Sunday, August 12, 2018

MEROMPAK? MENCURI? ADAKAH KITA PASTI?



MEROMPAK? MENCURI? APAKAH KITA PASTI?

Mudahnya perkataan seperti itu keluar dari kata-kata kita. Mana datang dan asalnya? Adakah kita melihat  perbuatan itu berlaku? Siapakah yang mengesahkannya? Jika tiada bukti kita menuduh berdasarkan apa? Cukupkah sekadar ramai orang memperkatakan tentang perkara yang sama?

Apakah hubungan kita dengan orang yang kita tuduh? Apa sebab kita begitu yakin dengan tuduhan yang kita buat? Adakah kita terlibat dengan siasatan atau diri kita sendiri menjadi saksi kejadian? Atau kita sekadar mendengar cerita orang? Boleh jadi betul dan boleh jadi tidak.

Jika tidak betul apa akibatnya? Atas kepercayaan agama mana yang kata kita boleh terlepas jika suka2 menuduh orang tanpa bukti?  Mengapa tidak biarkan saja mereka mereka yang berani menuduh menanggungnya. Apa perlunya kita terlibat sama atas perkara yang kita tidak pasti?

Apa perasaan kita jika orang mengatakan perkara yang tidak betul tentang diri kita?Mahukah diri kita dituduh dilaung atas perkara yang sama? Apa sudahnya jika penafian dan penjelasan kita tak seorang pun mahu ambil peduli? Marah atau Pasrah? Apakah kesudahannya? Apakah yang mampu kita lakukan?

Dimanakah kewarasan kita? Dimanakah pertimbangan kita? Apakah makna ini semua? Adakah segala perlakuan kita ini tidak akan dikira dalam kitab amalan? Sudah lepaskah kita dari perhitungan antara syurga dan neraka? Atau bolehkah kita hanya melihat kawan2 serta sanak saudara kita sahaja yang akan dibungkus dan ditimbus dalam tanah tetapi tidak kepada diri kita? Adakah hanya apabila tubuh badan kita kesejukan menanti sakaratulmaut baru kita berharap agar kita tidak pernah menuduh sesiapapun dengan perkara yang tidak baik agar ulat dan perut bumi menjaga tubuh kita dengan baik?

No comments:

Post a Comment