Wednesday, January 6, 2021

NAJIB TIDAK SETABAH ANWAR UNTUK DIPENJARAKAN

 




EX CEO 1MDB nyatakan dalam Mahkamah bahawa syarikat permodalan negara itu ditubuhkan untuk menyumbang dana kepada UMNO. Masalahnya kalau nak salurkan duit tu semua memanglah dengan cara yang tidak sah. Jadi ahli UMNO yang menyedari hal ini perlu berikan sokongan kepada NAJIB kerana apa yang beliau buat sehingga akan dihukum penjara adalah demi UMNO. 


Jangan hairanlah apabila pelbagai tekanan dan serangan dilancarkan terhadap Kerajaan PN secara tersusun oleh UMNO dan cara yang paling berkesan untuk mengelakan Najib dari dipenjara ialah dengan menumbangkan kerajaan PN atau pembubaran Parlimen. 


UMNO sebenarnya boleh terus kekal tenang bersama kerajaan PN setelah penyingkiran PH dan terus fokus membuktikan prestasi yang cemerlang untuk menambat hati rakyat. Namun apa yang berlaku pada hari ini ialah Presiden UMNO yang diketahui merupakan proksi Najib cuba mempergunakan kedudukan UMNO sebagai suara terbanyak dalam kerajaan PN untuk mencari jalan keluar dari pertuduhan dan hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah. 


Pergeseran ini amat tidak menyenangkan rakyat kerana ia JELAS hanyalah masalah sebuah parti politik dan tokohnya, BUKAN MASALAH NEGARA. Jalan undang2 yang dimulakan dari zaman kerajaan PH ini tidak akan menyebelahi Najib. UMNO tidak boleh biarkan Najib bersendirian menghadapi hukuman. Najib tidak setabah Anwar yang meringkuk dalam penjara bertahun2. Bohonglah jika kata Najib tidak buat apa2 untuk mengelak dari dipenjarakan. 


Akhirnya rakyatlah yang terpaksa menghadapi ketidaktentuan politik negara. Pelabur menjauhkan diri dan kes jangkitan semakin tidak terkawal apabila kerajaan hilang tumpuan.

No comments:

Post a Comment