Wednesday, April 22, 2026

Gen Z dan Dilemma Alam Pekerjaan

 

"Generasi panas punggung"

Itulah ungkapan sesuai untuk Gen Z bila dikaitkan dengan alam pekerjaan. Sikap mereka distereotypekan sebagai generasi yang sukar untuk berpuashati, tidak mahu dipersalahkan dan generasi yang kurang ketahanan terhadap tekanan. Sikap mereka membuatkan majikan pening kepala. Ketahanan generasi terdahulu terhadap realiti alam pekerjaan tidak dapat diperturunkan kepada mereka.  

Mereka mempunyai penasihat-penasihat yang lebih kurang sebaya umur mereka juga. Kononnya nasihat generasi terdahulu tidak lagi relevan dan mereka mampu survive dengan peralatan canggih yang mereka mahir gunakan sejak kecil. Penasihat yang separuh masak menggunakan resepi yang sama seperti mana generasi lama pernah diperdaya kononnya mereka sudah berjaya di usia yang sangat muda. Generasi lama yang terus berpuashati dengan upah tidak seberapa dianggap seperti memperbodohkan diri dan menutup peluang untuk maju sekelip mata. 

Mereka rata-rata memasang angan-angan yang cukup tinggi tanpa mempersediakan diri untuk berdepan dengan realiti yang mengecewakan. Mereka gagal memahami nasib setiap manusia itu berbeza-beza khusus dalam bab pendapatan seperti dalil di bawah;-

 Musyawarah (42:27) 

۞ وَلَوْ بَسَطَ ٱللَّهُ ٱلرِّزْقَ لِعِبَادِهِۦ لَبَغَوْا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَـٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٍۢ مَّا يَشَآءُ ۚ إِنَّهُۥ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرٌۢ بَصِيرٌۭ ٢٧

Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.


Memasang angan-angan dan impian tiada salahnya. Tetapi jika ia terbit dari dorongan pepengaruh  ataupun perkongsian gaya hidup mewah di sosial media, angan-angan tiba-tiba menjadi bebanan yang mesti dicapai dengan cara apa sekalipun. Maka bermula dari situlah Gen Z terbelenggu dengan dilemmanya. Seiring dengan rentak pantas sosial media, kerjaya mereka disesebuah syarikatpun tidak mampu bertahan lama. 

Nasihat saya kepada Gen Z, mana-mana generasi pun kita tetap manusia berkongsi masalah yang sama. Namun sikap kita dalam menghadapi masalah yang membezakan kita. Sikap kurang sabar dan tidak berfikir panjang ada baik dan buruknya. Yang penting kita ambil semua faktor sebelum membuat keputusan. Generasi terdahulu lebih mengutamakan kestabilan. Tak sanggup kami heret anak isteri dilambung ombak yang ganas. Sanggup kami mencari sudut didaratan menanti hari terang dan laut telah kembali tenang. Jika sabar itu kene pada tempatnya, walaupun lambat sedikit, pasti akan sampai juga di pelabuhan. 

 

Tuesday, April 21, 2026

Puluhan Ribu Pasangan Bercerai Kerana Pengaruh Sosial Media

 


Seramai 53,245 pasangan Islam di seluruh negara bercerai dalam tempoh sembilan bulan tahun ini.

Daripada jumlah itu, Selangor merekodkan jumlah kes perceraian tertinggi iaitu 10,774 kes, diikuti Johor (6,078), Kedah (4,582), Perak (3,908) dan Kelantan (3,820). 

Jumlah ini amat membimbangkan kerana Institusi keluarga adalah unit yang paling asas untuk menikmati kehidupan yang berkualiti. Ia menjejaskan setiap anggota keluarga dan paling sedih anak-anak yang masih mentah untuk menerima realiti pahit ini. 

Mungkin kualiti kepimpinan Suami sebagai ketua keluarga menjadi fokus. Namun kuasa talak yang terletak pada lelaki tidak bermakna apa-apa apabila sudah banyak kes gagal memujuk isteri kembali taat pun mampu memaksa suami melafazkan cerai. Pendek kata keutuhan rumahtangga terletak kepada kedua-dua belah pihak dan sejauh mana mereka mempunyai pengaruh terhadap pasangan masing-masing. 

Walaupun zaman sosial media masih belum wujud pun sudah berlaku banyak penceraian, Impak sosial media amat menyeluruh kerana ramai individu membiarkan diri mereka dan ahli keluarga menghabiskan banyak masa di sosial media. Sosial media dijadikan medan tidak kira sesiapa pun untuk menyebarkan agenda meluaskan pengaruh merubah pemikiran ramai. Adakalanya pendapat yang di sebarkan dengan cara tidak bertanggungjawab tanpa mengambil kira kesan terhadap kesihatan mental orang ramai. Lebih parah dek kerana terlalu ramai ingin jadi penasihat, AlQuran yang sepatutnya menjadi panduan diabaikan dan hanya jadi bahan ritual kosong yang amat menghinakan. 

Media sosial juga menjadi tempat ramai menayang kelebihan masing-masing kemudian dengan cara sedar atau tidak menyebabkan hubungan pasangan lain menjadi tawar kerana sering membandingkan kehidupan dan akhirnya tidak menghargai apa yang dimiliki.  

 

 Bangsa Romawi (30:21) 

وَمِنْ ءَايَـٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَـٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ ٢١

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.


Wanita (4:19) 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا يَحِلُّ لَكُمْ أَن تَرِثُوا۟ ٱلنِّسَآءَ كَرْهًۭا ۖ وَلَا تَعْضُلُوهُنَّ لِتَذْهَبُوا۟ بِبَعْضِ مَآ ءَاتَيْتُمُوهُنَّ إِلَّآ أَن يَأْتِينَ بِفَـٰحِشَةٍۢ مُّبَيِّنَةٍۢ ۚ وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلْمَعْرُوفِ ۚ فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًۭٔا وَيَجْعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيْرًۭا كَثِيرًۭا ١٩

Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).



Lembu Betina (2:237) 

وَإِن طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةًۭ فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ إِلَّآ أَن يَعْفُونَ أَوْ يَعْفُوَا۟ ٱلَّذِى بِيَدِهِۦ عُقْدَةُ ٱلنِّكَاحِ ۚ وَأَن تَعْفُوٓا۟ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۚ وَلَا تَنسَوُا۟ ٱلْفَضْلَ بَيْنَكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ ٢٣٧

Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.

Diriwayatkan oleh Nabi Muhammad:

“Aku diperlihatkan neraka, dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita kerana mereka kufur.”
Para sahabat bertanya: “Adakah mereka kufur kepada Allah?”
Baginda bersabda:
“Mereka kufur terhadap suami dan kufur terhadap kebaikan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang daripada mereka sepanjang masa, kemudian dia melihat sesuatu yang tidak disukai darimu, dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat kebaikan darimu sama sekali.’”

 

 KESIMPULAN

Jangan fokus hanya pada kekurangan pasangan

Sentiasa ingat kebaikan yang pernah dia buat

Layan pasangan dengan ihsan (baik & hormat)

Jangan padam semua kebaikan pasangan hanya kerana satu kesilapan

Menghargai kebaikan pasangan adalah perkara besar dalam Islam

Setiap pasangan ada kurang & lebih

Fokus pada kebaikan, bukan hanya kelemahan

Islam sangat tekankan

Jangan jadi orang yang hanya nampak salah, lupa jasa

Hubungan kuat bila dua-dua saling kenang kebaikan


Thursday, March 12, 2026

Mana Ustaz2 yang sibuk burukkan SYIAH sekarang?

 

 

Masih segar rasanya para penceramah , Ustaz2 buat road tour di sokong Jabatan Agama, berforum membincangkan tentang BAHAYA SYIAH. Sehari dua ini dikala peperangan masuk minggu kedua apabila desas desus kematian Natanyahu semakin kedengaran, rupanya dah 3 kali Trump memujuk Iran untuk terima gencatan senjata, NAMUN Iran menolak dengan memberi alasan tidak lagi mahu mempercayai TRUMP setelah berkali-kali dikhianati. 

Masa untuk memberi mesej jelas agar tiada lagi sesiapapun dibelakang hari terdetik rasa untuk mengulangi Perang yang dibuat tidak semena-mena. Gencatan sejata hanya memberi peluang musuh untuk bernafas sebelum kembali menyerang. Begitulah keberanian yang meleburkan ego sebuah negara yang sentiasa menjadikan aset-aset pertahanannya sebagai sebab untuk dinobatkan sebagai pemilik kuasa ketenteraan terhebat didunia. Berbanding Iran, perbandingan ini sentiasa diulangi dalam Al Quran untuk menguji keimanan kita terhadap kekuasaan Allah berbanding kekuasaan mahluk yang diciptaNya. Jelas langkah Iran untuk tetap meneruskan perang hingga ketahap HANCUR adalah sebagai memenuhi tuntutan didalam Al Quran. 

Iran sebuah negara majoriti SYIAH yang dilemparkan tuduhan setaraf SESAT rupanya amat memuliakan Al Quran dalam setiap polisi pemerintahannya termasuk ketika perang. Sedangkan pihak yang mengecam Syiah pula mengabaikan Al Quran hingga ketahap sanggup memperbodohkan masyarakat dengan kelas mengaji AlQuran tetapi rupanya hanya belajar bunyikan bahasa yang mereka tak faham. Kalau faham pun tidak bagaimana nak amalkan? Islam atas nama tapi jiwanya kosong keran tidak di isi dengan Al Quran. Musuh pun tidak gentar dengan Islam segebini. Mereka ini di ibarat seperti lembu yang menanti masa untuk dikorbankan. 

Seruan untuk berjihad dan hukum mempersiapkan diri untuk menghadapi musuh dalam peperangan pun tidak pernah dibicara secara umum kerana takut dituduh pengganas. Mudahnya musuh menguasai kita hanya dengan propaganda yang secara sistematik mengabaikan Al Quran dari bangku sekolah lagi. Selagi ada guru-guru tajwid selagi itulah masyarakat kita terus dikuasai propaganda mengalihkan tumpuan terhadap Al Quran hanya sekadar bunyi bunyian yang tidak ada makna dalam kehidupan. Besarnya dosa penunggang agama dah la sibuk memburukkan sesama Islam, Al quran yang menjadi sumber pegangan kita pun dihina sebegitu rupa. 

 

Thursday, January 22, 2026

KITA TAK PERNAH ADA AGAMA, YANG ADA HANYALAH KEBIASAAN

 

 


 

KITA TAK PERNAH ADA AGAMA, YANG ADA HANYALAH KEBIASAAN

Perhatikan apa yang kita lalui sejak dari kecil. Kita disuruh itu dan ini tanpa dinyatakan sebab. Buat saja tak perlu banyak tanya. Ibu ayah kita pun sebenarnya tak mampu nak jawab bila ditanya kenapa. Dalam ceramah ustaz pun hanya suruh buat itu dan ini. Kalau tak buat di kata tidak ada agama. Tak takut Allah ke? Tak takut mati ke? Nanti nak jawab apa dengan Allah? Selebihnya hanya nasihat peribadi dan ada juga kecam orang sana sini. 

Apabila Jemaah Tabligh hadir memperkenalkan kita dengan konsep asas Islam, masyarakat anggap ia terlalu asing dan didakwa seperti membuang kehidupan duniawi. Aktiviti jemaah itu yang sering meninggalkan keluarga berbulan-bulan seperti menguatkan sebab menyarakat kita tanpa sedar telah  menolak konsep asas Islam kita panggil sebagai akidah.

Ya kita semua pernah tahu rukun iman, namun tanpa mengenali asas-asas akidah seperti yang telah dijelaskan dalam AlQuran, belum tahu lagi sama ada kita sebenarnya menerima atau menolak/menentang agama ini sama seperti Abu Jahal. 

Bagi yang belum pernah membaca Al Quran, AlQuran ini isinya sarat dengan berita-berita dari Akhirat. Iaitu suatu perkara yang belum berlaku lagi. Melalui AlQuranlah kita tahu sifat-sifat Allah dan kekuasaanNya terhadap kita dan alam semesta. AlQuran jualah yang menjadikan kita mampu melihat kehidupan dari perspektif sebagai mana yang Allah mahukan. Ia membentuk sikap kita terhadap kehidupan jauh berbeza berbanding menusia lain yang tidak beragama. Persaingan antara kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat. Atau sifatnya sesuatu yang segera, dapat dilihat dan sementara dengan sesuatu yang ditangguhkan, tidak dapat dilihat dan kekal abadi. 

Dikala turunnya AlQuran di bumi Mekah, Rasulullah lah orang pertama memperkenalkan konsep Akhirat. Oleh kerana konsep pembalasan itu bertentangan dengan nafsu, konsep ini ditolak dengan begitu hebat. Konsep yang sama dibawa Jemaah Tabligh kepada kita, tetapi dimana silapnya hingga kita seolah-olah bersikap seperti Abu Jahal. Melebihkan Akhirat dianggap satu kesesatan padahal itulah konsep yang dibawa oleh Rasullulah. 

 Lebah (16:107) 

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمُ ٱسْتَحَبُّوا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا عَلَى ٱلْـَٔاخِرَةِ وَأَنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْكَـٰفِرِينَ ١٠٧

(Kekufuran mereka) yang demikian, ialah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada hari akhirat, dan kerana Allah tidak memberi hidayah petunjuk yang menyampaikan kaum yang kufur ingkar (kepada kebahagiaan di akhirat).

 

Guruh (13:26) 

ٱللَّهُ يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقْدِرُ ۚ وَفَرِحُوا۟ بِٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ إِلَّا مَتَـٰعٌۭ ٢٦

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

Hujah-hujah dari Al Quran seperti di atas adalah panduan dan bagaimana seseorang membuktikan  bahawa dia telah pun menjadi seorang yang menerima agama ini, bukan menolaknya tanpa sedar dan mendakwa telah Islam tanpa terlebih dahulu merujuk merujuk kepada AlQuran yang sepatutnya menjadi panduan dan bukan sekadar bacaan kosong tanpa makna. 

Melebihkan Akhirat dari kehidupan duniawi akan menjadikan menusia menimbang berat setiap perbuatan dengan kesan baik buruk yang bakal dihadapi di Akhirat yang kekal abadi. Kehidupan manusia yang mengutamakan duniawi akan menggap remeh segala pembalasan di Akhirat seterusnya merugikan diri mereka sendiri. 

Orang yang melebihkan Akhirat dari kehidupan duniawi akan menjadikan menusia lebih tenang melalui susah senang kehidupan dunia kerana menyedari ia bersifat sementara dan diakhirat bakal memenuhi segala kemahuan kita. 

 

Friday, January 16, 2026

Work - Life Balance tiada dalam Islam

 

 


 

 Work - Life Balance tiada dalam Islam, Hatta keseimbangan dunia dan akhirat pun tidak wujud. 

Di negara maju,  istilah "Work - Life Balance" amat popular hingga menjadi agenda sesebuah negara untuk memastikan rakyat mempunyai masa lebih berbanding waktu mereka perlu berada di tempat kerja.  "Work - Life Balance" kini menjadi isu setiap organisasi hingga menyebabkan konflik antara generasi. Menyedari kesengsaraan generasi terdahulu menjadi mangsa manipulasi organisasi hingga menghabiskan sebahagian besar masa hidup mereka demi kepentingan syarikat, generasi baru tidak lagi mahu hidup mereka melalui jalan yang sama. Mereka lebih rela hidup sederhana dari terikat dengan waktu bekerja yang panjang. 

Dalam Al Quran tidak pula membicarakan tentang Work - Life Balance. Bekerja adalah tuntutan kehidupan bagi manusia. Dalam ayat dari surah Jumaah ini jelas manusia bekerja untuk memenuhi keperluan mahupun kehendak. Cuma pesan Allah titipkan ialah janganlah berkerja hingga melupakan Allah kerana kejayaan bukan diukur dengan pekerjaan tetapi selagi mana seseorang itu mampu mengingati Allah pada setiap masa termasuk semasa waktu bekerja. 

  

 Hari Jumaat (62:10) 

فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَٱبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِ ٱللَّهِ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ١٠

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Melalui surah Guruh ayat 26, Allah tegaskan banyak ke sikit hasil usaha seseorang itu adalah sepenuhnya dibawah ketentuanNya. Jadi kerisauan tetang rezki adalah perbuatan sia-sia. Allah kemudiannya menegaskan kesenangan kehidupan di dunia yang menjadi pilihan ramai manusia hingga ingkar kepada Nya hanya kesenangan yang kecil berbanding Akhirat. Kalau dapat pun tidak kekal seperti kesenangan diakhirat. Sebab itu orang yang senang didunia pasti tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbangnya apabila tiba masa mereka dipisahkan dari kehidupan yang serba indah itu. Itu situasi orang yang sempat mengecapi kehidupan senang lenang itu. Bagi mereka yang ditentukan kehidupan yang serba kekurangan dan tidak pula dapat menikmati "Work - Life Balance" nasib mereka bahkan lagi teruk kerana sudah lah kehidupan di dunia tidak merasai hidup senang, di Akhirat pula berganda lebih sengsara selamanya. 

Dakwaan Allah bahawa kehidupan dunia itu hanyalah kesenangan sementara adalah perkara mudah untuk sesiapapun melihat hakikatnya. Waktu hidup ini terlalu pantas berlalu hingga menyebabkan kita makin tergesa-gesa pada setiap masa. Sampai satu tahap kita tidak ada masa lagi untuk merancang sebelum melakukan sesuatu. Mujur ada AI sebagai bantuan agar manusia dapat mengejar masa dengan mengurangkan sedikit kerja. Hakikat kehidupan akan bertemu dengan kamatian dengan halaju lebih pantas sepatutnya memudahkan kita untuk angkat tangan dan ambil saja ketetapan Allah bahawa kehidupan Akhirat itu lebih baik dan apa pun yang ada didunia ini akan terlalu pantas meninggalkan kita. Ya betul kita tidak ada banyak masa lagi. Atas kesedaran ini mereka menuntut "Work - Life Balance". 

  

 

 Guruh (13:26) 

ٱللَّهُ يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقْدِرُ ۚ وَفَرِحُوا۟ بِٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ إِلَّا مَتَـٰعٌۭ ٢٦

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

Dalam Ayat 107 surah Lebah pula, Allah meletakkan punca manusia menolak adanya kehidupan Akhirat kerana mereka meletakkan keutamaan mereka kepada kehidupan dunia. Jelas hidup seimbang dunia dan akhirat juga bertentangan dengan kehendak Allah. Dunia dan Akhirat saling berlawanan. Manusia hanya perlu pilih salah satu dan tiada keselamatan bagi mereka yang memilih kehidupan dunia berbanding akhirat. Pernyataan ini turut disokong dalam surah Hud ayat 15 hingga 16. 

 Lebah (16:107) 

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمُ ٱسْتَحَبُّوا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا عَلَى ٱلْـَٔاخِرَةِ وَأَنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْكَـٰفِرِينَ ١٠٧

(Kekufuran mereka) yang demikian, ialah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada hari akhirat, dan kerana Allah tidak memberi hidayah petunjuk yang menyampaikan kaum yang kufur ingkar (kepada kebahagiaan di akhirat).



Hud (11:15) 

مَن كَانَ يُرِيدُ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَـٰلَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ ١٥

Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.


Hud (11:16) 

أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ إِلَّا ٱلنَّارُ ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا۟ فِيهَا وَبَـٰطِلٌۭ مَّا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ ١٦

Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.




Wednesday, January 14, 2026

CINA TIDAK AKAN CEMBURUKAN HAK ISTIMEWA JIKA MEREKA TAHU MACAM MANA SAYA JADI ORANG MELAYU

 




TERPERANJAT GALLOWAY BETAPA TOKSIDNYA CINA DI MALAYSIA

Beliau turut menyifatkan dakwaan seorang wartawan kononnya nasib Kaum Cina di Malaysia sama seperti nasib rakyat Palestin sebagai sesuatu yang memalukan. Beliau menegaskan bahawa kaum cina telah berada di merata dunia termasuk di Malaysia dan mereka menunjukkan kerajinan dan kemampuan mereka untuk berjaya dalam perniagaan, tetapi menyifatkan Malaysia seperti sebuah negara Apartheid adalah dakwaan yang keterlaluan. 

Setelah lebih sedekad Malaysia diperkenalkan dengan identiti menerima kaum pendatang sebagai warganegara besertakan syarat dasar kerajaan memberi hak keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputra, masih ada lagi pertikaian yang belum selesai. Bahasa mudah saya kepada mereka yang terlalu berharap untuk dilayan istimewa seperti Melayu dan Bumiputra, laluannya mudah.. Jadi seperti Penulis.

Penulis dilahirkan dari rahim seorang wanita berbangsa cina dan kini sungguhpun anak dan ibu ini bukan lahir di Malaysia, kami berdua berjaya dikategorikan sebagai orang Melayu dan layak menikmati hak istimewa yang tertulis dalam perlembagaan negara seperti berikut;-

 Dalam Perlembagaan Malaysia, takrifan Orang Melayu tertakluk di bawah Perkara 160(2), yang menggariskan seseorang itu mestilah beragama Islam, bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat budaya Melayu, dan lahir sebelum Merdeka (atau keturunan mereka). Perlembagaan juga melindungi kedudukan istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak melalui Perkara 153, melibatkan hak dalam perkhidmatan awam, biasiswa, dan pendidikan, dengan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab melindunginya. 

Oleh kerana bapa saya orang Melayu maka lengkaplah syarat saya sebagai orang melayu. Sungguhpun ada orang cina seperti Mekyun yang hanya tahu berbahasa melayu siap dengan dialek Kelantan, tetapi beliau sekeluarga belum lagi dianggap orang melayu kerana masih tidak beragama Islam. Begitulah ikatan Melayu dengan Islam sungguhpun Melayu itu boleh saja memilih agama lain seperti melayu di Philipina. 

Masyarakat Melayu Singapura era sebelum merdeka gemar mengambil anak angkat dari bangsa asing terutama sekali dari bangsa cina. Keadaan ekonomi orang cina ketika itu amat sukar memaksa mereka menyerahkan anak mereka kepada keluarga Melayu. Boleh dikatakan lebih 10% kanak-kanak dalam sesebuah perkampungan Melayu ketika itu adalah dari keturunan Cina. Begitulah kebaikan orang melayu sanggup menerima anak angkat cina dan mungkin juga kesungguhan mereka menyahut saranan para guru agama yang cukup berpengaruh ketika itu untuk mengembangkan agama Islam. Mungkin juga kaitan melayu dan Islam dalam perlembagaan dibuat untuk memungkinkan perkembangan umat Islam melaluinya. 

Namun setakat ini, Hak Istimewa ini tidak menjadi penggalak kepada perkembangan Islam. Malah jumlah penganut kristian dikalangan orang cina yang semakin bertambah. Mereka berani mencabar perlembagaan dan menjadikan hak istimewa orang melayu sebagai modal politik untuk menyuntik rasa ketidakpuashatian dikalangan orang cina. Lucut warganegara? Lebih 63 ribu orang cina melepaskan kerakyatan mereka dalam tempoh yang singkat. Percaturan ini mungkin sudah diduga dan wasiat Tunku agar orang melayu bersatu di bawah PAS jika berlaku apa-apa terhadap UMNO menunjukkan orang melayu tidak perlukan sokongan bangsa pendatang untuk mentadbir negara sendiri. Limpahan air liur bertoksid pemimpin DAP hanya menyebabkan perpindahan secara beramai-ramai orang cina meninggalkan negara ini. Masyarakat cina akan sedar banyak perkara menghadkan kuasa sesiapapun dalam pentadbiran negara termasuk Agong dan Raja2. Dalam sistem demokrasi setiap keputusan kerajaan ada impak kepada sentimen rakyat yang mengundi. Giliran untuk mendapat kuasa hanya mendedahkan betapa bulan bintang yang dijanjikan hanya permainan lidah semata. Hujungnya nanti yang datang merantau akan terus merantau mencuba nasib di segenap sudut dunia. Bumi Allah itu luas. Mereka lebih faham dan mampu hidup di mana2 benua yang mereka pilih.