Saturday, October 31, 2020

10 RIBU KE 10 SEN KE PRINSIP SIMPANAN IALAH JANGAN USIK

 



10 RIBU KE 10 SEN KE PRINSIP SIMPANAN IALAH JANGAN USIK


Pakar perunding kewangan dah kata prinsip SIMPANAN ialah JANGAN USIK. 10 RIBU ke 10 SEN ke. Perlu tahu simpanan itu untuk tujuan apa. Ada jenis simpanan kita khaskan untuk kecemasan, maka apabila kecemasan gunalah. Ada jenis simpanan kita sudah tetapkan hanya untuk digunakan selepas persaraan maka jelas selagi boleh jangan sekali kali digunakan sebelum mencapai umur persaraan. Itu pun ramai yang gagal uruskan wang ini lebih2 lagi ia diberikan dalam jumlah yang besar. Ada yang berbelanja tidak berhemah dan ada juga yang ditipu skim cepat kaya. Maka ada pula yang melihat skim pencen bulanan lebih menjamin kesejahteraan hari tua dan mengelakkan golong warga emas ini tersepit dengan masalah kewangan dikala tidak lagi mampu untuk bekerja. 


Kerajaan perlu untuk memastikan undang2 ini dipertahankan kerana jika tidak kerajaan juga yang terpaksa memberi bantuan kepada golongan pesara ini jika ia berlaku. 


Cukuplah dengan banyak kelonggaran yang sebenarnya satu pencabulan prinsip simpanan ini atas sebab kelangsungan hidup melalui akaun 2. Malah kerajaan memperkenalkan kaedah pengeluaran khas secara bulanan selama melalui akaun 2 ini sebaik sahaja mengumumkan PKP. Kita tidak tahu sampai bila pandemik ini akan berakhir. Kerajaan tidak mahu alasan pandemik ini meninggalkan kesan lebih panjang dari sepatutnya. 


Lebih baik kerajaan menumpukan bantuan secara bersasar dengan rizab yang masih besar jumlahnya dari membenarkan rakyat mengunakan duit simpanan persaraan mereka sendiri. Sekali kita benarkan simpanan diusik maka tidak mustahil pelbagai lagi alasan selain pandemik akan timbul pada masa hadapan dan akhirnya matlamat kerajaan menubuhkan KWSP tidak akan tercapai dan kerajaan akan tersepit pada masa hadapan apabila rakyat yang perlu dibantu jumlahnya bertambah apabila mereka mencapai usia persaraan.

No comments:

Post a Comment