Wednesday, March 2, 2011

Post Pertama - Salam Perkenalan

Kya Karthi Hei - Sebagai salam perkenalan buat rakan dan taulan dan buat diri sendiri yang baru sahaja memecahkan rasa malas, mencari rentak untuk jari jemari ini menari nari.. mencari irama salsa ke dangdut ikutkan saja rasa hati ini, asalkan boleh dinukilkan dan dirakam buat tatapan masa hadapan. Bermain dengan bahasa menjadi mainan ku sejak dari dulu.. namun jauh sekali untuk bermain hingga leka dan lupa.. bahasa yang mudah dan bermakna ..malah terkadang ingin dibaca berulang-ulang ..namun apa yang dicari hanyalah peringatan dan pedoman untuk terus gagah menyusuri denai penuh dugaan..

Kya Karthi Hei - Perlukah ditanya bahasa apakah ini? Kalau asalnya Malaysia pasti mampu temui jawapannya sendiri.. banyak banyak perkataan yang disebut Sipengembara agama.. perkataan ini jua lah yang aku masih ingat sampai kini.. Namun, bahasa apakah itu.. tidak penting.. yang penting ada pada maknanya.. Maknanya bagi bahasa yang kita fahami tidak lah sedalam mana..Hanya satu persoalan yang jawapan nya berbeza beza pada setiap masa untuk setiap individu yang ditanya.. Nak jawapan juga?.. Cuba ulang sepuluh kali.. .. selesai? temui jawapannya? .. anda hanya bersuara terkumat kamit tanpa mengerti apa yang dikata.. Seperti mendengar mentera dan jampi .. Mengharap makhluk lain yang mendengarnya faham dan diberikan jawapan.. Mungkin itulah sikap kita pada Al Quran dan Solat kita seharian .. Seperti di ulang ulang hingga mampu terungkap sendiri tanpa dipandu..

Kia Karthi Hei - masih belum temui jawapan nya.. akan ku jelas pada post yang seterusnya.. Salam perkenalan dari saya Muhammad Zulhairi Bin Fetani...

No comments:

Post a Comment