Thursday, January 22, 2026

KITA TAK PERNAH ADA AGAMA, YANG ADA HANYALAH KEBIASAAN

 

 


 

KITA TAK PERNAH ADA AGAMA, YANG ADA HANYALAH KEBIASAAN

Perhatikan apa yang kita lalui sejak dari kecil. Kita disuruh itu dan ini tanpa dinyatakan sebab. Buat saja tak perlu banyak tanya. Ibu ayah kita pun sebenarnya tak mampu nak jawab bila ditanya kenapa. Dalam ceramah ustaz pun hanya suruh buat itu dan ini. Kalau tak buat di kata tidak ada agama. Tak takut Allah ke? Tak takut mati ke? Nanti nak jawab apa dengan Allah? Selebihnya hanya nasihat peribadi dan ada juga kecam orang sana sini. 

Apabila Jemaah Tabligh hadir memperkenalkan kita dengan konsep asas Islam, masyarakat anggap ia terlalu asing dan didakwa seperti membuang kehidupan duniawi. Aktiviti jemaah itu yang sering meninggalkan keluarga berbulan-bulan seperti menguatkan sebab menyarakat kita tanpa sedar telah  menolak konsep asas Islam kita panggil sebagai akidah.

Ya kita semua pernah tahu rukun iman, namun tanpa mengenali asas-asas akidah seperti yang telah dijelaskan dalam AlQuran, belum tahu lagi sama ada kita sebenarnya menerima atau menolak/menentang agama ini sama seperti Abu Jahal. 

Bagi yang belum pernah membaca Al Quran, AlQuran ini isinya sarat dengan berita-berita dari Akhirat. Iaitu suatu perkara yang belum berlaku lagi. Melalui AlQuranlah kita tahu sifat-sifat Allah dan kekuasaanNya terhadap kita dan alam semesta. AlQuran jualah yang menjadikan kita mampu melihat kehidupan dari perspektif sebagai mana yang Allah mahukan. Ia membentuk sikap kita terhadap kehidupan jauh berbeza berbanding menusia lain yang tidak beragama. Persaingan antara kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat. Atau sifatnya sesuatu yang segera, dapat dilihat dan sementara dengan sesuatu yang ditangguhkan, tidak dapat dilihat dan kekal abadi. 

Dikala turunnya AlQuran di bumi Mekah, Rasulullah lah orang pertama memperkenalkan konsep Akhirat. Oleh kerana konsep pembalasan itu bertentangan dengan nafsu, konsep ini ditolak dengan begitu hebat. Konsep yang sama dibawa Jemaah Tabligh kepada kita, tetapi dimana silapnya hingga kita seolah-olah bersikap seperti Abu Jahal. Melebihkan Akhirat dianggap satu kesesatan padahal itulah konsep yang dibawa oleh Rasullulah. 

 Lebah (16:107) 

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمُ ٱسْتَحَبُّوا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا عَلَى ٱلْـَٔاخِرَةِ وَأَنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْكَـٰفِرِينَ ١٠٧

(Kekufuran mereka) yang demikian, ialah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada hari akhirat, dan kerana Allah tidak memberi hidayah petunjuk yang menyampaikan kaum yang kufur ingkar (kepada kebahagiaan di akhirat).

 

Guruh (13:26) 

ٱللَّهُ يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقْدِرُ ۚ وَفَرِحُوا۟ بِٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ إِلَّا مَتَـٰعٌۭ ٢٦

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

Hujah-hujah dari Al Quran seperti di atas adalah panduan dan bagaimana seseorang membuktikan  bahawa dia telah pun menjadi seorang yang menerima agama ini, bukan menolaknya tanpa sedar dan mendakwa telah Islam tanpa terlebih dahulu merujuk merujuk kepada AlQuran yang sepatutnya menjadi panduan dan bukan sekadar bacaan kosong tanpa makna. 

Melebihkan Akhirat dari kehidupan duniawi akan menjadikan menusia menimbang berat setiap perbuatan dengan kesan baik buruk yang bakal dihadapi di Akhirat yang kekal abadi. Kehidupan manusia yang mengutamakan duniawi akan menggap remeh segala pembalasan di Akhirat seterusnya merugikan diri mereka sendiri. 

Orang yang melebihkan Akhirat dari kehidupan duniawi akan menjadikan menusia lebih tenang melalui susah senang kehidupan dunia kerana menyedari ia bersifat sementara dan diakhirat bakal memenuhi segala kemahuan kita. 

 

No comments:

Post a Comment