Monday, August 18, 2014

UMNO dan KUASA ISTANA




Oleh kerana perjalanan politik negara selama ini didominasi oleh UMNO maka kita lihat segala prosedur yang merujuk kepada Sultan seolah-olah tiada langsung bantahan dan kelihatan seperti adanya Sultan hanya sekadar lambang dan istiadat semata.. 

Ini kerana UMNO itu sangat dekat dengan Istana. Putih kata UMNO maka putih lah kata Istana.. UMNO itu sendiri lahir dari Istana.. 

Namun kini dah berubah.. Sejak kisah Sultan Perak memanggil sidang dewan untuk pertukaran MB maka kita sedar bahawa Sultan bukanlah wujud untuk menyempurnakan istiadat saja...

Sunday, August 17, 2014

Hilangnya SUARA PAS dalam PR




Usah kita tertawakan sesiapa kerana pristiwa ini sebenarnya adalah TRAGEDI buat PAS . Ulama mereka dimalukan oleh golongan pro Anwar dalam PAS. Lebih malang jika ada penyokong PAS berbangga kononnya keputusan ini mengecewakan UMNO padahal ia adalah masalah hilangnya suara PAS dalam PR. 

PAS kini terpaksa menjadi penyokong kezaliman yang dilakukan oleh PKR terhadap Menteri Besar di negeri Pakatan Rakyat sendiri. Suara Presiden malah Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz telah berjaya disenyapkan oleh golongan bukan ulamak dalam PAS demi membuka laluan kepada "bos" mereka menundukkan PAS. 

Pentadbiran TSKI tidak sepatutnya diganggu. Apakah besarnya dosa TSKI apabila beliau mendahulukan kepentingan rakyat dalam isu pembekalan air? Mengapa kerajaan negeri dan rakyatnya perlu diheret dalam politiking Anwar yang akhirnya bakal melumpuhkan ekonomi dan memangsakan rakyat Selangor? 

Anwar hampir pasti akan ke penjara dan meletakkan Wan Azizah adalah permintaan terakhirnya. PR terus beriman dengan saudagar mimpi ini kononnya ia adalah jalan pintas bagi PR untuk ke Putrajaya.. Tak serik lagi kah dengan 16 September? Ingat rakyat takkan bangkit apabila PR sesuka hati menyalahgunakan dana rakyat untuk membeli Ahli Parlimen BN? 

Semua ini berlaku kerana hanya ada seorang sahaja politikus yang terdesak menghampiri detik-detik akhirnya dalam kancah politik negara. Selepas ini namanya akan dilupakan.. Dia sedang mengelitik melibaskan ekornya kiri dan kanan sebelum mulutnya di sentap kedaratan.

Saturday, August 16, 2014

Ini kompeni BANGSA mereka punya...




Saya bekerja di kompeni milik Robert Kuok. Amalan meletakkan anak cina setingkat tinggi dari melayu yang berpengalaman adalah strategi biasa untuk mengekalkan jawatan penting agar terus dikuasai bangsa mereka.

Jika ada yang mengadu tidak puashati tentang perkara itu saya hanya nasihat.. "Ini kompeni bangsa mereka punya.. mereka berhak mengaturkan jawatan penting khas hanya untuk bangsa mereka".

Namun jika kepakaran kita orang melayu mengatasi pilihan yang ada dikalangan bangsa mereka, tidak mustahil mereka terpaksa naikkan kita agar tidak kehilangan bakat dan demi mengekalkan prestasi syarikat.
Mereka cuba sedaya upaya malah saya tahu mereka sangat sedih jika anak bangsa mereka gagal untuk jalankan tanggungjawab dengan baik apabila diamanahkan jawatan. 

Amalan ini pada asalnya jelas adalah jenis diskriminasi kaum. Namun apa hak mereka untuk menyekat kuasa keadilan Tuhan yang menentukan hatta rezki apa untuk ulat yang tinggal di dalam batu. 

Yang lebih utama ialah usaha kita untuk terus meningkatkan prestasi bukan demi keuntungan syarikat semata tetapi demi meningkatkan nilai diri dalam pasaran kerja yang adil hasil pengalaman atas amanah yang telah syarikat berikan kepada kita 

Monday, July 28, 2014

Sebenarnya... RAMAI Melayu tidak layak ke Universiti



Sembang-sembang ketika raya ni dapat jugalah satu imput dari orang lama..

Ramai dari rakan-rakan saya sendiri adalah orang yang dimaksudkan ... iaitu mereka yang menyangka dapat masuk ke Universiti adalah kerana mereka layak. Padahal mereka sebenarnya diterima masuk ke universiti bukan berdasarkan merit seperti yang didesak oleh Lim Kit Siang.. 

Negarawan kita percaya hanya dengan pendidikan sahaja dapat meningkatkan maruah bangsa. Memberi keutamaan kepada anak melayu untuk maju dengan peluang istimewa masuk ke menara gading adalah caranya..

Lalu kita yang kini sudah hidup mewah serba cukup hasil ijazah yang ada, mana nak letak muka dihadapan negarawan ini jika mahu orang seperti Lim Kit Siang  berkuasa?

Sudah mati akalkah kita hingga sanggup menafikan apa yang telah kita nikmati sebelum ini dari diteruskan dan dinikmati juga oleh anak-anak kita sendiri?



Monday, July 21, 2014

MH370 & MH17, Adakah AS berpura-pura simpati dengan MANGSANYA



Saya semakin bimbang situasi apakah lagi yang akan berlaku jika benar dakwaan Rusia bahawa pihak Ukraine terlibat dan cuba memerangkap Rusia dengan menjadikan nyawa penumpang dan anak kapal #MH17 yang tidak berdosa sebagai mangsa percaturan politik mereka. 

Melihatkan aksi presiden Ukraine meletakkan jambangan bunga menunjukkan rasa simpati serta kerjasama antara dua kerajaan yang cukup baik, hal ini pasti menyebabkan kita berada dalam keadaan serba salah untuk memihak kepada sesiapa. Pembunuhan ini tidak sepatutnya berlaku dalam sejarah dunia moden ini ditambah pula dengan kehilangan pesawat #MH370 yang masih belum terungkai. 

Kita melihat US dan sekutunya kini seperti rakan yang sangat membahayakan kerana hebatnya mereka bersandiwara berpura-pura simpati kepada Malaysia, negara yang berguna hanya untuk dijadikan mangsa umpanan mereka.



Friday, July 18, 2014

MELAYU AKAN LEBIH BERJAYA JIKA LEBIH PERKAUMAN



Apabila kita bangkit membela atas penghinaan dan penginayaan. Mereka bantutkan tindakbalas kita dengan kekeliruan perkataan "PERKAUMAN". Apa yang mereka mahu katakan terhadap kita itu bukan isu. Apa yang mereka mulakan itu yang patut diperhitungkan dahulu.

Kita tidak sanggup jadi bangsa yang dayus membiarkan apa saja orang lain memperlakukan se enak-enaknya terhadap bangsa kita. Menjadi manusia yang peduli atas nasib bangsanya sendiri adalah satu fitrah yang manfaatnya mengukuhkan kedudukan diri kita sendiri.

Mereka tahu selama ini mereka lebih berani dan lebih berjaya kerana PERKAUMAN. Atas sebab itulah untuk mengatasi Melayu, mereka mahu Melayu lihat PERKAUMAN  itu sebagai satu perkara yang kotor dan menjijikkan. Dan akhirnya hanya mereka sahaja yang terus mempunyai kelebihan kerana lebih PERKAUMAN.

PERKAUMAN itu adalah rahsia survival mana-mana bangsa di dunia. PERKAUMAN memberi manfaat secara pukal kepada anggotanya dari segi ekonomi dan politik. Tanpa PERKAUMAN, sesuatu bangsa itu bukan sahaja selalu tewas. Malah akan pupus dibuli oleh bangsa lain yang lebih kuat dan kental PERKAUMANNYA.

#SIMKWANGYUNGSIM

Saturday, July 12, 2014

Saya bimbang pengorbanan Palestin dibalas dengan AZAB





An-Nisā':97 - Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. 


Tidakkah seorang pun manusia yang beragama Islam terbaca akan ayat ini? Bukankah ia sangat berkaitan dengan situasi orang Islam di Palestin. Tidak bimbangkah mereka dengan ancaman neraka jahanam setelah hidup penuh dengan kesusahan dan mati penuh dengan tragis? 

Apa lagi yang ingin dibuktikan dengan tekad dan keberanian mereka setelah berpuluh tahun hidup dengan siri penyembelihan nyawa si anak, isteri dan orang tua? Tanah semakin sempit. Orang Islam semakin lemah dan berpecah. Israel semakin berada dikemuncak kekuasaan. Hanya termampu dari berjuta yang lain hanyalah berdoa dari jauh. Namun diterimakah doa kita semua jika tindakan kita bertentangan dengan AlQuran? Besarnya dosa mereka yang ditindas tetapi enggan berhijrah hingga kemurkaan Allah menafikan syurga buat mereka!

Apa sebenarnya sebab mereka terus berada di tanah Palestin? Menjaga tanahsuci ketiga ummat Islam? Keselamatan mereka sendiri pun terancam siapa pula yang boleh jamin keselamatan kami untuk mengunjunginya? Adakah sesiapa yang mengambil keuntungan disebalik tumpahan darah mereka yang tidak berdosa ini? Tanpa sumbangan berjuta dana Amerika gaji kakitangan awam mereka pun tidak mampu dibayar sendiri. Usah lah kita saling menyalahkan.  Hakikatnya kita semua saling mementingkan diri sendiri kerana yakin siapa yang melawan nasibnya tidak kurang sedikit pun dari limpahan darah di bumi Palestin. 



Dari PENAMINANG

http://www.penaminang.com/2014/07/semangat-hijrah-dan-hudaibiyyah-jalan.html?m=1

 Isu Palestin - Yahudi ni bukan benda baru. Ianya adalah isu yang sudah berlansung selama berpuluh-puluh tahun. Setiap hari, setiap waktu, setiap tahun. Kejadian yang sama asyik berlaku. Dan setiap kali serangan dilakukan, maka setiap kali itulah kita melihat aksi-aksi membakar bendera Yahudi dilakukan, demonstrasi, maki hamun, boikot, yang kesemua itu bukanlah sesuatu perkara yang baru, tetapi telah dilakukan sebelum ini.

Namun, apakah hasil yang kita dapat? Yahudi masih menguasai Palestin. Umat Islam Palestin masih dibunuh. Secara tidak langsung ini membuktikan bahawa kaedah-kaedah yang kita guna pakai selama ini sudah tidak berkesan bagi negara zionis ini. 

Maka sekiranya masih tak ada sebarang kesan, mengapa kita tidak mahu kembali kepada Al-Quran dan Sunnah? Mengkaji segala taktik dan strategi Rasulullah S.A.W dalam menguasai semula Makkah yang ditinggalkan oleh baginda?

Bukankah Rasulullah S.A.W mengajar kita meletakkan keutamaan mendapatkan 'keamanan' adalah jalan terbaik dari peperangan? Mengambil contoh perjanjian Hudaibiyyah. Pada masa itu tentera Islam sudah kuat. Maka tidak ada masalah bagi tentera Islam pada ketika itu untuk menyerang dan menawan Makkah dengan mudah. Tetapi Nabi S.A.W tidak melakukan dengan jalan sedemikian, kerana Nabi mempunyai strategi yang lebih hebat dan tersusun.

Perjanjian Hudaibiyyah adalah perjanjian yang 'cukup berat sebelah' yang memihak kepada kaum kafir Quraish. Walaupun isi perjanjian tersebut dipersoalkan oleh sebahagian sahabat, namun Rasulullah S.A.W tetap dengan pendirian baginda, menandatangani perjanjian tersebut.

Namun apa yang terjadi pada akhirnya? Umat ISLAM semakin bertambah. Bukan disebabkan dengan jalan peperangan dan permusuhan diantara Muslim dan kaum kuffar, tetapi disebabkan akhlak yang mereka tampilkan ketika melaksanakan Haji di Makkah, yang secara tidak langsung menarik kabilah-kabilah Arab yang lain untuk memeluk agama ISLAM.

Maka seharusnya semangat Hudaibiyyah ini dikaji oleh pemimpin umat Islam di seluruh dunia amnnya dan pemimpin Palestin khasnya agar nyawa umat ISLAM Palestin dapat diselamatkan.

Bukankah nyawa umat ISLAM itu lebih berharga dari keseluruhan tanah di Palestin dan Al-Aqsa? 

Sabda Nabi S.A.W,

لَزَوَالُ الدُّنْيَا أَهْوَنُ عِنْدَ اللهِ مِنْ قَتْلِ رَجُلٍ مُسْلِمٍ

“Hancurnya dunia lebih ringan di sisi Allah dibandingkan terbunuhnya seorang muslim” (Riwayat An Nasa’i)

Bahkan darah seorang muslim lebih mulia daripada Ka’bah yang mulia. Sebagaimana disebutkan dalam hadits yang dihasankan oleh Syaikh Al albani. Hal ini tidak bermakna mengurangi kemuliaan ka’bah al musyarrofah. Namun teks tersebut dalam rangka menyebutkan bahawa pribadi dan darah seorang muslim benar-benar mulia dan mesti dipelihara.

Maka sudah tiba masanya seruan 'menyerang' yang kita momokkan kepada orang Palestin, ditukar ganti dengan nasihat 'hijrah' agar ramai nyawa dan darah orang Palestin dapat diselamatkan. Berhijrahlah wahai warga Palestin. Berhijrahlah!!! Kerana ada hikmah disebalik Hijrah!

Rujukan :

http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2011/10/Perjanjian-Hudaibiah1.pdf

http://keranakasihnabi.blogspot.com/2013/11/fiqh-al-sirah-63-perjanjian-al.html

http://cikgusokrisejarah.blogspot.com/2012/03/perjanjian-hudaibiyah.html