Tuesday, September 4, 2018

PEMIMPIN POLITIK TIDAK PROFESIONAL RUGIKAN NEGARA



Diperhujung pertarungan badminton biasa kita lihat yang menang berjabat tangan dengan yang kalah. Ada juga kita dengar mereka menjadi rakan karib sambil menyokong antara satu sama lain. Ini lah sikap professional yang amat kita kagumi. Cukup matang dan dihormati.

Namun ia tidak berlaku dikalangan parti dan pemimpin politik yang bertanding dalam pilihanraya. Mereka cukup tidak berdisplin dan sanggup menang dengan cara yang tidak bermaruah.

Mereka saling bermusuhan hingga kelihatan seperti keanak-anakkan. Yang kalah tidak mahu membimbing mereka yang bakal mengambil tugas dan yang menang mencari2 salah orang yang mereka telah gantikan.

Akhirnya rakyat dan negara rugi akibat sikap tidak profesional orang2 politik yang menguasai negara ini.

No comments:

Post a Comment