Saturday, October 20, 2018

PASKAL THE MOVIE bukan cikai punya barang.




Pada asal rasa memang dah menyesal tengok wayang filem melayu setelah publisiti kutipan jutaan ringgit diawal tayanganpun tak sehebat yang disangkakan. Orang macam saya ni bukan harga tiket jadi halangan tetapi yang lebih besar ialah masa. Beberapa babak layu dalam filem hantu kak limah sebelum ni pun buat saya menyesal datang ke panggung. TETAPI alangkah puas hatinya setelah berjaya mencuri masa menonton filem PASKAL semalam saya rasakan filem ni dah boleh bungkus filem2 lain yang viral juta2 baru2 ni paling tidak sebagai keadilan buat filem yang benar2 hebat seperti ini.

Kita boleh bezalah mana filem yang sekadar karya individu dan mana filem yang dihasilkan berdasarkan kajian yang amat teliti dan membawa mesej yang sangat ikhlas bukan semata mata bermatlamatkan keuntungan. Lebih2 lagi filem yang digarap berdasarkan kisah benar yang sememangnya ada peminat tersendiri. Kita boleh kaitkan dengan tajuk2 akhbar yang pernah menggemparkan tanahair sebelum ini.

Sebagai peminat sukan Airsoft atau military simulation, saya pun amat cukup berpuas hati dengan persembahan taktikal yang cukup realistik, mudah difahami dan amat mendebarkan. Terus terang cakap.. Kalah beb filem2 aksi ketenteraan holywood yang sesetengahnya dah sampai tahap basi dengan penceritaan yang dapat diagak. Versi MALAYSIA ini ternyata berjaya disampaikan dan kita akhirnya mempunyai filem aksi peperangan yang amat membanggakan setelah Bukit Kepong.

Jangan salah sangka, filem ini juga boleh menyebabkan mata saya berkaca berkali2 kerana kehebatan penceritaan tuan director yang amat menyentuh hati dalam soal kekeluargaan yang menjadi moto filem ini. Ini adalah filem kedua saya buat review setelah kekecewaan saya terhadap filem Ola Bola salute saya kepada setiap mereka yang terlibat menghasilkan karya ikhlas berjaya membakar samangat cintakan negara dan mengangkat martabat pasukan keselamatan dimata rakyat Malaysia. TAHNIAH 100 KALI THUMBS UP. HIDUP PASKAL. HIDUP FILEM MELAYU.




Aksi penulis dalam sukan milsim Airsoft


Monday, October 1, 2018

MELAYU tak perlu takut kepada ASIMILASI.






Acap kali kita menyaksikan seorang demi seorang artis atau selebriti bukan Islam bertindak memeluk agama Islam setelah melalui proses asimilasi yang berlaku apabila bercampur gaul dengan rakan artis dan selebriti beragama Islam.

Malah seperti satu tradisi mereka tidak dapat lari dari melayan harapan ribuan pengikut industri hiburan tanah air untuk melihat satu hari nanti mereka akan bertemu pasangan yang beragama Islam dan seterusnya memeluk agama Islam.

Sungguhpun golongan seni bukanlah pendakwah bertauliah, namun persahabatan dan hubungan akrab yang tidak bersempadan antara mereka menjadikan artis bukan Islam ini sedikit demi sedikit mendekati Islam bermula dengan mengambil tahu tentang amalan dan ajaran agama rakan2 mereka.

Dalam lakonan pula adakalanya mereka diberikan watak sebagai mualaf.. Pasangan kekasih dari set yang kemudiannya dibawa keluar set. Perkahwinan kemudiannya campur berlaku secara semulajadi.

Maka perkara yang sama akan berlaku jika asimilasi berlaku dalam masyarakat negara kita. Bahasa dan identiti Melayu tidak sepatutnya menjadi satu kebimbangan. Hasilnya kita mempunyai lebih banyak peluang berlakunya perkahwinan campur yang menambahkan bilangan penganut agama Islam.

Islam kemudiannya berkembang kepada adik beradik dan keluarga saudara baru. Disaat itu kita akan mulai sedar bahawa Islam itu telah menjadikan Cina Melayu India soal yang tidak penting berbanding nilai persaudaraan yang dibawa oleh agama itu.

Sesuai dengan anjuran Islam agar kita saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Dari situ kita akan mampu melihat betapa besarnya kesempurnaan dan kehebatan Allah yang menjadikan manusia dengan pelbagai suku kaum serta bahasa.

HENTI KULIAH UNTUK BERI LALUAN SOLAT JEMAAH



Harini nak solat Isyak terpaksa menjarah dari masjid ke masjid. Akhirnya masjid ke 3 baru ada jemaah bersolat. 2 masjid yang pertama masih berkuliah entah belum tahu bila masa nak mula solat berjemaah.

Kalau pun ada berjela muka kitab mahu disampaikan berhentilah sementara beri laluan kepada mereka yang mahu solat berjemaah. Bukan semua yang datang ke Masjid ada masa untuk tunggu kuliah selesai baru boleh solat berjemaah.

Harap kepada pihak pengurusan Masjid Jabatan Agama Negeri tolonglah keluarkan garis panduan tentang hal ini. Bukan saya seorang bersuara tapi ramai lagi. Tetapi dizaman orang boleh mengadu pelbagai hal di media sosial ada pihak seperti terlalu angkuh menolak mentah2 keluhan dan aduan ramai.

Tuesday, September 4, 2018

PEMIMPIN POLITIK TIDAK PROFESIONAL RUGIKAN NEGARA



Diperhujung pertarungan badminton biasa kita lihat yang menang berjabat tangan dengan yang kalah. Ada juga kita dengar mereka menjadi rakan karib sambil menyokong antara satu sama lain. Ini lah sikap professional yang amat kita kagumi. Cukup matang dan dihormati.

Namun ia tidak berlaku dikalangan parti dan pemimpin politik yang bertanding dalam pilihanraya. Mereka cukup tidak berdisplin dan sanggup menang dengan cara yang tidak bermaruah.

Mereka saling bermusuhan hingga kelihatan seperti keanak-anakkan. Yang kalah tidak mahu membimbing mereka yang bakal mengambil tugas dan yang menang mencari2 salah orang yang mereka telah gantikan.

Akhirnya rakyat dan negara rugi akibat sikap tidak profesional orang2 politik yang menguasai negara ini.

KALAH MENANG, TERUSKAN YANG BAIK UNTUK RAKYAT



Setelah melalui satu malam diselubungi mimpi ngeri yang menerjah alam realiti, saya kembali memujuk diri untuk terima hakikat semua yang berlaku atas kehendakNya.

Cuma saya harapkan projek2 pembangunan yang diilhamkan DS Najib dapat diteruskan dan manfaatnya tetap boleh dinikmati generasi masa hadapan.

Kelak nanti kerajaan sedia ada juga boleh berbangga mengambil kredit apabila rakyat dan negara bertambah makmur dan maju..

Wednesday, August 22, 2018

TIBA2 RAMAI MELAYU YANG KAYA RAYA



UNTUK RENUNGAN BERSAMA.

Sejak zaman DSN lah dasar ransangan ekonomi memberi byk peluang kepada usahawan2 melayu tak kira iks.. Pertanian.. Perladangan... Ditambah pula kebijaksanaan beliau menyokong org2 felda.. Menaiktaraf kehidupan pekebun2 felda... Anak2 felda sampai diberi peluang masuk universiti Lim Kok wing dgn inisiatif beliau...

Ledakan globalisasi perniagaan secara online yg beliau beri kebebasan utk seluruh rakyat meniaga tanpa sempadan.. Bila taraf hidup dan gaji rakyat naik terutama org melayu.... Maka berbondong2 lah melayu kita lihat semakin senang.. Kaya raya... Malahan makin ramai bergelar jutawan... Market melayu semakin besar dan kukuh... Jual tudung je dah jd milionaire..

Apa bidang meniaga zaman DSN lah kita lihat melayu ada modal utk venture sama2 dgn kaum cina...org2 melayu semakin bijak menyokong industri dan peniaga2 melayu...

Dan inilah punca kaum yg satu itu semakin hairan.. Bila banglo mereka beli berjiran dgn ramai org2 melayu yg bkn terdiri daripada aristokrat tapi asal rakyat marhein sahaja... Kaum2 inilah yg makin sakit jiwa bila makin ramai melayu2 kita byk duit menyemak penuh kat airport kuar holiday g oversea...

Kaum inilah yg makin penuh dendam kesumat bila lihat anak2 muda melayu sudah pandai memandu kereta2 mewah dgn hanya berniaga coconut shake mahupun nasi lemak udang galah...

Dan semakin lama market bukan melayu makin slow hingga menyebabkan tokey2 cina spt Hai O.. Coway... Cuckoo.. Amway dan pelbagai pemilik produk2 lain terpaksa bergantung kepada salesman2 melayu demi menguasai pasaran belian dlm kalangan org2 melayu... Sampaikan pondan.. Transgender melayu pun mampu bergelar jutawan walaupun dgn bayar gst??!!!😜😜😜😜..

Kauorg rasa x sakit jiwa ke kaum yg satu tu??!!!! 🙄😂😂😂😂😂... Akhirnya mereka tiada pilihan kecuali membunuh bapa transformasi kekayaan org2 melayu... 😒😒.. Demi menjatuhkan pasaran org melayu dan menghentikan kemajuan serta kekayaan masyarakat melayu di Malaysia masa kini... 😔😔😔😔...

Yg sedihnya org2 melayu yg dibantu dan diberi peluang oleh DSN sendiri kufur nikmat.. Percaya hasutan dan bersama2 menjatuhkan beliau tanpa mereka sedari mereka sdg menggali kubur kemiskinan untuk bakal anak cucu mereka sendiri... 🤨😏😢😢😢

Coretan dari sahabat FB Ann Fardan.