Wednesday, August 17, 2011

Antara Pentas, Tirai dan Pelakonnya



Antara Pentas, Tirai dan Pelakonnya....3 elemen wajib yang pasti ada sejak berkurun lama dalam lipatan sejarah persembahan teater dunia.. Tidak kiralah dari wayang kuno opera Cina, Tok Dalang dengan wayang kulitnya hinggalah ke pementasan karya William Shakespeare. Pentas sebagai platform yang lebih tinggi untuk menarik tumpuan dan perhatian.. Tirai yang menutup pandangan sebelum play bermula... dan Pelakon yang memainkan watak tertentu mengikut jalan ceritanya..

Antara Pentas, Tirai dan Pelakonnya... Seringkali dikaitkan dengan falsafah kehidupan yang mana dunia ini umpama pentas dan manusia adalah pelakonnya.. Realitinya kehidupan setiap manusia mempunyai cerita atau laluan hidup yang berbeza beza dan ada pula laluannya melintasi laluan cerita hidup manusia yang lain.. Namun hakikatnya hanya ada satu laluan untuk setiap manusia dimana permulaan dan akhirnya mereka perlu tempuhinya sendirian..


Antara Pentas, Tirai dan Pelakonnya... Pentas menjadi tempat para pelakon memainkan watak dan menghasilkan cerita.. Setiap watak saling menyokong watak yang lain ... Sungguhpun laluan cerita serta watak mereka berbeza, setiap kali melintasi laluan cerita pelakon yang lain pasti akan meninggalkan kesan tersendiri.. Begitu juga dengan hidup kita, pasti akan diketemukan dengan pelbagai jenis ragam manusia... Ada yang memberi kesan yang baik kepada kehidupan kita dan ada pula memberi kesan yang sebaliknya. Baik atau pun buruk.. kita akan bawa ia bersama sendirian untuk dibentang dihadapan Yang Maha Pencipta..




Alangkah ruginya jika kita sering diketemukan dengan orang yang memalitkan lumpur dan meninggalkan debu semata. Di zaman yang penuh dengan fasya' dan munkar ini pasti debu dan lumpur  melimpah dan mencurah disegenap sudut hingga sangat melemaskan. Mungkin saja debu dan lumpur itu telah sebati disekeliling kita sehingga kita tidak mampu untuk mengenal dan membezakan yang mana dia baik lagi bersih dan yang mana itu kotor lagi nista..Berdoalah kita ketika pentas telah melabuhkan tirainya agar mereka yang dulu kita ikuti itu mendapat kesengsaraan yang berganda ganda!.. Namun sayang Allah SWT hanya menjawab kamu dan mereka tiada bezanya...

Oleh itu, sentiasalah berwaspada atas bencana yang tidak pernah kita inginkan, ia datang dan singgah untuk  meninggalkan kesannya atas kealpaan kita.. Kesengsaraan yang dibawanya akan membebankan diri kita sendirian dan tidak akan dipedulikan langsung dari mana datang  asal puncanya..

Hendaklah kamu sentiasa berhati hati dengan manusia disekelilingmu, kerana kamu tidak akan sekali kali dengan mudah untuk menerima kesulitan yang hadir disebabkan orang lain.. Lebih lebih lagi jika kesulitan itu merupakan azab Allah yang Maha Dasyat lagi tidak tertanggung pedihnya!

Wallahu a'lam