. Watak yang tidak pernah dijangkakan muncul ditengah-tengah pentas merencatkan keghairahan pelakon-pelakon berpakaian penuh berlumuran darah dari terus keluar mengambil tempat di hadapan pentas.

Namun dimanakah Najib Razak kini sekembalinya beliau dari pentas dunia? Siapakah yang boleh kita ibaratkan seperti sang kera yang menerima sekuntum bunga...?

Zulhairi Fetani























No comments:

Post a Comment