Wednesday, April 13, 2022

KAUM APA RAJA JALANRAYA?

 

 

 


 


 

Dalam kes langgar basikal lajak ni nampak sangat orang Malaysia masih tebal diskriminasi perkauman. Mereka memilih untuk memihak berdasarkan kaum. Padahal mereka sepatutnya lihat dari segi undang2. Sedar jalanraya penggunanya tidak mengira kaum. Yang berbeza adalah jenis2 pengguna. Undang2 tidak boleh disesuaikan mengikut kaca mata mereka yang bersikap pekauman.

 

Pengguna kenderaan perlu sentiasa beralah kepada pejalan kaki dan penunggang basikal yang menerima kesan lebih buruk jika berlaku kemalangan. Itu asasnya.

 

Pengguna kenderaan bukan saja perlu jaga keselamatan sendiri, mereka juga wajib jaga keselamatan pengguna jalanraya yang lain. Bukan  bersikap seperti raja dan pengguna jalanraya yang lain perlu takut jika dilanggar mereka.

 

Kalau prinsip mudah undang2 jalanraya pun jadi medan konflik perkauman maka jangan haraplah masalah diskriminasi perkauman di sekolah dan tempat kerja dapat diselesaikan.

No comments:

Post a Comment