Saturday, September 8, 2018

SEKALI PANTAI BERUBAH...






Orang dah berpuluh tahun makan maggi... Mereka sampai tak biasa sebut mee segera... Maggi tu lah mee segera..  Sekali sekala mereka terfikir nak tukar selera..  Nak cuba maggi mamee ... EH SEDAP PULAK.. Menyesal mereka kerana selama ini asyik percaya hanya maggilah mee segera paling sedap didunia. Sebelum ini mereka tak berani untuk buat perubahan.

Sentimen sebegini banyak mempengaruhi rakyat di negara kita terutama sekali mereka yang tinggal di bandar2. Kehidupan mereka semakin maju dan mampu untuk mencipta pelbagai perubahan yang mana kebiasaannya lebih baik dengan harga yang lebih murah.

Pengalaman yang positif ini memberi keyakinan bahawa perubahan itu walaupun perit, ia pasti membuahkan hasil. Mereka yang telah berkorban demi perubahan itu akan tetap mengharapkan hasilnya dan akan terus memberikan lebih masa serta kekal bersabar.

No comments:

Post a Comment