Aku ingat dulu kau selalu cerita.. Kau memang orang susah.. gred SPM pun takde lah elok sangat.. Tapi dapat jugak tawaran masuk UIA.. Posmen antar surat tawaran pun tak pakai alamat kau sebab rumah kau takde alamat.. orang panggil nama kau kat kedai.. Sekali dapat masuk UIA universiti awam dengan yuran kau bayar guna ptptn hanya 10 percent je dari harga sebenar.. dah keje gaji besar kat syarikat multinational hidup kau memang dah banyak berubah.. tapi aku tak fikir kau sedar dan tahu apa yang kau dapat semua ni atas kebijaksanaan dan hasil perjuangan titisan darah dan peluh PEMIMPIN MELAYU UMNO
Tuesday, April 17, 2018
KAU MEMANG ORANG SUSAH
Aku ingat dulu kau selalu cerita.. Kau memang orang susah.. gred SPM pun takde lah elok sangat.. Tapi dapat jugak tawaran masuk UIA.. Posmen antar surat tawaran pun tak pakai alamat kau sebab rumah kau takde alamat.. orang panggil nama kau kat kedai.. Sekali dapat masuk UIA universiti awam dengan yuran kau bayar guna ptptn hanya 10 percent je dari harga sebenar.. dah keje gaji besar kat syarikat multinational hidup kau memang dah banyak berubah.. tapi aku tak fikir kau sedar dan tahu apa yang kau dapat semua ni atas kebijaksanaan dan hasil perjuangan titisan darah dan peluh PEMIMPIN MELAYU UMNO
Wednesday, April 11, 2018
BILA ORANG TANYA KITA NAK UNDI SIAPA..
Saya jawablah undi saya sudah tentu untuk orang Melayu.
Dia tanya .. Macam mana pula kalau calonnya melayu lawan melayu?
Saya balas.. Mereka hanya wakil sahaja di kawasan tempat kita mengundi.. Yang penting siapa yang mereka lantik diperingkat atasan untuk jadi pembuat dasar, meluluskan undang2 dan melaksanakan semangat yang terkandung dalam perlembagaan. Dalam perlembagaan ada perkara berkaitan memelihara agama Islam dan hak istimewa orang Melayu.
Setakat ini kita belum jumpa ada orang cina yang cukup luar biasa hingga boleh mengutama orang Melayu berbanding bangsanya sendiri. Mereka tidak kira Cina atau India masih hanya sekadar memperjuangkan kehendak dan kepentingan kaum mereka sahaja.
Oleh itu jika ada yang mendakwa Cina lebih baik menjaga melayu berbanding Melayu itu sendiri adalah mereka yang menjalankan tugas untuk memujuk orang Melayu agar terpedaya dengan tipu helah yang direncanakan oleh pakar strategi politik parti orang cina.
Cina sudah lama gunakan strategi gunakan Melayu untuk dapat keutungan dari orang Melayu terutama sekali dalam perniagaan.. Jenama barangan keperluan contohnya jarang menggunakan nama cina walaupun perniagaannya milik orang cina sepenuhnya.
Dia tanya lagi...Bagaimana pula jika kita tahu orang yang mewakili parti orang Melayu itu seorang yang korup?
Saya tegaskan .. Orang cina boleh letakkan semua isu remeh temeh ini di belakang demi hasrat mereka yang LEBIH BESAR. Mengapa kita menyukarkan bangsa kita untuk mempertahankan kuasa dibumi sendiri atas perkara2 yang kita sendiri belum pasti kebenarannya. Jika ia tidak benar dan kita terlanjur mengundi pihak lawan, bukankah ia suatu yang merugikan? Mekanisma perundangan negara kita amat berkaliber dan dipercayai, jika ada tuduhan salahlaku serahkan kepada pihak yang lebih arif untuk melaksanakan keadilan. Menghukum di peti undi adalah tindakan sia-sia.
Dia mencelah lagi.. Tetapi dipihak pembangkang wakil cina dalam perebutan kerusi lebih sedikit dari wakil melayu..
Saya jelaskan... Kajian yang mengambil kira pelbagai faktor termasuk corak pemilihan pengundi pada PRU yang lepas membuktikan kerusi yang ditandingi DAP menang hampir semua meninggalkan wakil berbangsa melayu yang bertanding dalam jumlah kerusi yang cukup besar. Ini bermakna Cina yang mawakili jumlah kerusi bertanding lebih banyak sungguh pun kecil tetapi mampu memerintah negara dengan bantuan sekutunya dari bangsa Melayu.
Friday, April 6, 2018
PILIHAN ANDA ADALAH LAMBANG SIFAT PERIBADI ANDA
PILIHANRAYA ini mungkin satu proses biasa berlaku dimana2 negara. Namun secara peribadi pilihan kita adalah mewakili siapa diri kita.
Adakah kita seorang yang tidak tahu bersyukur.. Tidak mampu menilai susah payah orang lain untuk memastikan kualiti hidup kita pada hari esok lebih baik..
Adakah kita jenis yang mudah dipengaruhi dan dipergunakan untuk sengketa orang lain...
Adakah kita menghormati diri kita sendiri sebagai khalifah yang diciptakan Allah dengan keunggulan akal fikiran.. Mampu menolak pembohongan dan tegas dalam mempertahankan kebenaran?
Undi adalah rahsia..
Namun apabila ia dizahirkan maka anda perlu bersedia untuk dinilai oleh orang lain tentang jenis manusia yang bagaimanakah diri anda..
PERITNYA TERBUBAR SEBELUM PARLIMEN BUBAR
Pembubaran parti bagi Mahathir sama seperti kehilangan rumah sendiri. Tidak ada tempat untuk berteduh. Mencari-cari jika ada yang sudi untuk memberi tumpang. Sama sekali tidak pernah bersedia dengan situasi seperti ini lebih2 lagi pembubaran Parlimen berlaku sehari selepas itu.
Tun tidak mempunyai masa untuk mengatur semula strategi dan mencongak peluang untuk membuktikan kemampuan partinya menambat hati pengundi.
Tun sudah semestinya perlu mendapatkan tandatangan dari pengurusi parti lain mungkin Wan Azizah dari PKR ataupun boleh juga Lim Kit Siang dari DAP dalam borang pencalonannya. Ia ternyata tidak seperti apa yang penyokong beliau harapkan iaitu Tun seharusnya mempunyai kedudukan yang setara atau lebih tinggi dari pemimpin pakatan yang lain.
Harapan beliau musnah sekelip mata apabila rebah ketika hampir tiba di pintu masuk gelanggang pertarungan.
YA tidak dinafikan jika tindakan ROS adalah sebahagian dari percaturan politik Najib. Namun adakah Mahathir mengharapkan belas kasihan Najib agar tidak mengambil peluang keatas kelemahan yang berpunca dari kecuaian dirinya sendiri?
Tuesday, March 20, 2018
SURVIVAL PARTI LEBIH BESAR DARI ISU
Berapa kekayaan keluarga Mahathir bukan isu.. Berapa banyak pertuduhan dilemparkan kepada Najib juga bukan isu.
Yang menjadi isu ialah siapa dia yang sanggup KHIANAT DAN BERPALING TADAH kepada parti yang selama ini menjadi tempat bertuduh dan pemelihara maruah bangsa dan agama kita?
Ini saja legasi yang kita ada untuk pastikan maruah anak bangsa terus terbela dibumi sendiri.
Tanpanya seluruh keturunan akan mencaci maki kita di kemudian hari.
Thursday, February 15, 2018
PERJUANGAN ALI SETAN PERLU DITERUSKAN
Mungkin ramai yang pernah menulis tentang hero filem melayu era 80 an, Allahyarham Haji Azmil Mustapha atau ALI SETAN terutama sekali tentang penghijrahan beliau. Namun belum seorangpun lagi mengulas tentang mesej yang berulang kali beliau cuba sampaikan setiapkali dijemput untuk memberikan ceramah. Kembalinya beliau menemui Ilahi pada petang semalam menggerakkan hati saya untuk meneliti beberapa rakaman ceramah beliau yang boleh didapati di Youtube.
Beliau sebelum ini pernah dilaporkan sering menyampaikan pandangan agama dari sudut yang ektreme dan menjadikan kepimpinan negara sebagai sasaran. Namun melalui apa yang saya amati, beliau sebenarnya menzahirkan rasa bimbangnya terhadap KEANEHAN dan KEGANJILAN kefahaman serta amalan agama orang Islam di Malaysia. Keadaan ini tidak mengecualikan sesiapapun dari rakyat hingga pemimpin masyarakat, dari golongan profesional hingga golongan cerdik pandai agama. Mereka semua seperti saling merelakan KEANEHAN dan KEGANJILAN terus berlaku dalam masyarakat Islam tanpa sebarang usaha untuk menyuntik kesedaran dan seterusnya merintis pembaharuan bagi memperbetulkan keadaan ini.
Beliau secara sinis menyifatkan "Rukun Islam" di Malaysia ini ada 3.
Yang pertama DAGING BABI. Saya akui hal ini sebagai seorang pegawai halal syarikat tempat saya bekerja bab daging babi ini sangat dibenci seolah-olah hanya itu sahaja pengharaman yang disebut dalam agama.
Yang kedua BOIKOT YAHUDI. Antara kempen yang amat popular dikalangan orang Islam di Malaysia yang kononnya dianggap sebagai menjalankan tanggungjawab mereka terhadap agama. Namun Arahan Allah untuk BOIKOT pengaruh dan budaya orang kafir dalam kehidupan tidak pula mendapat sambutan. Orang Islam di Malaysia contohnya ada juga yang sanggup menjadikan orang bukan Islam sebagai ketua dalam mencari platform berpolitik.
Yang ketiga PUASA. Umat Islam di Malaysia banyak berkompromi soal agama tetapi mereka sangat bertegas bab puasa. Bertahun dulu pernah jabatan agama terpaksa mengenakan hukuman terhadap mereka yang tidak berpuasa seperti membawa mereka ini mengelilingi kampung dengan van jenazah dan bermacam-macam hukuman lagi. Oleh itu sungguhpun suruhan Allah yang lain termasuk solat dan jauhi zina itu tidak dipedulikan, bab puasa tetap menjadi keutamaan orang Islam di Malaysia.
Mengikut reaksi orang Islam di Malaysia barangkali inilah 3 perkara yang menjadi karektor orang Islam di Malaysia. Itu sajalah Islam bagi mereka dan apabila mereka mengutamakan 3 perkara ini maka selesailah tanggungjawab mereka sebagai orang Islam.
Beliau berpendapat lagi, perkara-perkara di atas ini berlaku adalah kerana orientasi melalui sistem pendidikan negara tidak memasukkan pengajian Al Quran sebagai salah satu matapelajaran wajib bagi anak-anak orang Islam. Murid-murid sokolah hanya didedahkan dari segi huruf serta hukum bunyi bacaan Arab tanpa pernah dibincangkan maksud kandungan Al Quran yang menjadi sumber pegangan dan panduan setiap individu muslim untuk menjalani kehidupan. Hal ini berterusan dari peringkat sekolah rendah hingga ke univerisiti, peluang untuk mempelajari Al Quran tidak juga muncul melainkan atas inisiatif pelajar itu sendiri. Rancangan realiti TV yang memberi peluang kepada content agama pula makin menjelaskan keanehan agama yang dianuti orang Islam di Malaysia. Syarat menyertai program da'ei contohnya mestilah cukup mahir dalam ilmu pembacaan dan hukum-hukum tajwid Al Quran. Program Hafiz Muda pula mempunyai nada yang sama. hanya mempertandingkan anak-anak kecil mengalunkan ayat-ayat Al Quran tanpa langsung dikaitankan maksud-maksudnya.
Pengabaian memahami Kalamullah ini adalah jenayah yang langsung tidak boleh diterima dan dilakukan secara sengaja membiarkan orang Islam terus jahil tentang agama mereka sendiri. Akhirnya mereka menyangka 3 "Rukun Islam" yang disebutkan diatas tadi itulah Agama Islam. Itulah 3 perkara yang mana ahli agama dan pemimpin sibuk berdebat dan berkempen hingga ia dianggap asas penting untuk termasuk dalam golongan peduli agama. Perkara-perkara sebeginilah yang menjadikan mereka sudah berasa cukup Islam padahal mereka sebenarnya tidak pernah tahu apakah Islam sebenar seperti yang diperkenalkan oleh Allah melalui perantaraan kalam Nya. Beliau mempersoalkan integriti Pemimpin negara dan para pemuka agama yang sekian lama berdiam diri membiarkan hal ini tidak ditangani padahal dibahu dan tangan-tangan merekalah yang menegakkan dasar-dasar pendidikan agama bagi anak-anak orang Islam.
Al Quran itu kalam suci umat Islam. Di zaman yang tiada lagi nabi diutuskan, tiada lagi beliakkan mata menyaksi keajaiban mukjizad, hanya Al Quranlah yang menjadi talian penghubung antara hamba dan Penciptanya. Tanpanya manusia tidak mampu menemui jalan kembali. Hanya menanti kebinasaan dan penyesalan tanpa kesudahan.
Thursday, January 25, 2018
KALAU JAHAT, JANGAN MENGAKU KAUM
Orang nak kutuk Najib Razak dengan mengaitkan bangsa bugis.. Reflek yang sama di tujukan kepada Mahathir menyentuh asal usulnya dari Karala..
Soalan saya perlu ke orang berasal dari kerala terasa sedangkan ia tidak bersetuju dengan perbuatan Mahathir?
Saya patut tidak setuju dengan panggilan bugis lanun kerana tiada apa2 perbuatan Najib Razak yang memalukan kaum asal usul saya.. Malah kami sentiasa bangga dengan gaya pemerintahan dan kesederhanaan beliau mendepani pelbagai isu.
Subscribe to:
Posts (Atom)









