Thursday, June 27, 2013

Siapa yang bawa masuk HAIWAN dalam PARLIMEN?






Fenomena kecoh seperti dalam Zoo di Parlimen ini sangat memalukan.

Pernahkah kita melihat situasi yang sama dalam mesyuarat PIBG? Atau dalam perjumpaan persatuan penduduk? Mungkin juga dalam berbincangan biasa bersama rakan-rakan sepejabat? Apa yang ada pada persidangan di PARLIMEN?


Mereka ni sepatutnya merupakan paling tinggi adab dan perilakunya dari kalangan kumpulan rakyat yang diwakili. Namun itu tidak berlaku kerana sebelum rakyat membuat pilihan, partilah yang terlebih dahulu meletak calon tanpa perlu mendapat persetujuan kumpulan rakyat yang bakal diwakili. Dalam demokrasi kepartian, rakyat diseru agar tidak mempedulikan siapa yang telah dicalonkan dan hanya fokus kepada kemenangan parti.  Oleh itu, mereka yang terpilih untuk dicalonkan parti mungkin kerana ketaksuban mereka.. kerana keceluparan mereka.. kerana kehebatan mereka mencerca dan menghina.

Dalam pemilihan calon yang dibuat oleh parti sudah pasti ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi. Namun sejauh mana rakyat setempat yang bakal meletakkan harapan kepada calon yang dipilih diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam menetapkan syarat-syarat ini.

Pemilihan calon yang salah dan tidak menepati aspirasi penduduk setempat malah berperangai buruk ketika berbahas dalam parlimen mencemarkan imej kumpulan rakyat yang diwakili mereka. Kalau kita tidak mahu orang ini mencemarkan kewibawaan institusi penggubal undang-undang dan pembuat dasar negara MAKA...PILIH LAH BETUL-BETUL CALON KITA 




Ini adalah video kekecohan terbaru ketika hari perbahasan titah Yang Dipertuan Agong baru masuk hari kedua. Situasi kecoh seperti dalam Zoo ini telah bermula sejak selepas pilihanraya umum tahun 2008 yang mana permulaan kemenangan besar-besaran wakil daripada pihak pembangkang. Pada PRU 13 yang lalu mereka mengulangi pencapaian pada tahun 2008 malah sedikit lebih baik dengan bantuan kesatuan hati pengundi Cina menolak wakil mereka dalam Barisan Nasional. 





No comments:

Post a Comment