Sunday, December 7, 2025

Surat Buat Mufti Perlis tentang hukum amalan baca Al Quran tetapi abaikan maknanya

 

Penulis ingin mendapatkan perhatian Mufti Perlis iaitu Profesor Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang cukup terkenal agenda Tajdid iaitu pembaharuan atau pemulihan kembali ajaran Islam kepada bentuk asalnya yang suci. Isu yang penulis ingin dapatkan pendapat beliau sendiri ialah amalan masyarakat Melayu Islam yang membaca Al Quran tetapi mengabaikan maknanya. Mungkin beliau dan banyak lagi personaliti agama pernah mengajak masyarakat menaikkan taraf pembacaan AlQuran dari sekadar membaca Arabnya kepada mengambil tahu maknanya dalam bahasa yang difahami ataupun membaca terjemahan. Tetapi apa yang penulis ingin dapatkan dari pihak yang mempunyai authority dalam agama ialah memahami Al Quran bukan sekadar tahap memberi kesedaran. Memahami Al Quran sepatutnya menjadi keutamaan untuk setiap orang Islam dan mengabaikannya adalah satu dosa besar yang mana pelakunya termasuk dikalangan mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah.

Penulis rasa amat terpanggil apabila amalan membaca surah Al Mulk di masjid-masjid seluruh negara sudah menjadi kemestian namun pembacaannya tamat sekadar membaca Arabnya sahaja. Amalan membaca Al Quran tidak sepatutnya kita samakan dengan amalan solat dimana hanya bacaan dalam Arabnya sahaja dikira sah dan bukan dalam bahasa lain. Hatta ketika solatpun jika hati kita tidak dipaterikan dengan makna bacaan yang kita sebut, mustahil kita dapat mencapai maksud solat sebagai penghubung antara kita dan Allah. Dalam pembacaan Al Quran di luar solat sepatutnya membaca terjemahannya adalah menjadi perkara utama dan bacaan Arabnya adalah berbentuk sampingan atau pilihan. Aturan yang sama sepatutnya digunapakai dalam proses pembelajaran Al Quran di sekolah- sekolah mahupun majlis-majlis melibatkan Al Quran sepertimana yang telah dilaksanakan dalam pembacaan khutbah. Mengambil contoh upacara pembacaan talkin yang dilakukan dalam bahasa melayu, kesannya kepada hadirin amat berbeza jika bacaan talkin dilaksanakan dalam bahasa Arab semata. 

Pihak ber "autority" dalam agama sepatut mangambil tanggungjawab penuh dalam memperbetulkan amalan masyarakat Melayu Islam negara ini dan meletakkan Al Quran setaraf dengan kedudukannya yang menjadi fundamental kepada agama dan panduan utama umat Islam hingga ke hari Kiamat. Menjadikan ayat-ayat Al Quran sekadar mentera tanpa difahami adalah satu penghinaan dan kebiadapan terhadap kemuliaanya yang membawa kata-kata Allah. Setiap bacaan Al Quran diluar solat perlu diikuti dengan bacaan maknanya atau bacaan maknanya saja sudah memadai. Membaca tanpa mamahami adalah perbuatan sia-sia dan punca utama kejahilan agama dalam Masyarakat Melayu Islam. Hatta Abu Jahal pun memahami Al Quran sebelum menentangnya maka dimanakan kedudukan Melayu yang sekadar membaca tanpa fahami maknanya?

Adalah perlu dijelaskan jua membaca untuk memahami adalah permulaan. Masih ada lagi hak-hak Al Quran yang perlu dipenuhi iaitu mengamalkan dan menyampaikan. Orientasi agama untuk setiap anak-anak Melayu Islam perlu diperbetulkan. Melalui Al Quranlah Agama ini diperkenalkan kepada manusia dan memahami Al Quran lah asas yang terbaik untuk mempersiapkan anak-anak kita mendepani cabaran umat Islam akan datang. Al Quran adalan Panduan sepatutnya diberikan pada fasa awal kehidupan. Usah kita teruskan generasi yang sudah tua pikun tetapi masih sibuk perbetulkan lidah dalam masa yang sama masih abaikan makna bacaannya. Islam berkembang dengan pesatnya diserata dunia tetapi kita masih menjadikan masyarakat bukan Islam sebagai penghalang hukum Islam dilaksanakan di negara kita. 

 

 Berikut beberapa petikan ayat dari surah Fussilat (Yang dijelaskan) untuk orang melayu yang tidak dijelaskan

 Yang Dijelaskan (41:3) 

كِتَـٰبٌۭ فُصِّلَتْ ءَايَـٰتُهُۥ قُرْءَانًا عَرَبِيًّۭا لِّقَوْمٍۢ يَعْلَمُونَ ٣

Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.
— Abdullah Muhammad Basmeih

 

 Yang Dijelaskan (41:4) 

بَشِيرًۭا وَنَذِيرًۭا فَأَعْرَضَ أَكْثَرُهُمْ فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ ٤

Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.
— Abdullah Muhammad Basmeih

 

 Yang Dijelaskan (41:44) 

وَلَوْ جَعَلْنَـٰهُ قُرْءَانًا أَعْجَمِيًّۭا لَّقَالُوا۟ لَوْلَا فُصِّلَتْ ءَايَـٰتُهُۥٓ ۖ ءَا۬عْجَمِىٌّۭ وَعَرَبِىٌّۭ ۗ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ هُدًۭى وَشِفَآءٌۭ ۖ وَٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِىٓ ءَاذَانِهِمْ وَقْرٌۭ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى ۚ أُو۟لَـٰٓئِكَ يُنَادَوْنَ مِن مَّكَانٍۭ بَعِيدٍۢ ٤٤

Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)".
— Abdullah Muhammad Basmeih


 

 Lain-lain surah berkaitan memahami Al Quran

 

 Sad (38:29) 

كِتَـٰبٌ أَنزَلْنَـٰهُ إِلَيْكَ مُبَـٰرَكٌۭ لِّيَدَّبَّرُوٓا۟ ءَايَـٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَـٰبِ ٢٩

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
— Abdullah Muhammad Basmeih


 Muhammad (47:24) 

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلْقُرْءَانَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَآ ٢٤

(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?
— Abdullah Muhammad Basmeih


 Tempat Tertinggi (7:179) 

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌۭ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌۭ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌۭ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآ ۚ أُو۟لَـٰٓئِكَ كَٱلْأَنْعَـٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْغَـٰفِلُونَ ١٧٩

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
— Abdullah Muhammad Basmeih


 Harta Rampasan Perang (8:22) 

۞ إِنَّ شَرَّ ٱلدَّوَآبِّ عِندَ ٱللَّهِ ٱلصُّمُّ ٱلْبُكْمُ ٱلَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ ٢٢

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).
— Abdullah Muhammad Basmeih

Keluarga Imran (3:7) 

هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَيْكَ ٱلْكِتَـٰبَ مِنْهُ ءَايَـٰتٌۭ مُّحْكَمَـٰتٌ هُنَّ أُمُّ ٱلْكِتَـٰبِ وَأُخَرُ مُتَشَـٰبِهَـٰتٌۭ ۖ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِمْ زَيْغٌۭ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَـٰبَهَ مِنْهُ ٱبْتِغَآءَ ٱلْفِتْنَةِ وَٱبْتِغَآءَ تَأْوِيلِهِۦ ۗ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُۥٓ إِلَّا ٱللَّهُ ۗ وَٱلرَّٰسِخُونَ فِى ٱلْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِۦ كُلٌّۭ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَـٰبِ ٧

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
— Abdullah Muhammad Basmeih



 

 

Friday, December 5, 2025

Selepas Sejarah.. Adakah agama kita pun telah di "PROGRAM" oleh Mat Saleh?

 

Jijik rasanya melihat buku teks sejarah sekolah yang masih meratib kisah baik si penjajah seolah-olah guru-guru di sekolah sekian lama mengajar di bumi merdeka masih menghambakan diri terus menipu anak bangsa kononya tok nenek mereka bodoh dan kolot, menadah ketibaan orang putih untuk menikmati kemajuan, padahal ditinggalkan terus miskin dan lemah setelah habis kekayaan tok nenek dijarah. Tidak mahu jejak keji mereka dikesan, saki baki kebodohan dipergunakan agar kehadiran mereka tanpa diundang ini diagungkan. 

Permainan mereka terus berlangsung sungguhpun dunia kini mempunyai geopolitik yang berbeza. Tetapi agendanya masih sama. Ya tujuan mereka datang dahulu buku teks kita kata kerana rempah dan lada hitam. Sebenarnya mereka datang adalah untuk meneruskan agenda perang salib. Dari keruntuhan empayar Uthmaniah dek sogokan negara bagi bangsa arab, hingga memberi sokongan terhadap penganut agama hindu untuk menamatkan pemerintahan Islam di Delhi, mereka tidak pernah berhenti mencaturkan dunia demi permusuhan mereka terhadap Islam. 

Mereka mengkaji Al Quran yang didakwa menjadi punca kekuatan ummat itu. Mereka yakin sekiranya orang Islam dapat dijauhkan dari menghayati kitab suci agama itu sudah pasti mereka boleh dengan mudah menundukkan umat Islam yang semakin ramai. Mereka melihat perpecahan umat Islam sebagai peluang untuk melemahkan mereka. Mereka cipta Islam Moderate agar dengan mudah mereka melabelkan kumpulan lain sebagai ancaman kepada keamanan dan extremist. Umat Islam terus jadi seperti lembu yang tidak melawan sedangkan lembu yang lain satu per satu sedang dikorbankan. Dahulu lembu yang dikorbankan mungkin dibawa kentempat lain. Tetapi kini lembu dikorbankan dihadapan lembu yang lain dari celik mata hingga tutup mata. Rupanya lembu akan bertukar singa jika tahu ada rupanya ayat dalam Al Quran untuk berperang membela saudara seagamanya. 

Bahayanya Al Quran tetapi zaman ini orang putih tak perlupun rampas Al Quran dari tangan orang islam. Cukuplah segala sistem pembelajaran dari kecil hingga dewas diprogramkan. Dari kecil hingga besar hanya tahu membaca arabnya saja. Jika ada pun kelas agama hanya sentuh perkara terpilih sahaja. Dah dewasa di masjid2 masih lagi belajar membaca walaupun dipanggil mengaji sungguhpun langsung tidak dikaji.  Jika petik dari terjemahan pula akan disergah kerana tidak rujuk guru padahal umur sudah hampir setengah abad masih tidak tahu isi kandungan AlQuran. Kononnya baca terjemahan tanpa berguru akan sesat padahal lebih ramai diluar sana sesat kerana guru berbanding al Quran. 

Al Quran lah punca hidayah tetapi dilayan seperti kitab pengganas yang boleh merosakkan pemahaman. Begitulah teruknya kita telah diprogramkan jadilah kita umat Islam yang bodoh seperti lembu yang bangga diterima barat kerana kesederhanaannya. Isunya bukan saja berkisar tentang pertahanan tetapi isu sosial dan ekonomi pun tidak berpandukan AlQuran. Tidak ada bezanya kita seperti umat zaman dahulu yang mengambil sebahagian dan sebahagian lagi ditinggalkan. Yang amat dikesali golongan pendidik dan alim ulama turut menjadi sebahagian dari program melembukan umat Islam ini. 

 


Monday, March 17, 2025

Tegakkan Islam melalui POLITIK atau PENGISLAMAN?

 




Tegakkan Islam melalui POLITIK atau PENGISLAMAN?

Setakat ini politik akan mempergunakan APA SAJA termasuk agama jika berguna untuk mendapatkan sokongan. Sama juga dengan kaum. Kumpulan yang mengharapkan sokongan golongan TERHAD kepada kaum atau agama tertentu TIDAK akan berhasil mencapai dominan.

Kemahuan agar Islam ditegakkan TIDAK dapat dipenuhi melalui politik kepartian. Dominasi Islam seperti yang berlaku zaman nubuwah hingga ribuan umat Islam berjaya menakluki kota Mekah ialah dengan PENGISLAMAN.

Pengislaman ketika itu TERLALU besar gelombangnya hingga KEPALA perang kaum Quraisy yang cukup kuat permusuhannya terhadap Islam tidak terkecuali dari di Islamkan.

Selama ini PENGISLAMAN tidak pernah dijadikan sebagai salah satu usaha menegakkan Islam. Politik kepartian seperti menjadi satu2nya cara sungguhpun beberapa kali menyaksikan PERPECAHAN dikalangan sesama Islam.

Umat Islam telah lama HILANG punca dalam perjuangan kerana TIDAK faham kemahuan agama sendiri. BUTA Al Quran menjadi akar punca tidak pernah diambil perhatian hingga Islamnya kita hanya sekadar pada NAMA. Setiap langkahnya SUMBANG malah dijadikan sebab kegagalan PENGISLAMAN dinegara yang mahukan serba serbi DINAMAKAN dengan Islam.

Sebutlah MALAYSIA MADANI yang pendokongnya parti dominan bukan Islam terbesar. Sedikitpun mereka tidak rasa PENGISLAMAN itu dapat menggugat kuasa politik mereka kerana didalamnya memang tiada Islam.. Ia hanya pada NAMA yang sememangnya bertujuan untuk memperbodohkan orang Islam berbangsa Melayu yang selama ini BERLAGAK seperti tahu semua tentang agama. Malah bukan Islam lebih tertarik dan berbondong2 masuk Kristian dinegara yang MADANI ini.

Selain dari pada keterampilan Akhlak Islam, debat antara agama dapat menyemarakkan lagi MINAT semua orang termasuk yang Islam pada nama untuk lebih mendalami Al Quran. Tidak pernah lagi debat antara agama gagal menjadikan AlQuran SUMBER rujukan utama kerana ia mampu membuktikan kebenarannya.. KEBENARAN yang selama ini kita baca dah tak berminat untuk tahu melainkan bila ada DEBAT ANTARA AGAMA