Friday, January 18, 2019

PENJAJAHAN CINA TERHADAP TANAH MELAYU?



Sewaktu ketika dahulu apabila isu penjualan beberapa kawasan tanah tambak disensasikan oleh Mahathir, maka ramailah yang sanggup memburuk-burukkan keluarga di-Raja Johor. Mahathir mengaitkan ia sebagai satu bentuk PENJAJAHAN yang kononnya bakal menyebabkan negeri selatan tanah air itu dihuni oleh warga asing hingga rakyat tempatan merasa terancam, Padahal ia tidak lebih daripada sekadar transaksi perniagaan hartanah biasa berlaku dimana-mana negara yang mengamalkan ekonomi bebas. 

Perkataan PENJAJAHAN ketika itu amat berkesan membangkitkan kemarahan kerana ia cukup mudah difahami dan tindakbalasnya tidak perlu diajar. Namun adakah boleh perkataan yang sama kita gunakan terhadap situasi politik negara masakini yang amat jelas dikuasai sebuah parti berasaskan kaum cina? Bolehkah kita anggap melayu telah dijajah oleh cina sedangkan kedua-dua bangsa itu membentuk kumpulan terbesar rakyat Malaysia? 

Penjajahan juga membawa maksud penindasan. Menguasai pemerintahan negara adalah kedudukan yang amat selesa untuk digunakan bagi menindas pihak lain. Tetapi bukankah baik melayu mahupun cina kedua-duanya tetap merupakan rakyat Malaysia? Itu semua bergantung kepada tahap integrasi yang berlaku diantara kedua-dua kaum. Sekiranya terdapat jurang pemisah yang cukup besar maka memegang status kerakyatan yang sama bukan sebab kukuh mereka saling menghormati dan membawa hasrat yang sama dalam mengemudi negara. 

Jika diambil kira kedudukan Melayu dalam Perlembagaan Negara maka ia membawa maksud sungguhpun cina yang diberi kuasa untuk memerintah negara, mereka TETAP perlu memberi khidmat yang terbaik bagi memastikan bangsa melayu diperkasa dan diberi segala macam bentuk bantuan mengatasi kaum-kaum lain di negara ini. Memang cukup harmoni jika hal itu berlaku. Namun apa yang berlaku disebabkan tolak ansur pemimpin melayu yang cukup longgar dalam membentuk identiti rakyat negara ini menyebabkan cina dan melayu dipisahkan sejak alam persekolahan lagi. Apabila kurangnya persefahaman yang dibentuk secara semulajadi maka mereka sangat bergantung kepada prasangka. Mereka mula menganggap kedudukan mereka boleh terancam dan saling bersaing untuk kelangsungan bangsa masing-masing. 

Apakah benar cina kini MENJAJAH melayu? 

Kita masih mempunyai seorang Perdana Menteri Melayu dan nisbah kedudukan Menteri Kabinet yang seimbang antara kaum. Namun harus diingat di dalam buku sejarah, orang melayu diceritakan telah bersilih ganti DIJAJAH oleh Portugis, Jepun dan Inggeris sungguhpun Raja-Raja Melayu tidak pernah turun tahta sejak beratus tahun lamanya. Melayu telah dijajah kerana mereka tidak bebas mengutip hasil bumi mereka untuk kepentingan bangsa mereka sendiri. Mereka terpaksa tunduk dengan syarat dan perjanjian British yang berkuasa melalui penempatan residen Inggeris di negeri-negeri sebagai penasihat Sultan. 

Bagaimana pula dengan situasi kerajaan mutakhir ini? Jawapannya ia bergantung kepada syarat-syarat dan perjanjian diantara pemimpin politik yang membentuk kerajaan. Pembahagian beberapa jawatan strategik, keputusan-keputusan yang telah diambil kerajaan serta peruntukan kewangan dapat memberikan mesej yang cukup jelas untuk membantu kita bagi menjawab sama ada benarkah pernyataan bahawa  melayu kini sebenarnya telah DIJAJAH oleh orang cina. 







No comments:

Post a Comment