Tuesday, September 17, 2013

Hanya perlu LIKE & SHARE..Bukan minta angkat senjata pertaruhkan NYAWA!





Peperangan persepsi adalah lebih berbahaya dan paling licik untuk ditumpaskan.. Tanpa menggunakan sebarang senjata.. Alam Cyber melalui media sosial LIKE & SHARE digunakan untuk menyebarkan persepsi dan menghasut agar penyokong pihak lawan mengalihkan muncung sejata kepada tuannya tanpa paksaan dan ugutan.

Kuasa LIKE & SHARE media propaganda dan persepsi amat besar hingga boleh menumbangkan sesiapa sahaja termasuk sesebuah negara yang berdaulat. Seperti merebaknya virus berjangkit dalam sesebuah komuniti, serangan persepsi dan hasutan jika dibiarkan ia mampu untuk melumpuhkan terus kekuatan yang ada untuk bangkit melawan.

Kuasa dan pengaruh pahlawan perang perlu mampu menyaingi pihak lawan hingga tidak ada satu isu pun terlepas pandang atau sumbang apabila memalukan gendang. Paluan perlu disahut dengan LIKE & SHARE. Bukan dibiar sunyi dan terus dilupakan..  

Oleh itu jangan ingat sumbangan anda melalui LIKE & SHARE tidak memberi apa-apa makna kepada perjuangan mempertahankan kedaulatan negara. Nampak mudah dan kecil tetapi ingatlah kisah seekor burung kecil yang cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim (dengan kuasa Allah baginda tidak terbakar) dengan menggunakan paruhnya yang kecil. Ia adalah tanggungjawab yang wajib dilakukan agar terlepas dari dipersoalkan dihadapan mizan Allah.

Adalah hak bagi negara itu untuk kita pertahankan kerana kita sendiri telah banyak mendapat manfaat malah bergantung hidup membesarkan anak di atas muka buminya. Jika kita leka untuk LIKE & SHARE... tidak mustahil anak-anak kita yang akan menerima padahnya.. Ketika itu anak-anak kita jua mewarisi semangat juang orang tuanya yang lemah dan menghadapi keadaan yang tidak mampu untuk diundurkan semula.

Itulah nasib bangsa yang berat jarinya untuk LIKE & SHARE..



No comments:

Post a Comment