Thursday, May 14, 2026

Dunia hanya untuk KENAL nilai AKHIRAT

 


 

KITA turun ke Dunia ini dalam keadaan KOSONG. Tak tahu apa-apa. Kita melalui fasa pembelajaran yang cukup panjang untuk mempersiapkan diri berdepan dengan alam dewasa. 

Kita diperkenalkan dengan latihan dan peperiksaan. 

Kita mula merasakan susah payah untuk mendapatkan sesuatu. Indahnya mencapai kejayaan. Peritnya ditimpa kegagalan. 

Mengenal musuh dan kawan. Sakitnya dikhianati dan diperdaya. Memahami makna kekal dan sementara. Yang Palsu Dusta. 

AKHIRAT itu hari pembalasan, setelah manusia melalui fasa peperiksaan di Dunia. Siapa yang cemerlang amalnya akan diasingkan tempatnya dari yang gagal. Tanpa kita kenali kecemerlangan dalam hal duniawi mana mungkin kita mampu mencipta kecemerlangan di Akhirat. 

Jika kita tidak takut dan bimbang gagal di dunia, mana mungkin bisa kita rasa tenang jika ditakdirkan ke neraka?

Jika kita sedar untuk tempatkan diri dikalangan mereka yang cemerlang itu bukan mudah dan penuh dengan susah payah, bagaimana hidup kita bisa hidup disibukkan dengan hiburan dan kelekaan?

Jika hidup kita sering jadi mangsa khianat si pendengki dan penipu, bagaimana seharian kita tunduk dengan nafsu dan diperdaya syaitan musuh yang nyata? 

Jika hidup kita melihat orang sekeliling kita satu persatu meninggalkan kita, bagaimana kita boleh kecualikan diri dari bakal menimpa nasib yang sama?

Jika hidup kita sudah merancang persediaan menempuhi zaman persaraan, bagaimana kita boleh abaikan nasib dan keadaan kehidupan kita selepas mati yang kekal abadi berbanding kehidupan dunia yang sementara?

Jika hidup kita percaya hanya dengan kesungguhan, kecekalan dan kesabaran kita mampu berjaya, bagaimana kita boleh yakin dapat layanan yang baik oleh Allah di dalam kubur jika usaha untuk memperbaiki amal pun dibuat sambil lewa seperti melepaskan batuk di tangga?


 


OH Sebab nak jual buku TADABUR..

 

Amat lega sebenarnya jika saya terjumpa ada pihak lain sama-sama memperjuangkan usaha untuk ORANG MELAYU memahami Al Quran. Namun sayangnya setakat ini yang saya jumpa ialah 3 orang penjual buku TADABUR. Salah satu daripadanya saya sudah beli dan saya dapati lebih baik terus fokus ulang baca terjemahan berkali-kali. Kesimpulannya, mereka ini hanya menyebabkan ORANG MELAYU takut untuk baca Terjemahan Al Quran kerana mereka beri gambaran Buku Tadabur mereka lebih afdal dan lebih mudah difahami. Ini amat bertentangan dengan apa yang terkandung dalam AlQuran bahawa Kitab ulung itu sifatnya JELAS, NYATA lagi MENJELASKAN. Oleh kerana sifatnya JELAS maka turunnya keterangan-keterangan memaluinya sudah cukup menjadikan manusia dipertanggungjawabkan. Sekiranya ada pihak mendakwa AlQuran melalui terjemahan memerlukan sokongan ulamak ataupun kitab tadabur maka mereka telah mendakwa Al Quran terjemahan itu tempang dan perlukan sokongan. Ini bertentangan dengan sifat Al Quran yang :-

 "Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan." 1:15

 Jika bahasa menjadi isu, sudah tentulah pakar penterjemah sudah menjalankan tanggungjawabnya. Jika mahu mendapatkan pandangan lebih dengan teknik tadabur itu hanyalah pilihan dan bukan pra-syarat kerana Allah telah berkata;-

 

"Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran." 3 :7

 Jadi jika sekadar ingin menjual buku maka saya masih mencari-cari siapakah sebenarnya berkongsi kebimbangan bahawa ORANG MELAYU sebenarnya belum benar-benar ISLAM kerana masih MEMINGGIRKAN usaha untuk memahami maksud AlQuran melalui terjemahan. Sampai bilakah ORANG MELAYU dibiarkan dalam kegelapan dan menyadari bahawa sekadar membaca ARAB nya saja adalah suatu dosa dan keingkaran yang besar tanpa disempurnakan dengan mengetahui makna disebalik yang disebutkan itu. Bila sudah ada kesedaran dan malu jadi orang Islam yang buta ilmu kitab yang menjadi panduan, ada pula pihak yang mengambil kesempatan membuat untung duniawi malah dijadikan jalan kepada Allah itu bengkok dengan pelbagai syarat rekaan. Moga Allah tunjukkan kesudahan bagi mereka yang inkar.