Tuesday, September 4, 2018
PEMIMPIN POLITIK TIDAK PROFESIONAL RUGIKAN NEGARA
Diperhujung pertarungan badminton biasa kita lihat yang menang berjabat tangan dengan yang kalah. Ada juga kita dengar mereka menjadi rakan karib sambil menyokong antara satu sama lain. Ini lah sikap professional yang amat kita kagumi. Cukup matang dan dihormati.
Namun ia tidak berlaku dikalangan parti dan pemimpin politik yang bertanding dalam pilihanraya. Mereka cukup tidak berdisplin dan sanggup menang dengan cara yang tidak bermaruah.
Mereka saling bermusuhan hingga kelihatan seperti keanak-anakkan. Yang kalah tidak mahu membimbing mereka yang bakal mengambil tugas dan yang menang mencari2 salah orang yang mereka telah gantikan.
Akhirnya rakyat dan negara rugi akibat sikap tidak profesional orang2 politik yang menguasai negara ini.
KALAH MENANG, TERUSKAN YANG BAIK UNTUK RAKYAT
Setelah melalui satu malam diselubungi mimpi ngeri yang menerjah alam realiti, saya kembali memujuk diri untuk terima hakikat semua yang berlaku atas kehendakNya.
Cuma saya harapkan projek2 pembangunan yang diilhamkan DS Najib dapat diteruskan dan manfaatnya tetap boleh dinikmati generasi masa hadapan.
Kelak nanti kerajaan sedia ada juga boleh berbangga mengambil kredit apabila rakyat dan negara bertambah makmur dan maju..
Saturday, September 1, 2018
Wednesday, August 22, 2018
TIBA2 RAMAI MELAYU YANG KAYA RAYA
UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
Sejak zaman DSN lah dasar ransangan ekonomi memberi byk peluang kepada usahawan2 melayu tak kira iks.. Pertanian.. Perladangan... Ditambah pula kebijaksanaan beliau menyokong org2 felda.. Menaiktaraf kehidupan pekebun2 felda... Anak2 felda sampai diberi peluang masuk universiti Lim Kok wing dgn inisiatif beliau...
Ledakan globalisasi perniagaan secara online yg beliau beri kebebasan utk seluruh rakyat meniaga tanpa sempadan.. Bila taraf hidup dan gaji rakyat naik terutama org melayu.... Maka berbondong2 lah melayu kita lihat semakin senang.. Kaya raya... Malahan makin ramai bergelar jutawan... Market melayu semakin besar dan kukuh... Jual tudung je dah jd milionaire..
Apa bidang meniaga zaman DSN lah kita lihat melayu ada modal utk venture sama2 dgn kaum cina...org2 melayu semakin bijak menyokong industri dan peniaga2 melayu...
Dan inilah punca kaum yg satu itu semakin hairan.. Bila banglo mereka beli berjiran dgn ramai org2 melayu yg bkn terdiri daripada aristokrat tapi asal rakyat marhein sahaja... Kaum2 inilah yg makin sakit jiwa bila makin ramai melayu2 kita byk duit menyemak penuh kat airport kuar holiday g oversea...
Kaum inilah yg makin penuh dendam kesumat bila lihat anak2 muda melayu sudah pandai memandu kereta2 mewah dgn hanya berniaga coconut shake mahupun nasi lemak udang galah...
Dan semakin lama market bukan melayu makin slow hingga menyebabkan tokey2 cina spt Hai O.. Coway... Cuckoo.. Amway dan pelbagai pemilik produk2 lain terpaksa bergantung kepada salesman2 melayu demi menguasai pasaran belian dlm kalangan org2 melayu... Sampaikan pondan.. Transgender melayu pun mampu bergelar jutawan walaupun dgn bayar gst??!!!๐๐๐๐..
Kauorg rasa x sakit jiwa ke kaum yg satu tu??!!!! ๐๐๐๐๐๐... Akhirnya mereka tiada pilihan kecuali membunuh bapa transformasi kekayaan org2 melayu... ๐๐.. Demi menjatuhkan pasaran org melayu dan menghentikan kemajuan serta kekayaan masyarakat melayu di Malaysia masa kini... ๐๐๐๐...
Yg sedihnya org2 melayu yg dibantu dan diberi peluang oleh DSN sendiri kufur nikmat.. Percaya hasutan dan bersama2 menjatuhkan beliau tanpa mereka sedari mereka sdg menggali kubur kemiskinan untuk bakal anak cucu mereka sendiri... ๐คจ๐๐ข๐ข๐ข
Coretan dari sahabat FB Ann Fardan.
Monday, August 20, 2018
PEMIMPIN PH DITEKAN DAN DIMALUKAN
Baru2 ini saya selaku wakil syarikat dijemput menyertai jamuan makan malam persatuan pengilang. Apa yang menjadi kejutan pada malam itu ialah cara Presiden Persatuan menyampaikan ucapan yang mana ditujukan khas kepada wakil kerajaan PH.
Beliau bukan sahaja meninggi suara malah beliau mengulang-ulang peringatan dan tuntutan mereka terhadap kerajaan PH seolah-olah beliau sedang bercakap dengan budak sekolah yang tidak faham bahasa.
Apabila melihat cara Perdana Menteri China ini menjawab keluhan Mahathir dengan persetujuan yang telah dibincangkan dalam sidang media ini saya teringat cara kurang hormat ucapan presiden persatuan pengilang itu. Sungguhpun situasinya isunya berbeza, apa yang saya ingin sampaikan ialah pemimpin yang mewakili kerajaan PH ditekan dengan cara yang tidak selayaknya dengan kedudukan mereka.
Mereka dimalukan di khalayak tetamu makan malam dan di sebuah sidang media terbuka hubungan diantara negara.
TELITINYA PAS, TUKANG KEMPEN PUN DITAPIS
Satu dimensi politik baru bagi UMNO apabila berkempen untuk calon PAS pada PRK Seri Setia. Beberapa personaliti dari UMNO dilarang untuk menyertai kempen kerana bimbang menyebabkan pengundi menjauhkan diri.
Begitulah cara berpolitik yang kita perlu pelajari dari PAS. Mereka sangat teliti dan mengambil kira segala aspek yang mempengaruhi pengundi dalam membuat pilihan. Kecenderungan pengundi majoriti, Latar belakang Allahyarham bekas ADUN malah orang2 yang mengelilingi calon ketika pilihanraya.
Sebelum ini UMNO yang memberi seluas2 ruang dan mengerahkan jentera seramai boleh untuk terlibat dalam kempen pilihanraya. Namun berbeza bagi pusingan kali ini apabila calon PAS yang bertanding, UMNO sebagai rakan gabungan terpaksa akur dan menghormati gerakkerja PAS.
UMNO selama ini beranggapan rakyat akan terima siapa saja calon yang mereka letakkan. Citarasa dan imej yang mempengaruhi pilihan rakyat setempat tidak langsung menjadi faktor. Apabila bergabung dengan PAS bukan imej calon saja yang diutamakan, tukang kempen pun amat diberi perhatian agar tidak mencemarkan imej calon.
Memang susah untuk buat orang suka kepada kita. Tetapi begitulah keadaannya apabila menjadi pembangkang. Menjadi pilihan rakyat adalah kemuncak segala pertaruhan.
Tuesday, August 14, 2018
ALASAN HUTANG KERAJAAN PH TIDAK BERTAHAN LAMA
Apabila peruntukan sekolah swasta cina dibatalkan, ramai orang cina mempersoalkan kejujuran kerajaan menggunakan alasan hutang.
Kini semakin ramai pihak terjejas atas alasan yang sama termasuk 1.6 juta penjawat awam apabila kerajaan mengumumkan tiada kenaikan gaji buat masa ini.
Akan lebih ramai pihak akan lebih berani untuk mempertikaikan alasan kerajaan itu ditambah pula dengan pelbagai tindakan kerajaan yang tidak seiring dengan alasan kewangan itu termasuklah penetapan GST kosong selama 3 bulan, perbelanjaan menyelenggaraan kapal Equanimity, upah menurunkan logo 1 Malaysia di UTC seluruh negara dan banyak lagi yang dilihat perbelanjaan yang dilihat sebagai tidak perlu, tidak penting dan boleh dielakkan.
Saya berpendapat kerajaan tidak lagi dapat mempertahankan alasan HUTANG ini dan adalah lebih baik kerajaan berterus terang kepada rakyat yang kini merasa dimangsakan untuk menafikan apa yang mereka anggap sebagai hak yang mereka patut terima dan mampu dilaksanakan kerajaan BN tetapi dinafikan oleh Kerajaan PH.
Adakah benar kerajaan PH sebenarnya menipu rakyat tentang keadaan hutang negara kerana rakyat bukan menjadi keutamaan dan peruntukan kerajaan digunakan untuk kepentingan lain termasuk tujuan politik?
Subscribe to:
Posts (Atom)





