Friday, August 17, 2018

100 HARI: RAKYAT BARU SEDAR TENTANG PRESTASI BERBANDING OMONG KOSONG



YB KJ kata rakyat tak kisah PH tunai manifesto atau tidak. Ya itu hanya mewakili sebahagian jenis pengundi yang terlalu taksub dengan politik kepartian. Ramai lagi golongan rakyat yang memerhatikan secara dekat prestasi kerajaan PH dan memperbandingkan dengan kerajaan terdahulu terutama sekali mereka yang telah banyak menerima manfaat dari kerajaan dahulu.

Ada yang sudah keluar dari cara berfikir dikuasai persepsi. Hakikat kerajaan telahpun bertukar tangan membantu untuk menghilangkan banyak persepsi negatif samada ia direka oleh PH ataupun yang terbit dari imej BN sendiri. Rakyat kini lebih fokus tentang perkara yang mereka kurang memberi perhatian ketika membuang undi dulu, iaitu apa yang mereka boleh dapat dari kerajaan.

100 hari jelas menunjukkan Kerajaan PH hampir putus nafas memberikan pelbagai alasan bagi menutup kegagalan. Terbaru kenyataan Tun Mahathir bahawa negara lebih kaya jika rakyat bergaji rendah dan kecaman beliau terhadap rakyat Malaysia kononnya suka kepada wang percuma, menggambarkan betapa kuat tekanan rakyat tidak kira dari pembangkang mahupun penyokong mereka sendiri. Ini adalah pengenalan dan permulaan yang cukup tidak baik bagi PH yang buat julung kalinya diberikan peluang memerintah negara.

Tindakan PH tergopoh-gapah menghentikan kutipan cukai GST selama 3 bulan mengesahkan kepada rakyat cara urus tadbir Kerajaan PH yang amat tidak cermat dan meletakkan kewangan negara diambang defisit.

Oleh itu dalam politik KJ tidak boleh pukul rata dan menafikan impak beberapa isu kegagalan kerajaan PH dan mendakwa rakyat secara keseluruhannya tidak kisah jika PH abai janji tunai manifesto. Sebarang isu kegagalan kerajaan PH perlu diambil peluang dan mendapatkan seberapa ramai rakyat tahu dan tidak ketinggalan memerhatikan gelagat kerajaan pilihan mereka.

No comments:

Post a Comment