Friday, May 16, 2014

Bila Tarif naik.. Maka ramai jadi AKAUNTAN tak rasmi TNB...




Apabila dikhabarkan tentang kenaikan tarif elektrik maka tiba-tiba sahaja ramai orang jadi akauntan TAK RASMI TNB...  

Bercakap seperti ada akses terhadap keseluruhan akaun keluar masuk TNB. Mana datang mereka ini semua? Mereka ini boleh sahaja memperbodohkan diri bercakap sesuka hati memintas individu yang lebih arif dan dipertanggungjawabkan.


Kalau letak seorang USTAZ dalam kebun maka satu pokok pun tidak tumbuh jikalau tiada ilmu cucuk tanam. 

Tolonglah rakyat Malaysia.. Janganlah perkecilkan mentaliti anda dan sanggup lacurkan minda kerana taksub politik. Berpada-padalah dan jangan melampau-lampau sangat. 

Berdepanlah dengan realiti kehidupan.  Berusaha lah kalau nak  hidup senang. Usahlah mengeluh dan menuduh orang lain dengan tuduhan yang bukan-bukan... Itu ZALIM namanya. 

Nak minta professor mana untuk sokong cara anda selesaikan masalah ekonomi negara itu?

No comments:

Post a Comment