Monday, October 1, 2018

DOKTRIN BERSIH HALANG DARURAT



Pernah disuatu ketika saya terdengar kebimbangan segelintir ahli politik kononnya membayangkan sekiranya BN dan UMNO hampir hilang kuasa pentadbiran kerajaan maka akan ada perancangan kacau bilau untuk membolehkan negara diperintah dengan menggunakan undang2 darurat dan seterusnya menghalang pembangkang menguasai Putrajaya.

Pada ketika itu saya berharap ia benar2 akan berlaku sebagai langkah yang perlu diambil apabila kedudukan dan kuasa politik orang Melayu terancam dek demokrasi mutlak.

Namun sejak beberapa tahun yang lalu dengan siri demo BERSIH yang menuduh negara mengamalkan pilihanraya kotor menjadikan kerajaan dan pemimpin mulai mendakap erat dan menjadikan demokrasi bebas sepenuhnya sebagai prinsip peribadi serta penghormatan tidak berbelah bagi kepada mandat dan kuasa penentu rakyat.

Ternyata ia tidak sia sia apabila demokrasi tidak lagi berpihak kepada kuasa orang Melayu proses penyerahan kuasa terjadi dengan begitu aman sekali.

Maka lenyaplah sudah kisah telekkan yang menyedapkan hati. Tanggapan bahawa pemimpin atasan sentiasa ada jalan untuk mempertahankan kuasa orang Melayu ternyata  meleset meleset meleset sama sekali. Pemimpin atasan telah termakan strategi BERSIH yang memberi tekanan hingga memaksa pemimpin berbangga dengan proses peralihan kuasa yang menjadikan ia sebagai BUKTI himpunan BERSIH tidak tepat sama sekali.

BERSIH memainkan peranan menjadikan kuasa orang Melayu terlepas dengan lebih mudah tanpa sebarang halangan.

Kini nasi sudah jadi bubur. Jika dikenang ia hanya membengkakkan hati. Namun UMNO hanya boleh angkat muka untuk memulakan permainan baru jika mereka sanggup berjanji jika diberikan kuasa semula jangan sekali2 menyerahkan kuasa kepada pihak lawan dengan begitu mudah. Pemimpin perlu bijak menggunakan apa sahaja kuasa yang ada dalam tangannya untuk memastikan kuasa orang Melayu tidak akan terlepas lagi ketangan bangsa pendatang. Hak orang Melayu di bumi mereka sendiri bukan sesuatu yang boleh dipertaruhkan. Ia bukan sekadar modal politik yang biasa timbul dan  tenggelam mengikut cuaca.

No comments:

Post a Comment