Sunday, October 25, 2015
DA'IE?..MERKETER?.. CYBERTROOPER?
DA'IE adalah segolongan manusia biasa yang dimuliakan oleh Allah hanya kerana mengajak orang kepada kebenaran.. Tak perlu jadi Ustaz mengajar di surau pun boleh jadi Da'ie..
Kalau dalam sebuah perniagaan DA'IE sama tugasnya dengan MARKETER. Bezanya Marketer cari bisnes untuk syarikat.. Tanpa bisnes kilang besar mana pun boleh tutup.
Dalam sebuah kerajaan pula DA'IE sama tugasnya dengan CYBERTROOPER. Bezanya CYTRO cari sokongan untuk kerajaan. Tanpa sokongan kerajaan akan TUMBANG.
DA'IE dalam agama ialah mengajak orang kepada Allah. Sukar kerana Allah sifatnya tidak nampak. Hanya dengan bercakap tentang kekuasaan Allah sahaja Allah akan hadir dalam hati manusia dalam bentuk iman. Tanpa iman.. amalan semudah zikir pun jadi terlalu berat.. Inikan pula nak bangun awal pagi start motor ke masjid..
Berikut kisah DA'IE dalam AlQuran
Di permulaan surah Yassin terdapat kisah pemuda bernama HABIBUNNAJAR yang berlari dari hujung kota untuk membenarkan kata-kata 3 orang rasul yang ditolak oleh kaumnya. Lalu dia dibunuh dan Allah hantarkan beliau terus ke dalam Syurga..
Yā-Sīn:26 - Dikatakan (kepadanya): "Masuklah ke surga". Ia berkata: "Alangkah baiknya sekiranya kamumku mengetahui.
Apa yang dikatakan oleh pemuda itu kepada kaumnya? Beliau tidak membuka aib sesiapa.. tidak mencemuh dan membenci sesiapa.. beliau hanya menyatakan perkara yang benar...Inilah kata2 yang menyebabkan dia bahagia selama lamanya..
Yā-Sīn:22 - Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nya-lah kamu (semua) akan dikembalikan?
Yā-Sīn:23 - Mengapa aku akan menyembah tuhan-tuhan selain-Nya jika (Allah) Yang Maha Pemurah menghendaki kemudharatan terhadapku, niscaya syafa'at mereka tidak memberi manfaat sedikitpun bagi diriku dan mereka tidak (pula) dapat menyelamatkanku?
Yā-Sīn:24 - Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang nyata.
Yā-Sīn:25 - Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhanmu; maka dengarkanlah (pengakuan keimanan)ku.
Friday, October 9, 2015
SARAN ISRAEL PATUHI AJARAN AGAMA SENDIRI: NAJIB KINI MUSUH UTAMA YAHUDI
Apakah reaksi sebenar hasil dari sindiran tajam Perdana Menteri terhadap Israel ini?
Anda sepatutnya tidak senang hati kerana Yahudi dianggap seperti budak nakal yang mempunyai rotan ditangannya. Najib Razak pula bercakap mewakili negara di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang turut dihadiri ramai ketua negara dari seluruh dunia termasuk Perdana Menteri Israel sendiri. Pentas antarabangsa badan dunia itu bukanlah sama seperti berucap dimana-mana forum lain didunia. Seperti ibu bapa yang hadir untuk menerima buku rekod prestasi pelajaran anak di sekolah, begitulah jua sama keadaannya apabila isu sengketa Israel - Palestine dengan beraninya dibawa oleh Najib yang seterusnya mendapat sokongan berupa tepukan gemuruh dari sebahagian besar pemimpin dunia. Reaksi spontan pemimpin dunia ini sudah pasti memberikan kesan yang tidak dapat dijangkakan terhadap imej Israel di mata dunia.
Berikut petikan ucapan Najib Razak yang menyindir Israel;
On that note, given the Rosh Hashanah violations of Al-Aqsa Mosque in Jerusalem and aggression against its worshipers three weeks ago, I call on the Israeli government to live up to Judaism’s highest ethical principles, and the essential message of the Torah as succinctly expressed by the first century BC sage Hillel. When asked to describe the Torah in a soundbite, he said, ‘That which is hateful to you, don’t do to your fellow human being.’
Saya menyeru Kerajaan Israel agar menghidupkan prinsip ahklak paling tinggi dalam ajaran agama Yahudi dan mesej yang disampaikan melalui kitab Taurat yang diterjemahkan oleh Hillel seorang ketua agama Yahudi pada abad pertama sebelum masehi yang mana beliau diminta untuk menjelaskan ajaran dalam Taurat secara ringkas, Belia menjawab "APA YANG DIBENCI OLEHMU , USAH LAKUKAN IA TERHADAP ORANG LAIN"
http://www.algemeiner.com/2015/10/02/malaysian-premier-invokes-torah-wisdom-to-bash-israel-in-un-speech/#
Sungguhpun akhbar Israel melapor kononnya Malaysia mengharapkan perhubungan yang lebih baik diantara dua negara namun komen-komen negatif yang terhadap ucapan Najib dalam posting media mereka menunjukkan yang sebaliknya. Najib Razak dan Malaysia sebagai negara yang diwakilinya menjadi kecaman dan sindiran balas.
Komen dari individu bernama Sarah pula menyifatkan orang Islam di Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan orang Islam di Palestine kerana mereka lebih baik. Kesal kerana Malaysia mengutuk Israel bagi pihak Palestine menyebabkan label Islam Sederhana Malaysia adalah tidak jujur dan mereka tiada bezanya dengan orang Islam di Palestine.
Wednesday, July 29, 2015
Muhyiddin TIDAK BERMINAT untuk menjadi Perdana Menteri.
Muhyiddin TIDAK BERMINAT untuk menjadi Perdana Menteri.
Beliau sebelum ini pernah menyatakan akan bersara apabila penggalnya tamat. Namun kedudukan beliau sebagai TPM menarik minat Mahathir untuk merealisasikan impiannya.
Tun SANGGUP melakukan apa sahaja agar Najib berundur dan kemudiannya TSMY sebagai PM akan melaksanakan impian Tun M dengan melantik Mukhriz sebagai TPM. Iaitu jawatan yang selamat bagi anakandanya untuk mewarisi jawatan TERTINGGI negara itu dalam tempoh yang sangat singkat.
NAMUN apa yang mendorong TSMY untuk membantu Tun M padahal beliau sudahpun berhasrat untuk bersara?...
Penyingkiran MUHYIDDIN serta merta menamatkan perancangan Tun Mahathir dan beliau berseorangan menerima natijah atas krisis yang beliau sendiri mulakan.
Hebat juga orang tuaku mengeluarkan "teori" yang aku sendiripun tidak terfikir...
#KekalNajib
#RapatkanSaf
Wednesday, July 22, 2015
Terus Tabah
Dialah pemimpin kita semua. Saudara seagama..
Bertuturpun dalam bahasa ibunda kita.
Mengalir ditubuhnya darah kesatria ayahanda yang sanggup menolak untuk dinobat kerana hormatkan bapa kemerdekaan berketurunan raja.
Tidak sanggup pula membiarkan rakyat dan negara dalam keadaan lemah kesugulan terus gagah memerintah hingga kesakitan mencabut nyawa.
Anakandanya pula kini menggalas amanah dikala negara penuh dengan mehnah dan seribu duka.
Tidak pernah dia melatah dan tidak pula sanggup dirinya tewas dek kerakusan musuh meratah dagingnya. Kerana beliau sedar Allah bersama-samanya.
Sungguhpun ramai yang membutakan mata dan memekakkan telinga, enam tahun yang sudah setiap detiknya membawa tuah kepada semua berkat ketulusan hatinya. Hingga kuasa besar dunia mencemburui kita.
Allah saja yang tahu betapa kesabaranmu diuji namun tetap tabah berbakti demi kesejahteraan rakyat dan negara.
SELAMAT HARI LAHIR KE 62 TAHUN BUAT DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA
Semoga sentiasa dalam lindungan Allah.
#TerusTabah
#KekalNajib
#NAJIB
Friday, June 5, 2015
MENGAPA SAYA SOKONG PM?
BUKAN semua perkara PERDANA MENTERI boleh maklumkan kepada rakyat.
Keberkesanan strategi beliau hanya boleh kita lihat HASILNYA dalam kehidupan kita sehari-hari.
Apa yang PASTI masyarakat antarabangsa mengiktiraf pencapaian ekonomi negara di bawah pentadbiran PM Najib.
Buktinya KUALITI kehidupan rakyat semakin meningkat. Itu yang kita semua mahu dan perlu KEKALKAN.
Kita perlu beri dia sepenuh kepercayaan bahawa apa yang dia lakukan adalah untuk kebaikan KITA..
Prasangka buruk TIDAK membantu beliau untuk fokus..Malah jelas dalam agama berdosa bercakap perkara yang kita tidak pasti akan KEBENARANNYA..
USAH LAYAN LAGI, SAMAN JIKA TIDAK BENAR
Ketua Pemuda UMNO Kluang merangkap Pengerusi NGO Sukaguam Dato Khairul Anwar Rahmat dipersalahkan dan dianggap tersilap langkah dengan menganjurkan majlis NGO bersama Dato Seri Najib Tun Razak yang dinamakan "NOTHING TO HIDE" pagi tadi. Penganjuran yang lemah, terlalu terbuka dan tidak mengambil kira ketegangan yang boleh berlaku akibat cetusan emosi dari kedua-dua belah pihak yang bertelagah.
Penganjuran ini pada mulanya dilihat positif namun akhirnya ia dijadikan platform oleh pengikut serta Tun Dr Mahathir sendiri mengambil kesempatan menghangatkan keadaan. Program apapun yang berkaitan persoalan dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu perlu dihentikan. Cukup sekadar penjelasan oleh individu atau kementerian yang berkaitan. Layanan istimewa Perdana Menteri terhadap isu-isu yang dibangkitkan Tun M hanya memberi political mileage kepada musuh-musuh politik DS Najib apabila ia menjadi catalyst. pemangkin kepada ingatan rakyat dari masa ke semasa dikala ia dianggap terlalu lama untuk sampai ke penyudah.
Ramai sudah semakin jelas dan sedar Tun M tidak lagi berminat untuk mendengar apa pun alasan yang diberikan DS Najib kerana beliau ada agenda lain disebalik isu-isu yang dibangkitkan. Keihklasan Tun M yang menjadi penarik kepada ramai penyokongnya kononnya beliau buat semua itu demi UMNO telah pun tercalar kerana beliau sanggup menyerang hal peribadi DS Najib dan menyebarkan kebencian serta prasangka terhadap Perdana Menteri.
Apa yang perlu dilakukan oleh DS Najib ialah mengarahkan peguamnya menjalankan tugas untuk bertidak terhadap sesiapapun yang menyatakan perkara tidak benar tentang beliau. Biarkan mahkamah mengambil alih apabila tiada lagi tolak ansur atau perasaan saling hormat menghormati.
Tindakan ini jua dapat memberi signal keyakinan kepada rakyat bahawa Perdana Menteri dipihak yang benar. Survival politik DS Najib menentukan kestabilan politik dan masa depan negara ini. Tidak perlu pilih kawan atau lawan. Jika ikhlas menegur tidak perlu hingga sampai memburuk-burukkan, Apatah lagi mereka sudah mempunyai gerakkan dari pihak-pihak yang mempunyai kepentingan untuk menggugat kedudukan Perdana Menteri.
Tiada lagi maaf dan tiada lagi toal ansur terhadap golongan pelampau ini. Segala jalan diplomasi untuk memuaskan hati mereka hanya menyebabkan mereka meraih lebih ramai penyokong. Biar mahkamah sahaja yang tentukan dan mendidik mereka bahawa jangan sekali-kali bermain persepsi dengan Perdana Menteri.
Sunday, April 26, 2015
TUNTUT LALUAN MUDAH UNTUK ANAK CUCU
Maaflah ... baru ada masa nak lihat sedikit potongan video majlis dialog negarawan semalam...
Kalau ada yang terperasan, Tun dah HINT sebab sebenar beliau menyerang Najib kepada semua. Beliau katakan baliau sangat terhutang budi kepada Arwah Tun Razak kerana melantik beliau jadi menteri. Malah mewasiatkan kepada Tun Hussein Onn untuk melantik beliau sebagai TPM yang seterusnya memastikan tempat yang selamat untuk beliau mengorak langkah sebagai pemimpin No.1 negara.
Lalu Beliau kemudiannya menyatakan bahawa Najib yang merupakan anakanda sulong Arwah Tun Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah kerana arahan beliau kepada Pak Lah. Tindakan beliau itu adalah untuk membalas budi kepada "anak".."cucu".. Arwah yang telah banyak berjasa kepada beliau.
PERKATAAN "ANAK" .... "CUCU" ... itu disebut bukanlah semata mata ingin berjenaka kepada penonton.. Perkataan itu adalah jelas SIGNAL beliau kepada semua termasuk DS NAJIB yang pasti turut cuba untuk menghadamkan kata-kata beliau BAHAWA anak beliau termasuk keturunan beliau perlu mendapat keistimewaan LALUAN MUDAH untuk menjadi pemimpin negara pada masa akan datang sama seperti apa yang dinikmati oleh keluarga atau golongan bangsawan yang lain.
Namun hal ini mungkin agak sukar bagi Najib kerana Beliau bukanlah bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan individu tertentu sahaja, beliau perlu mengutamakan kepentingan rakyat termasuk kedudukan beliau sendiri yang diperlukan untuk terus memimpin negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)










