TERPERANJAT GALLOWAY BETAPA TOKSIDNYA CINA DI MALAYSIA
Beliau turut menyifatkan dakwaan seorang wartawan kononnya nasib Kaum Cina di Malaysia sama seperti nasib rakyat Palestin sebagai sesuatu yang memalukan. Beliau menegaskan bahawa kaum cina telah berada di merata dunia termasuk di Malaysia dan mereka menunjukkan kerajinan dan kemampuan mereka untuk berjaya dalam perniagaan, tetapi menyifatkan Malaysia seperti sebuah negara Apartheid adalah dakwaan yang keterlaluan.
Setelah lebih sedekad Malaysia diperkenalkan dengan identiti menerima kaum pendatang sebagai warganegara besertakan syarat dasar kerajaan memberi hak keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputra, masih ada lagi pertikaian yang belum selesai. Bahasa mudah saya kepada mereka yang terlalu berharap untuk dilayan istimewa seperti Melayu dan Bumiputra, laluannya mudah.. Jadi seperti Penulis.
Penulis dilahirkan dari rahim seorang wanita berbangsa cina dan kini sungguhpun anak dan ibu ini bukan lahir di Malaysia, kami berdua berjaya dikategorikan sebagai orang Melayu dan layak menikmati hak istimewa yang tertulis dalam perlembagaan negara seperti berikut;-
Dalam Perlembagaan Malaysia, takrifan Orang Melayu tertakluk di bawah Perkara 160(2), yang menggariskan seseorang itu mestilah beragama Islam, bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat budaya Melayu, dan lahir sebelum Merdeka (atau keturunan mereka). Perlembagaan juga melindungi kedudukan istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak melalui Perkara 153, melibatkan hak dalam perkhidmatan awam, biasiswa, dan pendidikan, dengan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab melindunginya.
Oleh kerana bapa saya orang Melayu maka lengkaplah syarat saya sebagai orang melayu. Sungguhpun ada orang cina seperti Mekyun yang hanya tahu berbahasa melayu siap dengan dialek Kelantan, tetapi beliau sekeluarga belum lagi dianggap orang melayu kerana masih tidak beragama Islam. Begitulah ikatan Melayu dengan Islam sungguhpun Melayu itu boleh saja memilih agama lain seperti melayu di Philipina.
Masyarakat Melayu Singapura era sebelum merdeka gemar mengambil anak angkat dari bangsa asing terutama sekali dari bangsa cina. Keadaan ekonomi orang cina ketika itu amat sukar memaksa mereka menyerahkan anak mereka kepada keluarga Melayu. Boleh dikatakan lebih 10% kanak-kanak dalam sesebuah perkampungan Melayu ketika itu adalah dari keturunan Cina. Begitulah kebaikan orang melayu sanggup menerima anak angkat cina dan mungkin juga kesungguhan mereka menyahut saranan para guru agama yang cukup berpengaruh ketika itu untuk mengembangkan agama Islam. Mungkin juga kaitan melayu dan Islam dalam perlembagaan dibuat untuk memungkinkan perkembangan umat Islam melaluinya.
Namun setakat ini, Hak Istimewa ini tidak menjadi penggalak kepada perkembangan Islam. Malah jumlah penganut kristian dikalangan orang cina yang semakin bertambah. Mereka berani mencabar perlembagaan dan menjadikan hak istimewa orang melayu sebagai modal politik untuk menyuntik rasa ketidakpuashatian dikalangan orang cina. Lucut warganegara? Lebih 63 ribu orang cina melepaskan kerakyatan mereka dalam tempoh yang singkat.

.jpg)