Tegakkan Islam melalui POLITIK atau
PENGISLAMAN?
Setakat ini politik akan mempergunakan APA SAJA termasuk agama jika berguna
untuk mendapatkan sokongan. Sama juga dengan kaum. Kumpulan yang mengharapkan
sokongan golongan TERHAD kepada kaum atau agama tertentu TIDAK akan berhasil
mencapai dominan.
Kemahuan agar Islam ditegakkan TIDAK dapat dipenuhi melalui politik kepartian.
Dominasi Islam seperti yang berlaku zaman nubuwah hingga ribuan umat Islam
berjaya menakluki kota Mekah ialah dengan PENGISLAMAN.
Pengislaman ketika itu TERLALU besar gelombangnya hingga KEPALA perang kaum
Quraisy yang cukup kuat permusuhannya terhadap Islam tidak terkecuali dari di
Islamkan.
Selama ini PENGISLAMAN tidak pernah dijadikan sebagai salah satu usaha
menegakkan Islam. Politik kepartian seperti menjadi satu2nya cara sungguhpun
beberapa kali menyaksikan PERPECAHAN dikalangan sesama Islam.
Umat Islam telah lama HILANG punca dalam perjuangan kerana TIDAK faham kemahuan
agama sendiri. BUTA Al Quran menjadi akar punca tidak pernah diambil perhatian
hingga Islamnya kita hanya sekadar pada NAMA. Setiap langkahnya SUMBANG malah
dijadikan sebab kegagalan PENGISLAMAN dinegara yang mahukan serba serbi
DINAMAKAN dengan Islam.
Sebutlah MALAYSIA MADANI yang pendokongnya parti dominan bukan Islam terbesar.
Sedikitpun mereka tidak rasa PENGISLAMAN itu dapat menggugat kuasa politik
mereka kerana didalamnya memang tiada Islam.. Ia hanya pada NAMA yang
sememangnya bertujuan untuk memperbodohkan orang Islam berbangsa Melayu yang
selama ini BERLAGAK seperti tahu semua tentang agama. Malah bukan Islam lebih
tertarik dan berbondong2 masuk Kristian dinegara yang MADANI ini.
Selain dari pada keterampilan Akhlak Islam, debat antara agama dapat
menyemarakkan lagi MINAT semua orang termasuk yang Islam pada nama untuk lebih
mendalami Al Quran. Tidak pernah lagi debat antara agama gagal menjadikan
AlQuran SUMBER rujukan utama kerana ia mampu membuktikan kebenarannya..
KEBENARAN yang selama ini kita baca dah tak berminat untuk tahu melainkan bila
ada DEBAT ANTARA AGAMA