Wednesday, April 22, 2026

Gen Z dan Dilemma Alam Pekerjaan

 

"Generasi panas punggung"

Itulah ungkapan sesuai untuk Gen Z bila dikaitkan dengan alam pekerjaan. Sikap mereka distereotypekan sebagai generasi yang sukar untuk berpuashati, tidak mahu dipersalahkan dan generasi yang kurang ketahanan terhadap tekanan. Sikap mereka membuatkan majikan pening kepala. Ketahanan generasi terdahulu terhadap realiti alam pekerjaan tidak dapat diperturunkan kepada mereka.  

Mereka mempunyai penasihat-penasihat yang lebih kurang sebaya umur mereka juga. Kononnya nasihat generasi terdahulu tidak lagi relevan dan mereka mampu survive dengan peralatan canggih yang mereka mahir gunakan sejak kecil. Penasihat yang separuh masak menggunakan resepi yang sama seperti mana generasi lama pernah diperdaya kononnya mereka sudah berjaya di usia yang sangat muda. Generasi lama yang terus berpuashati dengan upah tidak seberapa dianggap seperti memperbodohkan diri dan menutup peluang untuk maju sekelip mata. 

Mereka rata-rata memasang angan-angan yang cukup tinggi tanpa mempersediakan diri untuk berdepan dengan realiti yang mengecewakan. Mereka gagal memahami nasib setiap manusia itu berbeza-beza khusus dalam bab pendapatan seperti dalil di bawah;-

 Musyawarah (42:27) 

۞ وَلَوْ بَسَطَ ٱللَّهُ ٱلرِّزْقَ لِعِبَادِهِۦ لَبَغَوْا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَـٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٍۢ مَّا يَشَآءُ ۚ إِنَّهُۥ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرٌۢ بَصِيرٌۭ ٢٧

Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.


Memasang angan-angan dan impian tiada salahnya. Tetapi jika ia terbit dari dorongan pepengaruh  ataupun perkongsian gaya hidup mewah di sosial media, angan-angan tiba-tiba menjadi bebanan yang mesti dicapai dengan cara apa sekalipun. Maka bermula dari situlah Gen Z terbelenggu dengan dilemmanya. Seiring dengan rentak pantas sosial media, kerjaya mereka disesebuah syarikatpun tidak mampu bertahan lama. 

Nasihat saya kepada Gen Z, mana-mana generasi pun kita tetap manusia berkongsi masalah yang sama. Namun sikap kita dalam menghadapi masalah yang membezakan kita. Sikap kurang sabar dan tidak berfikir panjang ada baik dan buruknya. Yang penting kita ambil semua faktor sebelum membuat keputusan. Generasi terdahulu lebih mengutamakan kestabilan. Tak sanggup kami heret anak isteri dilambung ombak yang ganas. Sanggup kami mencari sudut didaratan menanti hari terang dan laut telah kembali tenang. Jika sabar itu kene pada tempatnya, walaupun lambat sedikit, pasti akan sampai juga di pelabuhan. 

 

Tuesday, April 21, 2026

Puluhan Ribu Pasangan Bercerai Kerana Pengaruh Sosial Media

 


Seramai 53,245 pasangan Islam di seluruh negara bercerai dalam tempoh sembilan bulan tahun ini.

Daripada jumlah itu, Selangor merekodkan jumlah kes perceraian tertinggi iaitu 10,774 kes, diikuti Johor (6,078), Kedah (4,582), Perak (3,908) dan Kelantan (3,820). 

Jumlah ini amat membimbangkan kerana Institusi keluarga adalah unit yang paling asas untuk menikmati kehidupan yang berkualiti. Ia menjejaskan setiap anggota keluarga dan paling sedih anak-anak yang masih mentah untuk menerima realiti pahit ini. 

Mungkin kualiti kepimpinan Suami sebagai ketua keluarga menjadi fokus. Namun kuasa talak yang terletak pada lelaki tidak bermakna apa-apa apabila sudah banyak kes gagal memujuk isteri kembali taat pun mampu memaksa suami melafazkan cerai. Pendek kata keutuhan rumahtangga terletak kepada kedua-dua belah pihak dan sejauh mana mereka mempunyai pengaruh terhadap pasangan masing-masing. 

Walaupun zaman sosial media masih belum wujud pun sudah berlaku banyak penceraian, Impak sosial media amat menyeluruh kerana ramai individu membiarkan diri mereka dan ahli keluarga menghabiskan banyak masa di sosial media. Sosial media dijadikan medan tidak kira sesiapa pun untuk menyebarkan agenda meluaskan pengaruh merubah pemikiran ramai. Adakalanya pendapat yang di sebarkan dengan cara tidak bertanggungjawab tanpa mengambil kira kesan terhadap kesihatan mental orang ramai. Lebih parah dek kerana terlalu ramai ingin jadi penasihat, AlQuran yang sepatutnya menjadi panduan diabaikan dan hanya jadi bahan ritual kosong yang amat menghinakan. 

Media sosial juga menjadi tempat ramai menayang kelebihan masing-masing kemudian dengan cara sedar atau tidak menyebabkan hubungan pasangan lain menjadi tawar kerana sering membandingkan kehidupan dan akhirnya tidak menghargai apa yang dimiliki.  

 

 Bangsa Romawi (30:21) 

وَمِنْ ءَايَـٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَـٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ ٢١

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.


Wanita (4:19) 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا يَحِلُّ لَكُمْ أَن تَرِثُوا۟ ٱلنِّسَآءَ كَرْهًۭا ۖ وَلَا تَعْضُلُوهُنَّ لِتَذْهَبُوا۟ بِبَعْضِ مَآ ءَاتَيْتُمُوهُنَّ إِلَّآ أَن يَأْتِينَ بِفَـٰحِشَةٍۢ مُّبَيِّنَةٍۢ ۚ وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلْمَعْرُوفِ ۚ فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًۭٔا وَيَجْعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيْرًۭا كَثِيرًۭا ١٩

Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).



Lembu Betina (2:237) 

وَإِن طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةًۭ فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ إِلَّآ أَن يَعْفُونَ أَوْ يَعْفُوَا۟ ٱلَّذِى بِيَدِهِۦ عُقْدَةُ ٱلنِّكَاحِ ۚ وَأَن تَعْفُوٓا۟ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۚ وَلَا تَنسَوُا۟ ٱلْفَضْلَ بَيْنَكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ ٢٣٧

Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.

Diriwayatkan oleh Nabi Muhammad:

“Aku diperlihatkan neraka, dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita kerana mereka kufur.”
Para sahabat bertanya: “Adakah mereka kufur kepada Allah?”
Baginda bersabda:
“Mereka kufur terhadap suami dan kufur terhadap kebaikan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang daripada mereka sepanjang masa, kemudian dia melihat sesuatu yang tidak disukai darimu, dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat kebaikan darimu sama sekali.’”

 

 KESIMPULAN

Jangan fokus hanya pada kekurangan pasangan

Sentiasa ingat kebaikan yang pernah dia buat

Layan pasangan dengan ihsan (baik & hormat)

Jangan padam semua kebaikan pasangan hanya kerana satu kesilapan

Menghargai kebaikan pasangan adalah perkara besar dalam Islam

Setiap pasangan ada kurang & lebih

Fokus pada kebaikan, bukan hanya kelemahan

Islam sangat tekankan

Jangan jadi orang yang hanya nampak salah, lupa jasa

Hubungan kuat bila dua-dua saling kenang kebaikan