Sunday, June 10, 2018

ORANG MELAYU AKAN BERFIKIR SEMULA - KU LI




"UMNO dan PAS mewakili parti terbesar orang Melayu Islam yang membentuk hampir 60% rakyat di negara ini, ia belum termasuk bumiputra  di Sabah dan Serawak. Mereka ini disisih dari kedudukan mereka sebagai pemerintah dalam PRU ini. Mungkin mereka selepas ini akan berfikir semula tentang keadaan ini dan bertindak ingin kembalikan suara mereka dalam kerajaan."

Itulah ujar Tengku Razaleigh Hamzah sebaik sahaja ditanya tentang peluang UMNO untuk bangkit semula mentadbir negara. Undi yang diperolehi oleh PH hingga mampu untuk membentuk kerajaan pada hari ini adalah datangnya dari mereka yang selama ini mengundi kepada UMNO & BN. Mereka ini mungkin mempunyai sebab-sebab tertentu yang bersifat sementara ketika bertindak mengundi PH. Isu berkaitan Islam dan Melayu amat dekat dihati mereka. Jika PH terutamanya DAP melaksanakan dasar yang menyebabkan Islam dan Melayu rugi, sudah tentu ia tidak mengambil masa bagi orang Melayu untuk kembali menyokong UMNO.

Perlantikan Peguam negara sebagai contoh yang cukup kuat menyebabkan orang Melayu mula mencegilkan mata mengakui kesilapan mereka mengalihkan undi kepada PH. Bagaimanakah seorang AG bukan Melayu dan beragama katolik membuat keputusan dalam pendakwaan jika terdapat pertikaian atau konflik antara penganut agama Islam dan Kristian?




No comments:

Post a Comment