Sunday, March 19, 2017
ZAMAN SUARA ORANG MUDA
Saya lihat zaman sekarang ramai orang muda diberi kepercayaan mengepalai organisasi. Mereka lebih dinamik dan mudah untuk menerima perubahan. Dengan syarat mereka diberi kebebasan untuk mencorak organisasi tanpa campurtangan orang2 lama.
Begitu juga dengan kerajaan kita. Perdana Menteri memberi seluas2 peluang kepada generasi muda untuk bersuara. Dan lebih penting mereka yang sudah bersara berhenti memaksa Perdana Menteri mengikut cakap mereka.
Perdana Menteri adalah kedudukan yang perlu dihormati semua. Jika seorang Perdana Menteri pun tidak mampu mengeluarkan keputusan mengikut prerogativenya maknanya kita mempunyai pemimpin yang lemah dan boleh dipengaruhi pihak berkepentingan.
Wednesday, March 15, 2017
FATTAH AMIN VS MAWI WORLD
Mawi sepatutnya lebih layak menerbitkan buku berbanding Fattah Amin.
Saya bukan mahu memperkecilkan pengaruh Fattah Amin dalam dunia hiburan mutakhir, cuma saya tertarik dengan sikap positif yang Mawi tampilkan dalam menghadapi kejutan fenomena populariti luarbiasa yang belum pernah mana-mana individupun mengalaminya dalam sejarah industri hiburan tanah air.
Dalam temuramah ringkas antara pengacara Astro yang bertandang di butik milik beliau di Kilang Bateri, Johor, sesuatu yang tidak pernah didedahkan kepada umum dikongsikan beliau. Bagi sesiapa yang masih ingat, sungguhpun beliau belum dinobatkan sebagai juara Akedemi Fantasia, kelibat beliau hatta ketika sedang menunaikan Solat Jumaat telahpun memenuhi ruang muka hadapan akhbar.
Malam sebelum beliau diumumkan sebagai juara, beliau bermimpi sedang meniti sebatang jambatan gantung yang mana dibawahnya kelihatan ramai manusia telah jatuh dan lemas. Dipinggir jambatan pula masih terdapat manusia-manusia bergantungan cuba menyelamatkan diri dari terus jatuh ke dalam arus. Ada yang memaut-maut kaki beliau meminta tolong. Namun beliau meneruskan perjalanan menuju seorang lelaki yang sejak mula melambai2 ke arah beliau dari hujung jambatan. Walaupun sekadar mainan tidur, kegerunan beliau melihat situasi itu mempengaruhi cara beliau menghadapi fenomena ini.
Beliau kerap menangis sungguhpun dikhalayak ramai kelihatan ceria dan sporting. Beliau seolah-olah telah masuk ke dunia yang sangat berbeza. Dari si kecil yang baru pandai bercakap hingga ke warga emas memanggil2 nama dan menyambut beliau dengan jumlah crowd yang cukup besar dimana2pun beliau buat kemunculan. Pengalaman yang paling pelik beliau kongsikan ialah sambutan dari peminat kaum cina.
Penulis sendiri pernah menantikan kemunculan beliau di suatu program di Dangabay, persembahan artis-artis terkenal tanahair seperti Tam Spiderpun hanya sekadar selingan sementara menunggu Mawi muncul diakhir program. Itupun setelah Perdana Menteri ketika itu Pak Lah selesai berucap! Beliau sendiri bingung entah apa yang telah berlaku pada dirinya ketika itu hingga beliau berdoa agar Allah kembalikan kehidupan beliau yang dulu.
Yang paling membimbangkan beliau ialah kemunculan saudara mara rakan dan taulan yang cuba merapati beliau. Ada yang mengaku pernah makan roti john di pasar malam. Katanya jika tidak ingat nanti dikata sombong pula. Yelah sudah kaya sudah terkenal lupa diri pula. Bimbangkan dengan tuduhan sebegitu beliau terpaksa jadi seorang yang hipokrit. Tidak mampu untuk jadi diri sendiri hanya kerana mahu menjaga hati peminat yang ratusan ribu jumlahnya.
Kini Mawi cukup tenang dengan kehidupannya, mempunyai perniagaan sendiri hasil sikap jimat cermatnya ketika dibayar Astro melebih RM 100K setiap bulan. Anak muda Johor ini memang dari awal lagi mendapat perhatian kerana sikap rendah diri dan kayanya budi pekerti beliau yang sangat disegani ramai.. Alhadulillah sehingga kini sikap itu masih miliknya sungguhpun persona bintang semakin ditenggelami masa.
GAME ORANG CINA KUASAI NEGARA
Game mereka cukup mudah.. Isu GST dan Subsidi adalah memang sikap mereka yang selalu menipu cukai dan mengambil keuntungan melalui subsidi kerajaan.
Barang Naik pula adalah situasi yang di wujudkan oleh komuniti perniagaan mereka sendiri melalui menguasaan keatas bekalan barangan.
Bangsa yang cukup rasis dan tamak haloba ini sentiasa berbangga dengan sebilangan orang Melayu yang dapat mereka perbodohkan dengan GAME ini.
Wednesday, March 8, 2017
DILEMMA AHLI POLITIK SENJA
Manusia ini digambarkan terlalu hebat malah diangkat pengkagumnya ke tahap yang luar biasa berbanding pemimpin negara yang lain.
Sungguhpun begitu, beliau perlu melakukan pelbagai usaha yang melanggar segala prinsip perjuangan, diinjak-injak tugu yang pernah dijunjungi dan meminta kita semua pertahankan selama ini.
Beliau yakin sungguhpun tindakannya telah menghiris perasaan orang Melayu dan mengecewakan ramai pengikutnya, tetap akan ada saki baki penyokong yang setia bersama sanggup menutup sebelah mata.
Tetapi setelah segalanya dikorbankan termasuklah ego terhadap musuh tradisi berpuluh tahun lamanya, beliau masih mempunyai satu persoalan..
Mengapa sehingga kini Dato Seri Najib Tun Razak masih kekal berkuasa?
Beliau akan terus dalam dilemma hingga ke akhir hayat meninggalkan pengikut-pengikut yang tidak tahu arah dan haluan.
MZH
Tuesday, March 7, 2017
JONG NAM : ELAK MUDHORAT LEBIH BESAR

Dalam sejarah negara telah beberapa kali istilah tertentu digunakan demi mengelak mudhorat yang lebih besar.
Negara boleh pilih untuk bertegas mungkin untuk mengelak kejadian yang serupa berulang kembali di masa hadapan. Tetapi apa nak dihairankan..Kejadian pembunuhan antara kongsi gelap di negara kita pun semakin kerap berlaku sekarang.
Tidak hairanlah sikap Malaysia yang berlebihan dalam menegakkan undang2 tanpa mengambil kira risiko ancaman luar menyebabkan Korea Utara mengambil pendirian bahawa Malaysia telah dipengaruhi negara2 yang memusuhinya.
Monday, February 27, 2017
BENTERAS RASUAH BUKAN KELEBIHAN PEMBANGKANG
Susah pembangkang nak jadi juara dalam isu penangkapan pegawai kerajaan termasuk seorang anak Exco oleh SPRM di Johor ni.
Pertama...
Banyak sudah kejadian individu yang bermasalah meninggalkan UMNO lalu diterima oleh parti pembangkang, malah dijadikan ketua penggempur pembangkang untuk lawan parti kerajaan. Siapa lagi contoh paling unggul kalau bukan Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Pembangkang menjadikan mereka yang pernah terlibat dalam salahguna kuasa dan rasuah ini sebagai pemimpin2 mereka dan mengharapkan pengaruh pada individu tersebut meningkatkan sokongan rakyat kepada mereka..
Jadi pembangkang tidak pernah ikhlas memerangi rasuah dan salah guna kuasa. Ia hanya berguna untuk menjatuhkan imej lawan semata.
Kedua...
Pembangkang akan mudah memaafkan pemimpin mereka yang terlibat rasuah dan mungkin juga pesalah rasuah akan jadi terlalu berkuasa dan kebal dari sebarang tindakan mana2 agensi kerajaan sekirannya pembangkang menguasai negara.
Sebaliknya kerajaan UMNO membuktikan tiada siapapun akan dilindungi dibawah pentadbirannya. Yang salah tetap salah. Kepentingan rakyat negara ini sentiasa diutamakan berbanding kepuasan nafsu individu.
#TeamJoho
#rasuahBanglow
Monday, January 23, 2017
6.6% MALAH MUNGKIN LEBIH KECIL DARI ITU
Obama pun dah sebut dalam ucapan akhirnya. Sosial media menyebabkan seseorang itu terkumpul dengan kumpulan manusia lain yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama.
Nak mudahkan cerita sungguhpun dalam sebuah komuniti followers yang jumlahnya agak ramai, kita juga boleh dikatakan berada dalam keadaan syok sendiri. Kita terlalu selesa dengan likers dari followers yang kita tahu mereka sehaluan dengan ideologi kita.
Kita fikir telah berjaya menyampaikan mesej keseluruh pelusuk dunia tanpa prejudis. Namun percayalah dalam keadaan sedemikian pun mesej kita hanya berlegar dikalangan kita. Tidak memberi apa2 kesan dalam melebarluaskan pengikut lebih2 lagi jika dibandingkan dengan jumlah mereka yang berada diluar subset berpuluh kali ganda lebih ramai..
Kumpulan dimana kita berada sungguhpun terasa seperti gegaran sesekali serentak bersuara, tidak mampu langsung untuk menggambarkan bahawa kita mewakili kolompok terbesar dalam negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)













