Sunday, May 6, 2018

CERAMAH DAN ROADSHOW PELUANG TERAKHIR RAKYAT KEPADA PEMBANGKANG





Apa nak dihairankan jika yang hadir dalam siri ceramah pembangkang ramainya bagai LAUTAN?

Keadaan ini telah berlaku sejak dari zaman dahulu lagi. Lebih2 lagi ketika dalam tempoh berkempen. Di zaman belum adanya internet malah ketika kerajaan menyekat media pembangkang acara roadshow dan siri jelajah ceramah ini satu2nya cara mereka untuk sampai kepada rakyat.

Roadshow ini dianggap ekslusif kerana apa yang disampaikan melaluinya mungkin kita tidak berpeluang mendengarnya melalui media arus perdana. Sebagai rakyat yang ingin menjalankan tanggungjawabnya memilih dalam PRU adalah tindakan bijak bagi mereka turut sama menjadikan ceramah dan roadshow ini sebagai sumber maklumat untuk dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Namun bagaimana pula jika dapatan melalui isi kandungan ceramah yang dihadiri gagal untuk menyakinkan mereka dengan fakta dan hujah yang kuat? Ditambah pula dengan akses media sosial menjadikan mereka lebih bijak menilai sesuatu isu dan memperbandingkan maklumat  yang diperolehi untuk menilai siapa yang jujur dan siapa pula yang sebenarnya menipu?

Ceramah dan roadshow adalah PELUANG terakhir oleh rakyat untuk mendengar versi pembangkang. Bukan tanda sokongan. Jika isinya penuh dengan sumpah seranah dan pembohongan, maka ceramah dan roadshow itu bakal menghukum pembangkang dipeti undi.

ANGKAT SI PEMBOHONG: RAKYAT MENIPU DIRI SENDIRI




Menipu ni bukan dosa bagi mereka.. Ia adalah salah satu dari seni helah peperangan yang boleh diguna pakai dalam perniagaan mahupun politik.

Bagi kita orang Islam menipu pun dibenarkan dalam peperangan namun larangan menipu dalam jual beli ada disebut dalam Al Quran. Namun dalam politik, sifat amanah itu sangat penting. Pemimpin memikul amanah jutaan rakyat untuk dibela dan dijaga kebajikannya. Jika dalam menggapai kuasa pun pemimpin menghalalkan pelbagai cara termasuk penipuan untuk memburuk-burukkan lawan maka jika mereka berkuasa tidak mustahil cara yang sama digunapakai untuk menipu rakyat demi kepentingan tertentu.

Akhirnya rakyat yang terpaksa menerima kesannya apabila membiarkan sipenipu berkuasa dan menjadikan seluruh rakyat mangsanya. Oleh itu kita tidak boleh terima si PENIPU dan si PEMBOHONG mengambil bahagian dalam kuasa politik sistem demokrasi kita. Rakyat sepatutnya menghalang mereka dari terus berpolitik dan berterusan mereka penipuan demi penipuan untuk menang undi.

Namun sayang ada juga segelintir rakyat tidak kisah apapun cara yang digunakan oleh parti sokongan mereka asalkan ia memberi impak negatif kepada parti lawan. Ini adalah satu amalan merosakkan tujuan demokrasi yang mana sepatutnya digunakan rakyat memilih mereka yang benar2 layak untuk memikul tanggungjawab dan seterusnya membela nasib setiap rakyat negara ini. Mengangkat si PENIPU dan si PEMBOHONG sebagai pemimpin adalah seperti MENIPU DIRI SENDIRI.

Thursday, May 3, 2018

MELAYU BANGSA YANG TIDAK BERNEGARA






Kita terlalu naive membuang masa meneliti satu per satu janji2 pembangkang padahal kita sedar mereka tidak pernah serius dan menjadikan ia sekadar alat untuk mencapai matlamat lebih besar iaitu mengUBAH sistem negara ini kepada sebuah negara Republik. Ketika itu mereka akan menjemput semua Singapura untuk menyertai Malaysia yang mana ia telah disuarakan oleh mendiang Lee Kuan Yew sebanyak 2 kali ketika beliau masih hidup.

Seperti yang kita sedia maklum Singapura kini membuka kerakyataan seluas2nya kepada warga china dengan harapan menambahkan jumlah warga negaranya secara sistematik hingga wujudnya masalag sosial dalam menima kehadiran mereka.

Apabila berlakunya penggabungan semula 2 negara berjiran ini maka jumlah orang Melayu tidak lagi significant untuk mewujudkan sebuah negara yang diperintah oleh melayu Islam buat selamanya. Melayu akan menjadi bangsa yang tidak bernegara. Ditindas dan dibuang menjadi bangsat sampai bila2..

Friday, April 27, 2018

KALAU ORANG MELAYU RASIS..



Kalau orang Melayu rasis, sudah tentu UMNO boleh dapat 98% undi orang Melayu sama seperti jumlah peratusan yang DAP boleh dapat dari orang Cina... So orang cina tak payah sebut pasal rasis. Kita orang Melayu sebenarnya kene belajar macam mana nak jadi lebih rasis dari orang cina supaya kita lebih maju, kuat dan berjaya..

Sunday, April 22, 2018

BN TIDAK TUMBANG, HANYA CINA YANG BUNUH CINA








Menurut penulis The Star, Joceline Tan, setelah beberapa kali propaganda BUANG semua MCA digunakan oleh DAP dalam PRU, orang cina kini mulai sedar pilihan mereka merugikan masyarakat cina sendiri.

Pemimpin MCA selama ini menjadi penghubung menyuarakan masalah orang cina, membuka peluang untuk pelbagai kemudahan membangunkan perusahaan kecil dan sederhana.. Memperbaiki mutu pendidikan orang cina..

Jika mereka berterusan tunduk dengan kehendak DAP hanya semata2 untuk memberikan mereka kerusi dan jawatan dalam Parlimen dan DUN, apakah manfaat yang orang cina boleh terima jika wakil mereka dalam MCA telah habis semuanya?

Apakah yang besar sangat untuk dibuktikan jika acap kali pilihanraya peluang untuk kerajaan tumbang makin samar, yang makin jelas kelihatan hanya nama2 bangsa mereka yang banyak membantu dan berjasa selama ini menjadi korban tangan mereka sendiri?

Friday, April 20, 2018

PRU14: PEMBANGKANG DIPENUHI ORANG YANG KELIRU





Jangan ambil ringan padangan rakyat berkecuali yang mewakili kumpulan terbesar pengundi dinegara ini. Mereka mempersoalkan tindakan golongan yang dulunya pernah bersama UMNO atau bersama PAS, tetapi memilih untuk setia dengan pakatan DAP atau beralih arah dari mencemuh kepada memuji DAP.

Kekeliruan ni mereka tidak mampu untuk jelaskan. Ini kerana ideologi parti yang bertanding kali ini membentuk sempadan memisahkan mereka yang benar2 mahukan Islam dan Melayu itu di martabatkan.

PAS contohnya sering menuduh pihak yang tidak bersama mereka sebagai MENOLAK ISLAM. UMNO pula mendokong perjuangan nasionalis melabel mereka bersama DAP sebagai PENGKHIANAT BANGSA.

Kini lebel2 itu ditinggalkan kepada kumpulan orang Melayu yang membentuk pakatan bersama DAP. DAP sahaja yang masih mengekalkan ideologinya dan langsung tidak bertolak ansur dengan sesiapa pun dalam pendiriannya tentang kedudukan agama Islam dan Melayu. Hanya yang terpaksa dikorbankan ialah REPUTASI mereka sebagai parti yang cukup hebat menentang kezaliman pemerintah DIKTATOR, RASUAH, KRONISME dan KLEPTOKRASI yang masih melekat pada tangan MAHATHIR.

Golongan rakyat yang berkecuali tidak dapat menerima nilai2 itu dan kepentingan mana2 individu dan survival parti2 yang bertanding bukan menjadi keutamaan mereka. KECELARUAN yang dimiliki DAP tentang MAHATHIR akan dihukum pengundi CINA dan HIPOKRASI kumpulan orang MELAYU yang MEMBUANG kepentingan AGAMA serta BANGSAnya demi politik juga akan menerima nasib yang sama.


Thursday, April 19, 2018

Kemananya duit GST?




Oleh Saiful Bahari Baharum

Kemananya duit GST?

Duit kutipan GST di masukkan ke dalam satu akaun di Kementerian Kewangan.

Akaun ini di kenali sebagai Consolidated Account.

Ke dalam akaun ini juga di masukkan segala cukai pendapatan (individu & koporat), denda2, saman2, duti dan eksais serta dividen dari Petronas dan Khazanah Nasional  dan hasil jualan mana2 aset2 Kerajaan.

Jumlah terkumpul dalam Consolidated Account ini pada tahun lepas adalah RM220bn.

Maka, RM220bn ini termasuklah jumlah kutipan GST sebanyak RM43bn.

Semua perbelanjaan untuk membiayai segala peruntukan seperti bayaran gaji, pencen, kesihatan, pertahanan, pendidikan di kesemua Kementerin dan agensi2 datang dari Consolidated Account ini.

Juga di maklumkan sebarang keluaran dari Account ini juga perlu mendapat kelulusan Parlimen.

Sebab itu Bajet di bentangkan di Parlimen setiap tahun.