Sunday, May 20, 2018

PAKATAN HARAPAN DIHANTUI TUDUHAN KEATAS NAJIB






Apakah peluang untuk UMNO bangkit semula tanpa Najib?

Beliau mungkin ambil tanggungjawab atas kekalahan UMNO tetapi tidak mustahil sokongan rakyat akan kembali pulih apabila lebih banyak dakwaan terhadap Najib dan kerajaan BN dalam PRU sebelum ini terpaksa dibersihkan oleh kerajaan PH sendiri. Situasi ini memberi kelebihan semula kepada Najib apabila rakyat akan mengakui negara sebenarnya dalam kedudukan yang amat baik ketika dibawah kepimpinan beliau.

Apa salahnya DS Najib dikekalkan? DAP yang pernah kalah 12 kali pun masih menggunakan khidmat pemimpin yang sama.

Dalam ucapan beliau ketika merasmikan persidangan cawangan UMNO di Pekan semalam, Najib melihat trend rakyat yang lebih tertarik kepada berita2 palsu yang dilemparkan PH berbanding laporan sahih prestasi ekonomi negara yang membuktikan kecemerlangan kerajaan pimpinan beliau.

Najib mendakwa PH menggunakan kaedah Machiavelli sanggup memperdaya rakyat dengan pelbagai janji palsu hanya semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Beliau dan keluarga menjadi sasaran kerana kedudukan beliau sebagai ketua parti.

KELETAH pemimpin kerajaan PH yang sedikitpun tidak menunjukkan rasa bersalah atau seolah-olah dakwaan seperti BRIM ITU RASUAH, NAJIB JUAL NEGARA KEPADA CHINA, NEGARA MALAYSIA BANKRAP tidak pernah keluar dari mulut mereka, menjadikan rakyat semakin terasa diperbodohkan dan amat terhina.

KEMARAHAN RAKYAT yang sebelum ini dibangkitkan PH terhadap GST yang kononnya menjadi penyebab kenaikan harga barang, begitu jua dengan Tol, hutang PTPTN dan harga petrol yang membebankan kos sara hidup rakyat, akan berpindah kepada mereka.

Demokrasi sepatutnya menghidangkan pilihan idea untuk diperbandingkan manakah parti yang lebih baik menjaga kepentingan rakyat. Walau bagaimanapun kita menyaksikan sebuah parti yang telah banyak berjasa tumbang dek serangan berita dan janji palsu.

Begitu rendahnya nilai susah payah rakyat yang keluar mengundi hanya sekadar  dijadikan bahan percaturan PH untuk menang secara tidak bermaruah. Tuduhan2 Pakatan Harapan terhadap NAJIB akan terus menghantui kerajaan pentadbiran mereka.

Najib tetap akan menjadi faktor untuk kebangkitan UMNO pada masa hadapan sungguhpun kepimpinan dalam UMNO telah bertukar ganti.

No comments:

Post a Comment