Sunday, March 17, 2019

BENCANA PASIR GUDANG SERIUS KE TAK?



Hanya separuh dari masyarakat Pasir Gudang tadi saya lihat tidak mengenakan face mask. Padahal keadaan berbeza di Stadium Pasir Gudang apabila semua mengenakan face mask dan kakitangan frondesk siap dengan baju khas. Sudah pasti mereka sentiasa dalam keadaan bersiapsiaga tahu dan sedar tentang bahaya dan risiko yang mereka hadapi berbanding penduduk pasir gudang sendiri.

TAKUT PANIK

Oleh kerana MB sendiri menyatakan bahawa perkara pertama yang menjadi keutamaan beliau ialah tidak mahu orang ramai panik maka sudah pasti dalam membuat sebaran maklumat terdapat maklumat yang dianggap serius dan berbahaya dielakkan dari terlepas kepada pengetahuan ramai.

Sebagai contoh maklumat bahawa kawasan pencemaran bukan hanya di sungai kim kim, Menteri terpaksa menggunakan media untuk beri amaran kepada pengilang supaya jangan membuat sebarang pembuangan sisa toksid secara panik. Melalui hebahan ini sudah pasti menteri mempunyai maklumat berkenaan penemuan lokasi baru. Sehingga kini tiada hebahan media secara rasmi tentang penemuan sisa kimia berbahaya itu di lokasi baru iaitu Sungai Masai. Mereka hanya diingatkan bahawa keadaan udara di Pasir Gudang belum benar2 selamat.

SOP di pusat rawatan kecemasan pula yang mahu pesakit mandi dan menukar pakaian sebelum masuk ke dalam kawasan rawatan memberi gambaran betapa berbahayanya bahan pencemaran ini hingga jika terdapat bahan tersebut pada pakaian pun boleh mendatangkan mudhorat.

Bencana toksid ini adalah merupakan bencana yang buat pertama kali dihadapi oleh semua pihak. Tidak seperti kejadian jerebu dan banjir sebelum ini, banyak perkara yang masih tidak jelas dan hanya boleh diberikan jawapan setelah melalui kajian teliti. Baik dari pihak petugas mahupun masyarakat masih bingung apa yang perlu dilakukan. Bagi mereka yang mengambil berat dan sedar tentang bahaya bencana pencemaran toksid ini mereka segera mencari jalan meninggalkan kawasan. Ada juga yang tak mahu bertindak apa2 dan menganggap hebahan di mediasosial hanya perbuatan nakal mengganggu ketenteraman ramai.


#PRAYFORPASIRGUDANG

Saturday, March 16, 2019

HOLYWOOD BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEGANASAN DI NEW ZEALAND






Siapa pernah saksikan filem Sicario : Day of the Soldado? Salah satu babak di sebuah pasaraya seperti yang dibincangkan dalam screenshot ini amat menyayat hati.

Setelah 2 pengganas Islam (Bom diletupkan sambil pengganas mengangkat tangan berdoa dengan menyebut nama Allah) berjaya meletupkan diri, rakan mereka yang sepatutnya meletupkan bom yang ke 3 masih teragak2 mengambil sedikit masa dihampiri seorang Ibu bersama anak perempuan yang ketakutan merayu agar mengizinkan mereka keluar dari pasaraya tersebut. Namun pengakhirannya menyentap hati sesiapapun yang menontonnya  meninggalkan rasa geram, benci dan terkilan yang amat walaupun ia sekadar babak dalam sebuah filem.

Terkini bukan sahaja SKMM malah Facebook dan beberapa platform perkongsian media sosial bertindak mengharamkan rakaman pembunuhan beramai2 umat Islam yang sedang menunaikan solat Jumaat (Mendengar Khutbah) oleh pengganas kulit putih di Christchurch, New Zealand.

Alasan mereka ialah rakaman tersebut amat menyinggung dan boleh meninggalkan kesan buruk selain tidak menghormati mereka yang sedang bersedih dengan kehilangan ahli keluarga dalam insiden itu. Namun persoalannya bagaimana pula dengan deretan filem Holywood yang masih menampilkan babak pengganas Islam dijaja ke seluruh dunia hingga memarakkan lagi kebencian seluruh dunia terhadap agama Islam?

Walaupun ia sekadar filem, dengan teknologi canggih pembikinan filem masa kini gambarannya amat realistik hingga kelihatan ia seperti benar2 berlaku.

Saya sebagai peminat filem aksi terutama sekali dari tema ketenteraan atau taktikal yang melibatkan banyak penggunaan senjata api apabila menyaksi video yang diharamkan seluruh dunia itu saya seolah2 tidak dapat membezakan kejadian itu dengan babak dalam filem Holywood.

Jelas pengharaman video ini hanya menggambarkan ketakutan orang kulit putih bukan Islam yang rasa terancam sekiranya kejadian yang amat menyayat hati pembunuhan kejam yang menyasarkan rumah ibadat orang Islam itu bakal memarakkan kebencian kepada mereka.

Oleh itu dimanakah keadilan terhadap orang Islam apabila filem Holywood pula bebas menyebarkan kebencian seluruh dunia terhadap umat Islam dan mungkin juga menghasut keganasan dilakukan terhadap penganut agama itu?




Friday, March 8, 2019

KALAU MELAYU TAK SEDAR LAGI TAK TAHU LAH





"KALAU MELAYU TAK SEDAR LAGI TAK TAHU LAH"

Inilah yang selalu diulang-ulang oleh bapak setiap kali saya menjenguknya. Berbaki 2 bulan sahaja lagi maka cukuplah setahun negara kita buat kali pertamanya sejak merdeka berada dibawah kuasa DAP. DAP yang sekian lama dibiar terus hidup setelah jelas berniat jahat terhadap kedudukan orang Melayu dan tidak langsung menghormati Perlembagaan Negara tentang agama Islam. Padahal Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang dikatakan agen UMNO telah lama diharamkan. Mungkin UMNO tidak fikir DAP mampu mendapatkan cukup sokongan untuk menumbangkan parti itu dan mereka juga percaya akan terus mendapat sokongan orang Melayu yang membentuk kumpulan majoriti pengundi di negara ini.

Namun, zaman sudah berubah. Benih ditabur dahulu kini telah membuahkan hasil. Jika duhulu mereka di bangku sekolah dan universiti, kini anak-anak Melayu yang bangkit dari kemiskinan memegang jawatan penting di dalam organisasi besar. Mereka mungkin tidak pernah merasai kerut dahi ayah dan ibu ketika mencongak belanja yang perlu diketepikan untuk membiayai perjalanan pertama mereka ke universiti. Malah mungkin sudah timbul rasa benci untuk mengenang saat dibesarkan di pondok kecil dan sempit, ke sekolah dengan kasut yang koyak dan berlubang hingga terpaksa diseret. Kehidupan baru mereka dibandar besar ternyata cukup hebat hingga mereka anggap ia sekadar nasib yang hadir secara tiba-tiba.

Saya bersama rakan-rakan lain secara konsisten sejak 10 tahun dahulu telahpun mengingatkan orang Melayu bahawa apa yang mereka nikmati pada hari ini boleh hilang jika UMNO hilang kuasa. Mungkin kini ramai yang sudah hidup senang tetapi perlu ingat masih ramai lagi Melayu lain yang miskin perlu dibantu. Bahkan tiada jaminan anak dan keturunan kita sendiri boleh bernasib baik seperti kita atau mungkin hanya sekadar berebut hasil peninggalan apabila kita meninggal dunia nanti.

10 tahun dahulu kami hanya sekadar membuat simulasi berdasarkan agenda tersurat melalui tindak -tanduk parti DAP dalam banyak isu negara dan menjelmakan keinsafan melalui nasib orang Melayu di Singapura untuk dijadikan sempadan menduga bahaya agenda tersirat. Namun ada Melayu begitu yakin itu semua tidak akan berlaku kerana negara masih mempunyai perlembagaan dan Raja-raja. Ada juga yang menganggap kami hanya berpropaganda untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin ketar lutut takut hilang pangkat dan jawatan.

Kini 10 bulan telah berlalu. Masa untuk bersimulasi telah lama tamat. Hanya memperhatikan apa yang dijangka berlaku..  terjadi satu persatu. Kalau Melayu tidak sedar lagi aku tak tahulah..






Tuesday, February 26, 2019

PERKAHWINAN NABI PANDUAN ORANG ISLAM ..BUKAN UNTUK ORANG KAFIR




Nabi berkahwin dengan Aisyah dikata orang kafir sebagai PEDOFILIA. Itu sudah memang sikap orang kafir sentiasa ingin memburuk2kan Islam dan merosakkan pegangan orang Islam. Umur 9 tahun mungkin masih kategori kanak2 bagi zaman ini. Namun perkembangan kanak2 pada usia itu secara biologinya sudahpun bermula kitaran haid membuktikan Islam menepati ciri2 agama FITRAH yang didatangkan terus dari Tuhan yang menciptakan manusia.

Kehidupan Nabi Muhammad yang menjadi rujukan bagi seluruh umat Islam hikmahnya menjadikan perkahwinan Baginda dengan Siti Aisyah sebagai panduan bahawa itulah usia paling muda dibolehkan untuk dikahwini. Zaman mutakhir mengelaskan umur itu sebagai masih kanak2 adalah mengambil kira proses pendidikan kanak2 yang umumnya hanya akan tamat antara 6 hingga 8 tahun kemudian.

Jika perkahwinan Baginda ini disifatkan sebagai salah satu jenayah PEDOFILIA maka tuduhan itu natijah dari kejahilan dan sikap orang kafir yang tidak mahu memahami tetapi hanya berminat untuk menghina.

Saturday, October 20, 2018

PASKAL THE MOVIE bukan cikai punya barang.




Pada asal rasa memang dah menyesal tengok wayang filem melayu setelah publisiti kutipan jutaan ringgit diawal tayanganpun tak sehebat yang disangkakan. Orang macam saya ni bukan harga tiket jadi halangan tetapi yang lebih besar ialah masa. Beberapa babak layu dalam filem hantu kak limah sebelum ni pun buat saya menyesal datang ke panggung. TETAPI alangkah puas hatinya setelah berjaya mencuri masa menonton filem PASKAL semalam saya rasakan filem ni dah boleh bungkus filem2 lain yang viral juta2 baru2 ni paling tidak sebagai keadilan buat filem yang benar2 hebat seperti ini.

Kita boleh bezalah mana filem yang sekadar karya individu dan mana filem yang dihasilkan berdasarkan kajian yang amat teliti dan membawa mesej yang sangat ikhlas bukan semata mata bermatlamatkan keuntungan. Lebih2 lagi filem yang digarap berdasarkan kisah benar yang sememangnya ada peminat tersendiri. Kita boleh kaitkan dengan tajuk2 akhbar yang pernah menggemparkan tanahair sebelum ini.

Sebagai peminat sukan Airsoft atau military simulation, saya pun amat cukup berpuas hati dengan persembahan taktikal yang cukup realistik, mudah difahami dan amat mendebarkan. Terus terang cakap.. Kalah beb filem2 aksi ketenteraan holywood yang sesetengahnya dah sampai tahap basi dengan penceritaan yang dapat diagak. Versi MALAYSIA ini ternyata berjaya disampaikan dan kita akhirnya mempunyai filem aksi peperangan yang amat membanggakan setelah Bukit Kepong.

Jangan salah sangka, filem ini juga boleh menyebabkan mata saya berkaca berkali2 kerana kehebatan penceritaan tuan director yang amat menyentuh hati dalam soal kekeluargaan yang menjadi moto filem ini. Ini adalah filem kedua saya buat review setelah kekecewaan saya terhadap filem Ola Bola salute saya kepada setiap mereka yang terlibat menghasilkan karya ikhlas berjaya membakar samangat cintakan negara dan mengangkat martabat pasukan keselamatan dimata rakyat Malaysia. TAHNIAH 100 KALI THUMBS UP. HIDUP PASKAL. HIDUP FILEM MELAYU.




Aksi penulis dalam sukan milsim Airsoft


Monday, October 1, 2018

MELAYU tak perlu takut kepada ASIMILASI.






Acap kali kita menyaksikan seorang demi seorang artis atau selebriti bukan Islam bertindak memeluk agama Islam setelah melalui proses asimilasi yang berlaku apabila bercampur gaul dengan rakan artis dan selebriti beragama Islam.

Malah seperti satu tradisi mereka tidak dapat lari dari melayan harapan ribuan pengikut industri hiburan tanah air untuk melihat satu hari nanti mereka akan bertemu pasangan yang beragama Islam dan seterusnya memeluk agama Islam.

Sungguhpun golongan seni bukanlah pendakwah bertauliah, namun persahabatan dan hubungan akrab yang tidak bersempadan antara mereka menjadikan artis bukan Islam ini sedikit demi sedikit mendekati Islam bermula dengan mengambil tahu tentang amalan dan ajaran agama rakan2 mereka.

Dalam lakonan pula adakalanya mereka diberikan watak sebagai mualaf.. Pasangan kekasih dari set yang kemudiannya dibawa keluar set. Perkahwinan kemudiannya campur berlaku secara semulajadi.

Maka perkara yang sama akan berlaku jika asimilasi berlaku dalam masyarakat negara kita. Bahasa dan identiti Melayu tidak sepatutnya menjadi satu kebimbangan. Hasilnya kita mempunyai lebih banyak peluang berlakunya perkahwinan campur yang menambahkan bilangan penganut agama Islam.

Islam kemudiannya berkembang kepada adik beradik dan keluarga saudara baru. Disaat itu kita akan mulai sedar bahawa Islam itu telah menjadikan Cina Melayu India soal yang tidak penting berbanding nilai persaudaraan yang dibawa oleh agama itu.

Sesuai dengan anjuran Islam agar kita saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Dari situ kita akan mampu melihat betapa besarnya kesempurnaan dan kehebatan Allah yang menjadikan manusia dengan pelbagai suku kaum serta bahasa.

HENTI KULIAH UNTUK BERI LALUAN SOLAT JEMAAH



Harini nak solat Isyak terpaksa menjarah dari masjid ke masjid. Akhirnya masjid ke 3 baru ada jemaah bersolat. 2 masjid yang pertama masih berkuliah entah belum tahu bila masa nak mula solat berjemaah.

Kalau pun ada berjela muka kitab mahu disampaikan berhentilah sementara beri laluan kepada mereka yang mahu solat berjemaah. Bukan semua yang datang ke Masjid ada masa untuk tunggu kuliah selesai baru boleh solat berjemaah.

Harap kepada pihak pengurusan Masjid Jabatan Agama Negeri tolonglah keluarkan garis panduan tentang hal ini. Bukan saya seorang bersuara tapi ramai lagi. Tetapi dizaman orang boleh mengadu pelbagai hal di media sosial ada pihak seperti terlalu angkuh menolak mentah2 keluhan dan aduan ramai.