Monday, July 18, 2016
LRT STAR & PUTRA PEKONG MAHATHIR
Sejak kecil lagi saya sudah menggunakan pengangkutan MRT kerana saudara mara ramai di Singapura..
Walaupun Kuala Lumpur sudah mempunyai LRT setelah 14 tahun MRT Singapura beroperasi, saya yang ketika itu masih menuntut tetap bangga..
Cuma saya hairan mengapa ada LRT STAR & LRT PUTRA yang masing2 jaga satu line laluan? Kalau zaman tu ada media sosial mungkin saya dah tahu.. Tetapi rahsianya hanya terungkai 16 tahun kemudian..
Tun Mahathir terpaksa membahagikan projek rakyat itu kepada 2 taikoon untuk menjaga hati mereka. Rakyat hanya redha dengan kesulitan setiapkali perlu menggunakan kedua laluan LRT itu untuk sampai ke destinasi..
Tuesday, July 12, 2016
POLITIK MEMANGSAKAN
Berpolitik maknanya Berpihak.. Memilih untuk bersama salah satu pihak yang bertelagah mendedahkan seseorang kepada risiko menjadi sasaran pihak lawan.
Apatah lagi sekiranya pihak lawan yang dimaksudkan merupakan MAJIKAN atau orang atasan yang berupaya menggunakan kuasanya. Ada yang disekat kenaikan pangkat dan gaji, ditukarkan tempat kerja, dilucutkan keistimewaan, dikenakan tindakan displin dan yang paling kejam dipecat dari perkhidmatan.
Siapapun yang melakukan hal di atas ini bagi saya mereka adalah seorang yang zalim dan melampau. Masakan kebebasan seseorang yang diiktiraf haknya untuk berpihak dalam sebuah negara demokrasi tertakluk kepada pendirian politik majikan?
Hak pekerja untuk mendapat layanan sama rata tanpa mengira perbezaan pendirian politik selagi tidak menjejaskan prestasi kerja perlu dipertahan setiap warganegara. Penyalahgunaan kuasa untuk memangsakan, menginaya, menghina sehingga hilang matapencarian yang menjadi punca tempat bergantung ahli keluarga dan tanggungan adalah jelas satu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan.
Friday, July 1, 2016
ABAIKAN AGAMA JIKA TIDAK BACA TERJEMAHAN ALQURAN
Sekiranya penguasaan bahasa ARAB dititik beratkan sama seperti bagaimana masyarakat MELAYU mahu anak2 mereka lancar membaca Al Quran dengan tajwid yang betul, mereka mungkin tidak perlu bergantung kepada terjemahan Al Quran.
WALAU BAGAIMANAPUN hal itu tidak berlaku..
Ternyata kebanyakan masyarakat MELAYU langsung tidak faham bahasa ARAB. Oleh yang demikian, jika mereka tidak bergantung kepada TERJEMAHAN untuk memahami agama, maka mereka sebenarnya telah mengabaikan agama.
Wednesday, June 29, 2016
BILAKAH KITA TERASA TERLALU BODOH DENGAN DOSA?
Kisah TAUBAT paling bersejarah sepanjang penciptaan Manusia ialah kisah TAUBAT Nabi Adam. Dalam doa TAUBAT Nabi Adam yang turut direkod dalam AlQuran Baginda mengaku menzalimi diri sendiri... Menginaya diri sendiri.. Memangsakan diri sendiri..
Penyesalan dalam doa Banginda tidak dapat disembunyikan lagi. MANA ke tidaknya.. Nilai Buah Larangan di taman syurga yang ditelan tidak langsung dapat dibandingkan dengan kesengsaraan akibat kemurkaan Allah hingga tercampak keluar dari syurga.
Buah larangan entah ke mana hilang nikmatnya, janji syaitan untuk kekal selamanya di syurga apabila memakannya usah diungkap lagilah. NILAI buah larangan ketika bertahun Baginda merayu keampunan Allah hanyalah satu kejahilan, kebodohan dan kegagalan diri sendiri hingga terlalu mudah ditipu oleh Syaitan.
Begitu jua dengan NILAI kenikmatan dunia yang kita tinggalkan larangan Allah semata-mata untuk mendapatkannya.. Ia bakal menghantui kita buat selamanya di alam kesudahan.. Ketika itu telah luputlah segala keindahan dari dosa yang dilakukan.. Ketika itulah baru kita terasa terlalu BODOH kerana terpaksa menerima akibat dari dosa yang sia-sia.
Wednesday, June 15, 2016
TAMATNYA ZAMAN PENJAJAHAN KRONI MAHATHIR
Di suatu hari nanti, apabila generasi akan datang bertanyakan kepada kita tentang apakah ZAMAN yang paling penting di mana kita boleh mengaku dan berbangga kerana dapat hidup dan menjadi sebahagian dari mereka yang turut menjadi saksinya..
Maka kita katakanlah Kita Bangga dapat hidup di zaman tamatnya PENJAJAHAN KRONI MAHATHIR terhadap negara kita.
Dan Najib Razaklah wira bagi seluruh rakyat ketika itu meraikan kejayaan demi kejayaan syarikat milik kerajaan. Satu pencapaian yang tidak pernah terjangkau setelah sekian lama dikhianati pemimpin agung yang paling lama memerintah dan paling korup! Menyalahgunakan kuasa demi keuntungan peribadi.
Monday, June 13, 2016
BERIKAN HANYA SATU CELA DALAM HIDUP NAJIB
Apabila Najib mengatakan bahawa beliau tidak pernah menggunakan kedudukannya demi kepentingan peribadi, ia adalah pengakuan yang cukup berani..
Umum tahu sudah berapa lama beliau berada dalam kerajaan.. Malah status beliau sebagai anak kepada Perdana Menteri pun memberi banyak kelebihan untuk beliau memanfaatkannya demi kepentingan peribadi.
Musuh beliau mempunyai setiap ketika dari sepanjang tempoh hidup Najib Tun Razak untuk dibongkar hatta SATU kisah jika ada kelakuan beliau yang boleh dilihat sebagai menggunakan kedudukan demi keuntungan peribadi.
#najibrazak
#RespectMyPM
Saturday, June 11, 2016
SOLAT 8 ATAU 20 RAKAAT?
Cara mengamalkan agama Islam di Malaysia ini cukup mudah.. Buat apa yang disuruh.. Tinggalkan apa yang dilarang.. Bila tiba bulan puasa isu biasa ialah semua masjid negeri diarah solat terawikh 20 rakaat...
Tahukah anda wahai orang Islam di Malaysia.. agama kita bukan sekadar itu.. Jika itulah urusan kita dalam agama maka tidak hairanlah agama ini sukar untuk berkembang di Negara ini.
Tahukah anda wahai orang Islam di Malaysia umat Islam zaman dahulu kala dengan 2 rakaat solat mereka boleh menarik bantuan Allah secara terus.
Kita masih berentap lagi banyak solat lagi banyak dapat pahala.. Kita menjadikan solat tidak lebih dari keghairahan sesebuah kilang untuk mencapai target pengeluaran mereka.. Padahal kita tahu jika produk yang dihasilkan tidak menepati kehendak PENCIPTA jangan harapkan bantuan ketika hidup di dunia, katika saat tercabut nyawapun belum tentu nama Allah yang kita sebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)






