Saturday, November 14, 2020

NAJIB DAN UMNO TIDAK BERMINAT NAK BANTU RAKYAT DALAM ISU KWSP. HANYA JADI ALAT BAGI PARLIMEN DIBUBARKAN UNTUK DAPAT KUASA

 

Sepatutnya tak perlu layan tuntutan Najib Razak untuk keluarkan akaun 1 KWSP. Cara bagaimana pun ia diluluskan percayalah Najib akan mengeluarkan helah untuk menekan kerajaan dan seterusnya menggagalkan kelulusan bajet yang amat diperlukan rakyat ini. BUKTINYA, Najib kini menjadikan KWSP sasaran sebagai penyelesaian tuntas untuk keseluruhan masalah yang berpunca dari pendemik. Maka kewangan KWSP terus ditekan dan isu terus dimainkan kerana beliau mahu kata dua "sokongan bersyarat" dalam perbahasan bajet sebelum ini berpihak kepada kegagalan kerajaan untuk dipenuhi yang akhirnya menyebabkan block Barisan Nasional yang diwakili beliau menarik sokongan terhadap bajet. 


Apa yang akan terjadi kepada negara jika ia berlaku? Maka apa yang dibimbangkan oleh rakyat Malaysia iaitu pembubaran parlimen serta PRU 15 akan mengambil tempat. Perbelanjaan untuk menampung gaji frontliner dan seluruh peruntukan bajet untuk bantuan kepada rakyat akan ditangguh sehingga kerajaan baru dibentuk dan kemudian membentangkan belanjawan mereka pula. Ya semua ini berlaku dalam keadaan rakyat perlukan kerajaan tetap fokus menangani wabak untuk menyelamatkan nyawa rakyat dari menerima nasib seperti negara2 mempunyai jumlah korban yang sangat mengerikan. 


Mengapa PRU lebih penting bagi Najib dan UMNO dari rakyat?


Penting bagi Najib dan UMNO untuk menggulingkan PM kerana tekanan dari akar umbi terhadap pemimpin yang dilihat lemah dan tak berdaya berdepan dengan PM sangat membuat mereka rasa terhina. Mereka lupa bahawa sebenarnya mereka telah pun terlalu lemah apabila menghadapi PRU 14 dan hanya boleh menang jika bergabung dengan PAS. Dengan adanya PPBM maka gabungan ini bakal mewujudkan kerajaan dibawah suara wakil rakyat MELAYU ISLAM semakin kukuh. 


Itu masalah UMNO. Masalah Najib pula sudah tentu disebabkan keputusan mahkamah terhadap kes SRC beliau menjadi punca utama PM perlu digulingkan. Sangat mudah untuk baca percaturan kali ini. Sebahagian ahli parlimen UMNO sudahpun meluahkan rasa risau dengan gerakan politik UMNO yang diketuai Najib ini bakal meruntuhkan kerajaan gabungan melayu Islam.  


Rakyat akan melihat dengan jelas perebutan kuasa sesama Melayu Islam sebaik sahaja parlimen dibubarkan. Malah akan lebih rancak apabila PAS yang terlebih dahulu berikrar untuk tetap bersama2 PM bakal memperlihatkan UMNO sebagai parti yang perlu dijauhi kerana sikap mereka yang angkuh dan sombong tidak sesuai untuk berada dalam gabungan dan boleh membawa risiko kepada kerajaan yang bakal dibentuk. 


Maka sedarlah kita semua bahawa Najib dan UMNO dalam kemelut yang terlalu mendesak untuk mendapatkan kuasa. Mereka sebenarnya tidak peduli tentang kesusahan rakyat. Itu bukan perkara utama buat masa ini. Isu KWSP hanya alat untuk mereka mempermainkan rakyat bagi mencapai matlamat mereka. Mungkin itu pilihan terbaik yang mereka ada namun bagi rakyat terutama sekali BANGSA MELAYU ISLAM maka ia satu tindakan yang merugikan dan tidak sensitif kepada penderitaan yang ditanggung kebanyakkan rakyat pada masa ini. 


Dalam keadaan parti melayu yang saling bertelagah ini maka setelah hilangnya kerajaan PN adakah lagi peluang kerajaan MELAYU ISLAM kembali sesudah melalui PRU nanti?



No comments:

Post a Comment