Sunday, June 14, 2020

KEARAH PERPADUAN MELAYU ISLAM YANG TULEN



Saya cadang pada PRU 15 semua parti politik Melayu yang berjaya menumbangkan kerajaan PH DAP meneruskan kesepakatan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu dengan pembahagian kerusi samarata.

Semua pihak perlu komited meneruskan agenda Melayu Islam dan meletakkan kepentingan parti di BELAKANG. Ketulenan usaha Penyatuan Ummah ini perlu direalisasikan tanpa perlu mempersoal kedudukan dan mengungkit sejarah lama yang tidak langsung memberi manfaat kepada tujuan asal persepakatan.

Ahli mahupun pemimpin parti bebas berhijrah malah diadakan asimilasi secara tersusun antara parti agar satu hari nanti dapat diwujudkan gabungan Parti Melayu Islam yang sempurna dan hampir mustahil untuk ditumbangkan.

Setiap parti ada kelemahan dan pernah menjadi penyebab beberapa siri perpecahan dalam sejarah politik negara namun tidak pernah belajar kerana kuasa MONOPOLI yang ada pada mereka.

UMNO tidak lagi dapat mempertahankan kedudukan itu kerana jelas kedudukan sebagai parti terbesar orang melayu sebelum ini digunakan untuk mempamerkan keangkuhan dan kesombongan hingga mengundang rasa tidak puas hati ahli sendiri yang kemudiannya menubuhkan parti baru.

Dengan perlantkan Perdana Menteri dari PPBM seharuskan memberi isyarat bahawa zaman monopoli UMNO telah berakhir dan siapa yang masih terbawa2 sikap sombong dan angkuh perlu berubah atau berundur untuk pastikan aspirasi Perpaduan Melayu Islam Tulen ini dapat dijayakan tanpa gangguan dari dalam.

Semua parti perlu meyakinkan pengundi Melayu bahawa mereka tidak lagi akan mengulangi kesilapan dahulu yang sering berebut kerusi dan jawatan sesama sensidiri sehingga rakyat diabaikan.

Segala pergerakan berbentuk hasutan merosakkan perpaduan ini perlu dibenteras dan dijadikan teladan agar sejarah perpecahan bangsa tidak berulang lagi.

Tuesday, May 5, 2020

APA YANG KAU BUAT DENGAN ALQURAN?



Sekiranya Muhammad itu kekasih Allah maka kasih Allah terhadap kau adalah lebih lagi kerana Dia sanggup susahpayahkan Muhammad untuk sampaikan Al Quran ini kepada kau..


Tapi lihatlah apa yang jadi bila Al Quran sampai kat kau...
Dahla kau nak buka AlQuran pun nak jumpa peluangnya susah dan perlu di tegur berkali2 baru nak buka.. Tiba masa dapat baca kau baca bahasa arab yang kau sendiri tahu yang kau memang tak faham apa ..

Pleaselah orang #melayu upgradelah.. Aku sebut Melayu sebab hal ini hanya berlaku dikalangan orang Melayu.. (Jangan kata aku rasis pulak). Banyak juga alim ulama sudah bersuara. Namun perkara yang kita sudah amalkan sejak turun temurun dari zaman tok nenek kita lagi bukan mudah nak diperbetulkan. Kenapa amalan mak bapak tok nenek malah ustaz2 kau yang masih ada ni jadi penghalang untuk kau jadi lebih dekat dengan Tuhan kau?

Dari kecik aku dibesarkan dengan suasana yang sama. Sampai masuk UIA pun masih lagi hadiri kelas tajwid. Bersungguh2 betul ustaz2 perbetulkan bacaan.. Tapi akhirnya mereka kata jika faham bahasa arab itu lebih membantu kita membaca dengan cara yang lebih tepat. Memanglah... Orang Melayu saja sangat berlebihan utamakan bacaan dan sebutan ni. Kalau orang tak faham bahasa Melayu bila kau latih dia macam mana sekali pun untuk baca.. cara bacaan dan penyampaian nya tetap akan jadi pelik.. dan boleh juga menyimpang dari maksudnya.


Matlamat bacaan bukan sekadar membunyikan semata2. Ia sesuatu proses yang tidak lengkap dan tidak memenuhi kehendak kenapa Al Quran itu diturunkan. Membiarkan atau sekadar BERPUASHATI dengan bacaan dan kutipan fadhilat pahala pula satu penghinaan kerana mesej yang ingin disampaikan oleh Pencipta masih tidak kesampaian. Itukah cara kau agung dan muliakan AlQuran? Kau sebenarnya tidak hormat langsung kepada AlQuran samalah keadaannya apabila kau leka dalam solat kau. Amalan dibuat sekadar ritual. Nampak dari segi zahir dan bunyinya yang asyik tetapi Isinya kosong.
Seperti apa yang aku buat sekarang.. aku mahu kau yang baca ni berfikir dan memahami apa yang aku mahu sampaikan. Aku bukan tulis jampi serampah yang kau boleh bunyikan untuk memecah kesunyian hidupkau.

Kau tanyalah diri kau sendiri apa yang kau mau dari Al Quran. Dan kemudian kau cari pula apa tujuan dan sebab Tuhan turunkan Al Quran.  Tahukah kau AlQuran itu adalah penyambung kasih sayang Tuhan terhadap kau untuk selamatkan kau dari kebinasaan? Tuhan harapkan kau jadikan pesananNya sebagai panduan bagaimana cara untuk kau gunakan kehidupan agar dapat kembali kepada Nya dalam keadaan seperti mana yang Dia mahukan..  Sama keadaannya kalau kau dalam hutan lagi kerap kau lihat kompas dan peta lagi selamat kau dari tersesat.

Pesanan ini perlu diulang2 selagi kau hidup sebab Dia tahu sifat kau yang mudah lupa dan leka dengan nikmat keseronokan dunia. Dia pesan berulang2 kali apa bahaya yang kau kene elakkan ketika hidup agar kau tak menyesal. Tapi apa gunanya jika yang kau ulang2 baca pun dalam bahasa arab yang kau sendiri tahu yang kau memang tak faham apa ..

Lain2 hujah ada dalam Al Quran seperti di bawah...



إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ قُرْءَٰنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.(Yusuf - 2)

فَإِنَّمَا يَسَّرْنَٰهُ بِلِسَانِكَ لِتُبَشِّرَ بِهِ ٱلْمُتَّقِينَ وَتُنذِرَ بِهِۦ قَوْمًا لُّدًّا
Maka sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran itu dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi kabar gembira dengan Al Quran itu kepada orang-orang yang bertakwa, dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang.(Maryam - 97)

وَلَوْ جَعَلْنَٰهُ قُرْءَانًا أَعْجَمِيًّا لَّقَالُوا۟ لَوْلَا فُصِّلَتْ ءَايَٰتُهُۥٓ ۖ ءَا۬عْجَمِىٌّ وَعَرَبِىٌّ ۗ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ هُدًى وَشِفَآءٌ ۖ وَٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِىٓ ءَاذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ يُنَادَوْنَ مِن مَّكَانٍۭ بَعِيدٍ
Dan jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".(Fussilat - 44)


وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ كَٱلْأَنْعَٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْغَٰفِلُونَ
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.(Al-A’raf - 179)

وَٱتَّبِعُوٓا۟ أَحْسَنَ مَآ أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ ٱلْعَذَابُ بَغْتَةً وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ
Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya,(Az-Zumar - 55)

أَن تَقُولَ نَفْسٌ يَٰحَسْرَتَىٰ عَلَىٰ مَا فَرَّطتُ فِى جَنۢبِ ٱللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ ٱلسَّٰخِرِينَ
supaya jangan ada orang yang mengatakan: "Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah),(Az-Zumar - 56)

أَوْ تَقُولَ لَوْ أَنَّ ٱللَّهَ هَدَىٰنِى لَكُنتُ مِنَ ٱلْمُتَّقِينَ
atau supaya jangan ada yang berkata: ´Kalau sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa´.(Az-Zumar - 57)

أَوْ تَقُولَ حِينَ تَرَى ٱلْعَذَابَ لَوْ أَنَّ لِى كَرَّةً فَأَكُونَ مِنَ ٱلْمُحْسِنِينَ
Atau supaya jangan ada yang berkata ketika ia melihat azab ´Kalau sekiranya aku dapat kemnbali (ke dunia), niscaya aku akan termasuk orang-orang berbuat baik´.(Az-Zumar - 58)




Wednesday, January 8, 2020

JANGAN JADIKAN KELUARGA SEBAGAI TEBUSAN




Saya tak faham dengan orang perempuan ni yang penat melahirkan anak2 dari benih suami dimana letakkan kekuatan ikatan amat teguh boleh dengan mudah meleraikan semuanya dengan alasan suami ada isteri lain. Andalah yang pilih untuk menghancurkan keluarga yang anda bina.

Anda jadikan keluarga yang dibina sebagai tebusan kerana marah dengan perbuatan suami kerana berkahwin lain. Suami tu dia nak kawin satu ke dua ke 3 ke tidak bertentangan dengan fitrah pun. Kamu sepatutnya bijak mempertahankan kedudukan kamu sebagai Isteri dan ibu kepada anak2 nya yang lebih dahulu menjadi sebahagian dari kehidupan suami selama ini.

Jangan mengalah hanya kerana suami kawin lain. Jika anda tuntut perpisahan maka anda telah memberi kemenangan mudah kepada Isteri barunya. Bertahanlah dan teruskan laksana tanggungjawab sebagai Isteri. Syurga tetap ada di situ. Jangan buat undang2 sendiri hanya kerana amarah.

Kasih memang perlu dikongsi. satu hari nanti suami itu akan pergi jua. Apa yang perlu direbutkan sangat. Yang penting tanggungjawab. Kalau benar suami mu abaikan tanggungjawab kerana sudah berkahwin lain silakan bertindak. Tetapi bukan hanya kerana amarah tidak rela berkongsi kasih.

Berkahwin tidak ada masalah. Yang masalah ialah yang tamak dan fikir suami untuk diri anda seorang. Banyak2 beristigfar.. Fikirkan anak2.. Jangan cuba salahkan pihak lain jika anda yang pilih untuk menghancurkan.

Cukup2lah penceraian. Jangan sekali2 sebut tentang penceraian. Pilihlah untuk dahulukan anak2 berbanding kehendak diri yang tamakkan perhatian suami

Thursday, November 28, 2019

PEDULI APA DENGAN ORANG LAIN!



Apa ni? Setiap hari kita dipaksa untuk tahu tentang masalah orang ini dan itu. Buka saja handphone keluar pelbagai cerita. Semua nak diluahkan. Hal dalam kain pun nak dikongsikan. Mana yang sengaja cari peluang untuk dapat lebih perhatian. Terdesak melakukan segala macam adegan pelik malah tidak senonoh hanya kerana mahukan lebih banyak follower dan like.

Semua orang mahu mencuba nasib untuk jadi popular. Tak perlu siaran TV malah TV semakin hilang pengaruh ditenggelamkan Handphone. Manusia celik mata saja dah cari handphone. Memanglah handphone tu kecil dan nipis tetapi kesannya amat besar dan telahpun berjaya mengubah dunia. Ketika ini kita melalui suasana yang cukup berbeza berbanding 10 ke 15 tahun yang dulu. Cara kita menguruskan kehidupan pun sudah berubah. Bukan sekadar satu kemudahan, keboleh capaian kita terhadap maklumat dari penyiar amatur dan keupayaan diri kita sendiri untuk menyiarkan segala macam perkara membentuk satu zaman baru yang amat asing dan membingungkan.

Kita mungkin tidak perasan. Tetapi lihatlah kini betapa banyaknya jenis2 pekerjaan semakin luput digantikan dengan jenis pekerjaan yang langsung kita tidak sangka boleh menjana pendapatan. Ramai kini tidak perlukan pejabat dan majikan. Siapa sangka hanya buat siaran main game pun boleh buat duit macam seorang yang bekerja sebagai pengurus bank.

Kita sebenarnya dieksploitasi oleh dunia koperat yang sentiasa pantas mengenalpasti peluang dikala kita sedang asyik melayari perkara yang kita suka lihat setiap hari. Lebih banyak masa kita habiskan dengan handphone maka lebih besarlah nilai platform itu dan kos yang perlu dilaburkan kepada penyiarnya yang berpengaruh.

Penyiar2 ini semakin ligat mencari sumber untuk mendapatkan lebih banyak pengaruh. Mereka mengkaji apa yang kita suka lihat. Hiburan yang kita selalu cari. Kisah yang mudah buat kita terbawa2. Dan boleh juga isu yang buat kita marah dan melenting. Kita dimanipulasi setiap hari untuk mendapatkan perhatian.

Bagi yang sekadar mahu mendapatkan perhatian dan tidak mahu ketinggalan melihat kawan2 lain yang ada ramai kawan. Setiap hari kita berfikir apa yang mahu dipostkan di FB dan IG untuk ramai orang like. Tidak hairanlah ramai yang berhabis duit untuk bercuti keluar negara sekadar mahu bersiaran di FB dan IG. Bila pulang pun masih boleh buat throwback dari ribuan pict yang dah disnap. Bukan itu sahaja.. Yang dah kahwin cukup sepuluh tahun dapat idea pula nak postkan gambar perkahwinan sekali lagi lengkap dengan dandanan mak andam dan sesi photoshoot outdoor. Berapa pula RM habis tu? Nak lagi kuat magnet tarik likers buatlah photoshoot kawin di kuburan. Lagi pelik lagi power. Terbaru budak baru merdeka SPM pakat dengan kawan2 buat video celebrate di tengah2 jalanraya. Mereka ni baru 17 tahun ..generasi ni akan ada lebih banyak idea pelik dalam tempoh 10 tahun lagi dan adik2 mereka akan menyusul dengan modal yang lebih hebat lagi.

Semua ini kita lakukan adalah semata mata untuk mendapatkan perhatian orang lain. SIAPA ITU ORANG LAIN? Tak bolehkah kita buat sesuatu itu hanya untuk kepuasan diri sendiri sahaja. Tak perlu publish dan tak perlu posting. Simpan dalam handphone berkurun. Tak mungkin bukan..

Like dan perhatian amat penting bagi diri kita ketika ini. Cara baru bersosial ini amat pelik tetapi bayangkan orang yang duduk dihujung kampung tidak dikenali sesiapa apakah jenis kehidupan yang mereka lalui. Walaupun anda seorang yang peramah tetapi tidak menjadikan anda seorang yang ramai kawan jika tak suka buat live di FB dan IG.Cara kita bermasyarakat pun kini berubah dan bersosial adalah keperluan asas sebagai seorang manusia. Jadi bagaimana pula cara kita untuk sampai ke syurga kerana kehidupan kita ini sebenarnya adalah sekadar jambatan untuk sampai ke sana? Adakah cara kira dosa dan pahala juga kini berbeza?


Tuesday, November 12, 2019

DIHUJUNG NYAWA BIMBANG ZAMAN GELAP


Di hujung nyawa bimbang zaman gelap?

Ya mungkin ketika ini kita bukan berada di dalam kedudukan itu. Kita tahu masanya akan sampai tetapi buat masa ini ada perkara yang lebih menarik untuk difikirkan dahulu. Impian masih panjang. Namun apakah dapatanmu apabila saat itu hampir tiba,  zaman yang sering menjadi kebimbangan, zaman gelap yang penuh dengan noda hitam itu rupa-rupanya adalah zaman ini.

Dihujung nyawa kita berharap jika diberikan peluang ingin kita padam terus zaman gelap itu. Atau jika diizinkan kembali mahu saja kita menghambat diri sendiri diketika sedang asyik mencipta noda demi noda sambil berkata tidakkah kamu sedar betapa perbuatan mu itu membuatkan hari-hari akhir mu di dunia penuh dengan kegelisahan, Diakhirat menanti penderitaan tidak berkesudahan! Nikmat yang kamu kejar pula hanya memanjangkan tempoh kebinasaan.

Alangkah bagusnya jika laungan penyesalan itu dapat didengar oleh kita yang masih berada dizaman gelap ini. Saban hari merayu memohon belas kasihan agar dihentikan perbuatan dosa lalai leka. Setiap kali kedengaran maka hati serta merta sayu keinsafan. Terbantut maksiat dan dosa ditinggalkan. Nafsu terhidang tidak disapa. Lebih jauh suara situa itu kedengaran menjengah dirinya sewaktu masih muda remaja lebih banyak peluang untuk dirinya membersihkan dosa. Jiwa yang dulu kegelisahan bertukar tenang dan yakin berdepan dengan saat tercabutnya nyawa.

TETAPI sayang semua itu tidak pernah berlaku kepada sesiapa pun. Tiada upaya seseorang itu memberi peringatan kepada dirinya sendiri diwaktu lampau. Hari demi hari dilalui dengan kehidupan nikmat dosa dan leka tanpa sedar makan bertahun lamanya. Baki masa yang tinggal belum tentu dapat mengumpulkan amal yang cukup untuk menimbuskan dosa. Jiwa longlai pasrah tanpa rela diheret ke perkuburan entah apa nasib malang bakal menimpa.

Sunday, October 13, 2019

TAK PERLU BAJET ALTERNATIF DAN MANIFESTO




Saya cadangkan alang2 BN tak bawa bajet Alternatif elok juga BN jangan bawa sebarang Manifesto terutama sekali melibatkan bajet kerajaan.

Dari dulu pun PH tak sepatutnya ada bajet Alternatif dan manifesto kerana terbukti mereka tiada kredibiliti untuk menyempurnakannya.

BN tidak tahu dengan jelas situasi kewangan negara yang sebenar dibawah PH dan Rakyat kalau nak pilih BN tak perlu Manifesto dan Bajet Alternatif kerana BN ada track record 60 tahun cemerlang bangunkan negara. Rakyat saja buang masa layan penipuan dan menanti Menteri PH yang tak perlu bimbang dipecat buat kesilapan demi kesilapan.

Thursday, October 3, 2019

MARUAH MELAYU : LEBUR KERANA EGO DUA PEMIMPIN

Hasil carian imej untuk NAJIB MAHATHIR

Adakah orang Melayu tidak sedar apa yang sedang mereka lakukan ketika ini hanya memenuhi kehendak musuh? Bila ada satu pihak yang beralah pasti pihak yang satu lagi tunjuk ego dan mengaku kuat dan hebat. Begitulah tempat mereka saling bertukar. Yang menjadi mangsa orang Melayu itu sendiri. Negara terus kekal berada ditangan musuh dan sudahpun masuk tahun ke-2. Berbillion aset kebanggaan orang Melayu yang menjadi tempat bergantung harap memenuhi keperluan pendidikan dan kebajikan mereka dilelong kepada pihak asing. Mereka ini tidak mampu berkata apa-apa hanya mampu berharap situasi perit ini akan pulih segera. Tidak dapat ditaksirkan besar manakah kerugian yang harus ditanggung apabila segala perancangan yang sekian lama berjalan tiba-tiba terbantut dan disekat dengan pelbagai alasan. Rayuan mereka pula dibalas dengan cemuhan. 

Segolongan lagi kumpulan profesional Melayu yang  masih baru nak merasa hidup senang sibuk mencari ruang untuk memajukan diri hanya memandang sepi nasib bangsa mereka yang tidak terbela ini dan tidak pula mampu untuk menghulurkan bantuan menggantikan tempat kosong yang ditinggal kerajaan Melayu yang telah tumbang. 

Ya Mahathir pengkhianat, Mahathir itu dan ini. Biarlah dia tanggung segala perbuatan dia. Tetapi ingatlah dia boleh saja terima cemuhan oleh anak cucu hingga kiamat dengan jaminan keturunan beliau sentiasa dijaga seperti Othman Wok tetapi sekirannya beliau menyeru kepada penyatuan maka itu tandanya apa yang beliau lakukan selama ini bukanlah apa yang sebenarnya beliau mahukan. 

Bukan lagi rahsia, segala macam malapetaka yang menyelubungi umat Melayu kini pada mulanya hanyalah sekadar api yang amat kecil dan cukup mudah untuk dipadamkan. Tetapi disebabkan tersilap perkiraan dalam membuat sekecil-kecil keputusan kesannya tidak pernah sampai dalam jangkauan. DS Najib tidak sangka boleh sampai sebegini dasyat amarah seorang yang bernama Mahathir. Tidak pernah terlintas seorang negarawan yang sentiasa menjadi penunjuk jalan dan aspirasi bagi anak bangsa ketika mereka leka dan bingung sanggup menggunakan apa saja pengaruh yang ada untuk melepaskan segala kekecewaan. 

Dalam masa yang sama Tun Mahathir jua tidak pernah mengjangka DS Najib mampu mencetuskan fenomena dan PAS sedia menerima UMNO untuk berdepan dengan kerajaan pimpinannya. Yang lebih membimbangkan ialah ancaman sebenar yang selalu beliau peringatkan Melayu bakal menjadi kenyataan sekiranya beliau berundur. Disaat ini dalam tekanan dan krisis kepercayaan terhadap janji beliau untuk melepaskan tampuk kuasa sekali sekala beliau menyeru mengharapkan ada yang faham akan risiko besar bakal menimpa umat Melayu jika masih enggan bersatu. 

Baik DS Najib dengan tersilap jangkaannya dan Tun Mahathir dengan letusan amarah, mereka masing-masing telah menerima hukumannya. Namun apa yang tidak patut terus dibiarkan menerima kesan ialah MELAYU.

Melayu perlu bergerak tinggalkan dua pemimpin ini bersama masalah dan sengketa mereka. Melayu perlu memikirkan masa depan mereka. Tiada yang perlu ragu tentang semangat kemelayuan kedua-dua tokoh ini tidak kira siapa yang bakal memimpin negara. Singkirkan musuh yang sedang bermaharajalela perlu menjadi keutamaan. Jika kuasa sudah kembali ke tangan ayuh kita hukum mereka pula atas tembelang yang mereka pentaskan selama berkuasa. Bersatulah umat Melayu kembalikan MARUAH mu!