Thursday, June 6, 2024

Hijrahlah Palestin, bumi Allah itu luas

 


Hijrahlah Palestin, bumi Allah itu luas

 

Diperintahkan oleh Allah dan juga sunnah Nabi apabila baginda tidak lagi mempunyai pelindung yang dapat diharapkan setelah kewafatan pakcik baginda yang merupakan penjaga kota Mekah. Keselamatan Nabi dan umat Islam lebih terancam dengan perlantikkan Abu Lahab musuh Islam paling ketat sebagai penjaga kota mekah yang baru. Malah nyawa nabi hampir melayang disaat akhir sebelum beliau meninggalkan rumah bersama Abu Bakar..

 

Dalam hal ini Nabi meninggalkan Mekah merupakan tempat kelahiran beliau dan juga kiblat serta tempat suci utama umat Islam.

 

Bumi Allah itu luas, apakah alasan didepan Allah nanti jika anak2 kaum wanita dan golongan tidak berupaya dijadikan mangsa kezaliman yahudi dikala semua tau kisah penghijrahan Nabi apabila sudah tiada pelindungan yang boleh diharapkan?

 

Boikot?

 

Boikot bukan sejenis perlindungan. Kejahatan bani Israel ini sudah menjadi kutukkan biasa dalam AlQuran.. Apa yang berlaku selama ini hanya membenarkan apa yang terkandung didalamnya.

 

Dari dahulu lagi Yahudi adalah kaum yang menggunakan agama untuk mendapat kedudukan didunia.. Kebencian mereka terhadap umat Islam ialah kerana nabi terakhir tidak datang dari kaum mereka. Lalu apa yang menyebabkan umat Islam ditindas mereka adalah sebab kebanyakkan kita turutama negara2 sebangsa dengan Palestin telah dibeli oleh Israel untuk kemewahan dunia.

 

Jadi untuk menewaskan Israel mampukah kita menghilangkan rasa kenginginan kita terhadap dunia dan kenikmatannya seperti para sahabat?

 

Ya.. boikot adalah ajaran Islam.. Tetapi bukan boikot terhadap restoran .. tetapi boikot terhadap keinginan dan kenikmatan dunia.. Kalau ada yang baru tau dan terasa janggal maka Islam belum lagi diperkenalkan kepada anda.. Baca lah AlQuran kalau anda rasa Islam itu agama anda.. Bukan sekadar belas kasihan terhadap mereka yang enggan berhijrah dan sanggup dijadikan mangsa kezaliman pemimpin kepada mereka yang cintakan dunia dan kenikmatannya!

Sent from my iPhone

 

Thursday, August 31, 2023

FATAMORGANA

 


 

Fatamorgana..

 

Dulu yang aku tau hanya tajuk lagu nasyid. Tapi apabila umur sudah melepasi 40an ni barulah perkataan itu besar sungguh maknanya. 

 

Diumur ini lah kita capai kemuncak dalam kehidupan. Dalam keadaan tubuh badan masih cergas dan pelbagai perkara yang pernah manjadi impian telah tercapai.. Namun begitu kita masih lagi tercari2 dan melihat jika ada target lebih tinggi dari apa yang kita sudah ada. Maklumlah impian yang dipasang dulu ketika masih mentah dan belum terdedah dengan bermacam lagi pesona dunia. 

 

Disaat diletakkan sasaran yang baru dan lebih tinggi barulah aku sedari betapa besarnya makna perkataan FATAMORGANA. Dunia menyebabkan aku berlari mengejar perkara yang aku SUDAH TAHU kalau aku dapatpun aku tau ia akan berulang-ulang dan meninggalkan aku dengan pelbagai kesempitan. 

 

Diumur ini sepatutnya kita telah sedar dan kembali perbetulkan fokus mengejar objektif kehidupan yang sebenar. Setiap hari yang dilalui diisi dan disusun atur aktivitinya dengan perkara yang amat bermakna seiring dengan kematangan umur. Sebaiknya ia sudah bermula sejak umur masih muda namun amalan tanpa kefahaman jauh beza penghayatannya. 

 

Oleh itu apapun yang pernah kita lalui selama ini bukanlah perkara yang sia-sia.. Pengalaman adalah guru yang paling berkesan jika kita sanggup buka hati dan akal fikiran untuk dalami pengajarannya. Jadikanlah seluruh kehidupan kita ini sebagai satu proses untuk kita jadi hamba Allah yang lebih baik. Yang lebih menghargai masa dan peluang kehidupan hari demi hari yang Allah berikan.

 

Tuesday, April 12, 2022

RUU Lompat Parti : RUU Lompat Parti

 



RUU Lompat Parti

 

Wakil Rakyat VS Wakil Parti

 

Ketika proses pilihanraya kita guna terma Wakil Rakyat.. Kita minta rakyat pilih individu untuk mewakili mereka. Individu yang mampu membawa suara dan hasrat mereka. Parti mana pun mereka wakili agenda wakil rakyat itu tetap lebih utama kerana itulah sebab berlakunya proses pemilihan.

 

Tetapi apa yang berlaku disebalik proses itu ialah ada organisasi yang terlebih dahulu melakukan proses memilih individu untuk dijadikan calon. Organisasi ini yang akan menaja dan menggerakkan kempen dengan harapan calon itu menang dan akan menyokong organisasi itu untuk membentuk kerajaan.

 

Namun soal penajaan dan sokongan ini sebenarnya menafikan hak rakyat yang membuat pemilihan untuk mengangkat wakil mereka. Mandat yang diberi rakyat hanya sekadar syarat yang menjadi alat untuk mendapatkan kuasa kepada pengemudi parti bukan lagi untuk membawa suara mereka seperti tujuan asal mandat diberikan. Wakil rakyat perlu mempunyai kebebasan untuk melaksanakan kuasa yang diberikan oleh rakyat sekiranya hak rakyat yang memilih tidak dihormati parti. Parti di Serawak contohnya bebas untuk menyokong mana2 gabungan yang berjaya membentuk kerajaan demi meneruskan pembelaan terhadap rakyat negeri itu.

 

Kebebasan wakil rakyat adalah asas demokrasi dan aktiviti tajaan dan gerakan kempen sesebuah parti hanya sampingan. Wakil rakyat bukan kedudukan yang diberikan oleh parti tetapi oleh rakyat melalui proses demokrasi. Parti dibentuk atas persepakatan wakil2 rakyat. Wang tajaan dan gerakkan kempen sesebuah parti tidak mampu untuk mengatasi nilai undi yang diberikan oleh rakyat. Parti tidak boleh menyahnilaikan undi rakyat hanya kerana nak senangkan hati ketua parti yang bermasalah dengan wakil rakyat. Jika itu berlaku lebih baik tidak ada proses pemilihan wakil rakyat. Biarkan saja Ketua parti letakkan orang2 yang mereka senangi dan tukar apabila perlu agar rakyat tidak dipaksa untuk membuang undi berkali kali hanya kerana wakil yang dibenci ketua parti.

 

Menjadikan wang yang dilaburkan parti dan jentera parti yang bekerja sebagai asas demokrasi menggantikan kuasa mengundi rakyat adalah sejenis sistem baru dan bukan dari amalan demokrasi. Lebih baik negara bertukar kepada sistem khalifah jika mahu menggantikan demokrasi.

 

Sepatutnya parti yang dipimpin oleh pemimpin yang lemah hingga tidak mampu membentuk persepakatan wakil rakyat yang perlu ditukar. Kuasa perlu dikongsi dan suara perlu dari kumpulan yang ramai.. Bukan dikumpulkan semua kuasa kepada satu dua manusia yang mengawal parti.

Friday, December 11, 2020

MUDAH LUPA MASALAH BESAR MANUSIA

 


Dalam solat berapa kali kita sebut Allahuakbar? Tapi setiap kali itulah selain Allah masuk dalam fikiran kita sepanjang waktu dalam solat. Berapa banyak kali sebutan Allahuakbar itu diulang menunjukkan betapa mudahnya manusia jadi lalai dan lupa. Dalam kiraan saat hati manusia boleh dipalingkan malah ada yang tidak sedar hingga solat selesai. Solat tanpa khusyuk tiada nilai apa2 disisi Allah. Kehidupan tanpa ibadah adalah kehidupan yang sia sia dan hanya menanti kebinasaan di akhirat. 

Manusia tanpa sedari setiap saat bergelut untuk mempertahankan destinasi selepas mati sama ada pulang ke kampung syurga atau tersesat di dalam neraka. Setiap saat itu mereka tewas dan kebanyakkannya makan bertahun lamanya sehingga perlukan jalan yang terlalu jauh untuk kembali memahami tujuan hidup mereka. 


Amal ibadah yang pada zahirnya kelihatan mudah dan ringkas seperti Solat dan Zikir sebenarnya membawa kesan yang cukup besar terhadap manusia terutama sekali dalam mengatasi masalah semulajadi manusia iaitu mudah lupa. Tahukah kita masalah mudah lupa ini jika tidak dapat diatasi dengan kesungguhan dalam ibadah solat dan zikir ini boleh menyebabkan diri kita TERSESAT ke dalam neraka? 


Mudah lupa adalah MASALAH BESAR bagi manusia. Sebab itu ibadah manusia Allah turunkan dengan cara yang BERULANG-ULANG malah solat pada asalnya bukan lah 5 waktu sahaja. ALLAH lebih tahu kelemahan manusia namun apabila waktu solat dikurangkan hingga tinggal hanya 5 waktu sahaja lihatlah apa yang terjadi kepada manusia.. Manusia terus lupa dan membinasakan diri sendiri tanpa sedar hanya kerana lupa. 


Manusia perlu kembali latih mulut untuk sentiasa berzikir setiap saat walaupun ada yang akan kata perbuatan itu seperti orang yang sudah gila. Penyesalan apabila lupa itu lebih daripada gila. Berzikir dan membesarkan Allah dengan kalimahNya membantu manusia memahami kalimah ALLAHUAKBAR yang diulang-ulang dalam solat. Apa yang difikirkan ketika solat itu adalah bukti siapakah yang manusia lebih besarkan dalam kehidupan mereka.