Sunday, June 14, 2020

KEARAH PERPADUAN MELAYU ISLAM YANG TULEN



Saya cadang pada PRU 15 semua parti politik Melayu yang berjaya menumbangkan kerajaan PH DAP meneruskan kesepakatan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu dengan pembahagian kerusi samarata.

Semua pihak perlu komited meneruskan agenda Melayu Islam dan meletakkan kepentingan parti di BELAKANG. Ketulenan usaha Penyatuan Ummah ini perlu direalisasikan tanpa perlu mempersoal kedudukan dan mengungkit sejarah lama yang tidak langsung memberi manfaat kepada tujuan asal persepakatan.

Ahli mahupun pemimpin parti bebas berhijrah malah diadakan asimilasi secara tersusun antara parti agar satu hari nanti dapat diwujudkan gabungan Parti Melayu Islam yang sempurna dan hampir mustahil untuk ditumbangkan.

Setiap parti ada kelemahan dan pernah menjadi penyebab beberapa siri perpecahan dalam sejarah politik negara namun tidak pernah belajar kerana kuasa MONOPOLI yang ada pada mereka.

UMNO tidak lagi dapat mempertahankan kedudukan itu kerana jelas kedudukan sebagai parti terbesar orang melayu sebelum ini digunakan untuk mempamerkan keangkuhan dan kesombongan hingga mengundang rasa tidak puas hati ahli sendiri yang kemudiannya menubuhkan parti baru.

Dengan perlantkan Perdana Menteri dari PPBM seharuskan memberi isyarat bahawa zaman monopoli UMNO telah berakhir dan siapa yang masih terbawa2 sikap sombong dan angkuh perlu berubah atau berundur untuk pastikan aspirasi Perpaduan Melayu Islam Tulen ini dapat dijayakan tanpa gangguan dari dalam.

Semua parti perlu meyakinkan pengundi Melayu bahawa mereka tidak lagi akan mengulangi kesilapan dahulu yang sering berebut kerusi dan jawatan sesama sensidiri sehingga rakyat diabaikan.

Segala pergerakan berbentuk hasutan merosakkan perpaduan ini perlu dibenteras dan dijadikan teladan agar sejarah perpecahan bangsa tidak berulang lagi.