Friday, December 14, 2018

BERBUAH DI DAHAN YANG RAPUH




Najib seorang yang idealis dan mempunyai kemampuan luarbiasa untuk membawa Malaysia terus maju kehadapan JIKA beliau mempunyai kuasa MONARKI. Namun hakikatnya beliau hanyalah lantikan suara rakyat yang berstatus majoriti mudah. Kedudukan beliau sangat RAPUH.

Pun begitu beliau terus jua melaksanakan agenda idealisnya tanpa mempedulikan risiko kerapuhan kedudukan beliau sendiri. Lebih malang apabila beliau tumbang ia membawa Melayu dan Islam tenggelam bersama.

Kini beliau menyedari diri beliau dan perjuangan idealis beliau tidak lagi penting berbanding survival Melayu dan Islam. Hampir semua usaha beliau selama menjadi Perdana Menteri dimusnahkan dan tidak lagi bermakna apa2 apabila beliau hilang kuasa.

Sunday, December 9, 2018

KISAH HIDUP BERMAJIKAN MAHATHIR DAN ANWAR



Saya fahamlah kalau bekerja dengan majikan cina ni.. Apa dia hendak memang tak boleh nak bantah walaupun terpaksa memangsakan kawan kita sendiri. Begitulah yang dihadapi Mahathir sekarang.. Apa saja Lim Kit Siang mahukan dia akan turuti. Habis semua peruntukan kepada Melayu Islam dibatalkan.. Dari subsidi baja pesawah, bantuan untuk nelayan sampailah ke pembinaan masjid baru semua disekat. Sekolah swasta cina pula menerima bantuan. Jika dibantah atau gagal laksanakan arahan maka Mahathir perlu berhati2 kerana pasti akan ada pihak lain yang sanggup lakukan hal itu dan bersedia untuk menggantikan beliau.

Kesudahan perhimpunan 812 yang menghimpunkan hampir 2 juta orang Melayu seluruh negara di Kuala Lumpur sudah semestinya membuatkan Lim Kit Siang jadi takut. Kesempatan ini digunakan Mahathir untuk memujuk Lim Kit Siang agar lebih berperi kemanusiaan kepada orang Melayu demi menjaga keselamatan beliau sendiri. Dalam masa yang sama Anwar pula membayangkan kesediaan untuk membawa semula usaha rektifikasi ICERD jika beliau berkuasa dengan harapan dapat mempercepatkan peralihan kuasa.

Begitulah orang Melayu memang sentiasa selesa dengan suasana hidup saling menjatuhkan antara satu sama lain asalkan bukan mereka yang SEBANGSA dan SEAGAMA menjadi MAJIKAN.

#ICERD

#812

#BUBARPARLIMEN

#HIDUPMELAYU

#KERAJAANBUMIPUTRA