Tuesday, April 12, 2022

RUU Lompat Parti : RUU Lompat Parti

 



RUU Lompat Parti

 

Wakil Rakyat VS Wakil Parti

 

Ketika proses pilihanraya kita guna terma Wakil Rakyat.. Kita minta rakyat pilih individu untuk mewakili mereka. Individu yang mampu membawa suara dan hasrat mereka. Parti mana pun mereka wakili agenda wakil rakyat itu tetap lebih utama kerana itulah sebab berlakunya proses pemilihan.

 

Tetapi apa yang berlaku disebalik proses itu ialah ada organisasi yang terlebih dahulu melakukan proses memilih individu untuk dijadikan calon. Organisasi ini yang akan menaja dan menggerakkan kempen dengan harapan calon itu menang dan akan menyokong organisasi itu untuk membentuk kerajaan.

 

Namun soal penajaan dan sokongan ini sebenarnya menafikan hak rakyat yang membuat pemilihan untuk mengangkat wakil mereka. Mandat yang diberi rakyat hanya sekadar syarat yang menjadi alat untuk mendapatkan kuasa kepada pengemudi parti bukan lagi untuk membawa suara mereka seperti tujuan asal mandat diberikan. Wakil rakyat perlu mempunyai kebebasan untuk melaksanakan kuasa yang diberikan oleh rakyat sekiranya hak rakyat yang memilih tidak dihormati parti. Parti di Serawak contohnya bebas untuk menyokong mana2 gabungan yang berjaya membentuk kerajaan demi meneruskan pembelaan terhadap rakyat negeri itu.

 

Kebebasan wakil rakyat adalah asas demokrasi dan aktiviti tajaan dan gerakan kempen sesebuah parti hanya sampingan. Wakil rakyat bukan kedudukan yang diberikan oleh parti tetapi oleh rakyat melalui proses demokrasi. Parti dibentuk atas persepakatan wakil2 rakyat. Wang tajaan dan gerakkan kempen sesebuah parti tidak mampu untuk mengatasi nilai undi yang diberikan oleh rakyat. Parti tidak boleh menyahnilaikan undi rakyat hanya kerana nak senangkan hati ketua parti yang bermasalah dengan wakil rakyat. Jika itu berlaku lebih baik tidak ada proses pemilihan wakil rakyat. Biarkan saja Ketua parti letakkan orang2 yang mereka senangi dan tukar apabila perlu agar rakyat tidak dipaksa untuk membuang undi berkali kali hanya kerana wakil yang dibenci ketua parti.

 

Menjadikan wang yang dilaburkan parti dan jentera parti yang bekerja sebagai asas demokrasi menggantikan kuasa mengundi rakyat adalah sejenis sistem baru dan bukan dari amalan demokrasi. Lebih baik negara bertukar kepada sistem khalifah jika mahu menggantikan demokrasi.

 

Sepatutnya parti yang dipimpin oleh pemimpin yang lemah hingga tidak mampu membentuk persepakatan wakil rakyat yang perlu ditukar. Kuasa perlu dikongsi dan suara perlu dari kumpulan yang ramai.. Bukan dikumpulkan semua kuasa kepada satu dua manusia yang mengawal parti.

No comments:

Post a Comment