Friday, January 16, 2026

Work - Life Balance tiada dalam Islam

 

 


 

 Work - Life Balance tiada dalam Islam, Hatta keseimbangan dunia dan akhirat pun tidak wujud. 

Di negara maju,  istilah "Work - Life Balance" amat popular hingga menjadi agenda sesebuah negara untuk memastikan rakyat mempunyai masa lebih berbanding waktu mereka perlu berada di tempat kerja.  "Work - Life Balance" kini menjadi isu setiap organisasi hingga menyebabkan konflik antara generasi. Menyedari kesengsaraan generasi terdahulu menjadi mangsa manipulasi organisasi hingga menghabiskan sebahagian besar masa hidup mereka demi kepentingan syarikat, generasi baru tidak lagi mahu hidup mereka melalui jalan yang sama. Mereka lebih rela hidup sederhana dari terikat dengan waktu bekerja yang panjang. 

Dalam Al Quran tidak pula membicarakan tentang Work - Life Balance. Bekerja adalah tuntutan kehidupan bagi manusia. Dalam ayat dari surah Jumaah ini jelas manusia bekerja untuk memenuhi keperluan mahupun kehendak. Cuma pesan Allah titipkan ialah janganlah berkerja hingga melupakan Allah kerana kejayaan bukan diukur dengan pekerjaan tetapi selagi mana seseorang itu mampu mengingati Allah pada setiap masa termasuk semasa waktu bekerja. 

  

 Hari Jumaat (62:10) 

فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَٱبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِ ٱللَّهِ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ١٠

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Melalui surah Guruh ayat 26, Allah tegaskan banyak ke sikit hasil usaha seseorang itu adalah sepenuhnya dibawah ketentuanNya. Jadi kerisauan tetang rezki adalah perbuatan sia-sia. Allah kemudiannya menegaskan kesenangan kehidupan di dunia yang menjadi pilihan ramai manusia hingga ingkar kepada Nya hanya kesenangan yang kecil berbanding Akhirat. Kalau dapat pun tidak kekal seperti kesenangan diakhirat. Sebab itu orang yang senang didunia pasti tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbangnya apabila tiba masa mereka dipisahkan dari kehidupan yang serba indah itu. Itu situasi orang yang sempat mengecapi kehidupan senang lenang itu. Bagi mereka yang ditentukan kehidupan yang serba kekurangan dan tidak pula dapat menikmati "Work - Life Balance" nasib mereka bahkan lagi teruk kerana sudah lah kehidupan di dunia tidak merasai hidup senang, di Akhirat pula berganda lebih sengsara selamanya. 

Dakwaan Allah bahawa kehidupan dunia itu hanyalah kesenangan sementara adalah perkara mudah untuk sesiapapun melihat hakikatnya. Waktu hidup ini terlalu pantas berlalu hingga menyebabkan kita makin tergesa-gesa pada setiap masa. Sampai satu tahap kita tidak ada masa lagi untuk merancang sebelum melakukan sesuatu. Mujur ada AI sebagai bantuan agar manusia dapat mengejar masa dengan mengurangkan sedikit kerja. Hakikat kehidupan akan bertemu dengan kamatian dengan halaju lebih pantas sepatutnya memudahkan kita untuk angkat tangan dan ambil saja ketetapan Allah bahawa kehidupan Akhirat itu lebih baik dan apa pun yang ada didunia ini akan terlalu pantas meninggalkan kita. Ya betul kita tidak ada banyak masa lagi. Atas kesedaran ini mereka menuntut "Work - Life Balance". 

  

 

 Guruh (13:26) 

ٱللَّهُ يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقْدِرُ ۚ وَفَرِحُوا۟ بِٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ إِلَّا مَتَـٰعٌۭ ٢٦

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

Dalam Ayat 107 surah Lebah pula, Allah meletakkan punca manusia menolak adanya kehidupan Akhirat kerana mereka meletakkan keutamaan mereka kepada kehidupan dunia. Jelas hidup seimbang dunia dan akhirat juga bertentangan dengan kehendak Allah. Dunia dan Akhirat saling berlawanan. Manusia hanya perlu pilih salah satu dan tiada keselamatan bagi mereka yang memilih kehidupan dunia berbanding akhirat. Pernyataan ini turut disokong dalam surah Hud ayat 15 hingga 16. 

 Lebah (16:107) 

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمُ ٱسْتَحَبُّوا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا عَلَى ٱلْـَٔاخِرَةِ وَأَنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْكَـٰفِرِينَ ١٠٧

(Kekufuran mereka) yang demikian, ialah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada hari akhirat, dan kerana Allah tidak memberi hidayah petunjuk yang menyampaikan kaum yang kufur ingkar (kepada kebahagiaan di akhirat).



Hud (11:15) 

مَن كَانَ يُرِيدُ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَـٰلَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ ١٥

Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.


Hud (11:16) 

أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ إِلَّا ٱلنَّارُ ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا۟ فِيهَا وَبَـٰطِلٌۭ مَّا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ ١٦

Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.




No comments:

Post a Comment