Thursday, May 17, 2018

SUCI DALAM DEBU






Saya sebagai antara mereka yang sekian lama mempertahankan Dato Seri Najib di Media Sosial menyaksikan hampir setiap hari Beliau dimaki hamun.. dipersenda .. dipanggil dengan nama yang buruk.. Isteri beliau dijadikan sasaran.. dan sepanjang masa itu tidak ada seorang pun dapat memberikan sebab yang jelas kenapa mereka sanggup memperlakukan pemimpin negara sedemikian rupa.

Namun dari riak wajahnya semalam saya dapat rasakan apa yang berlaku kini seolah2 satu proses yang memberi tamparan kepada mereka yang selama ini mencela beliau. Satu persatu tuduhan yang kononnya menjadi sebab beliau amat dibenci kini terpaksa dijelaskan sendiri oleh musuh beliau setelah mengambil alih pentadbiran negara.

Beliau kelihatan tenang dan tidak sedikit pun melatah. Sebaliknya wajah musuh beliau pula yang jelas kelihatan letih tidak bermaya kerana terpaksa menggalas tugas yang amat besar diusia tua pikun.

Seperti dalam ucapan terakhir beliau seusai PRU lalu... Beliau telahpun lakukan yang terbaik buat rakyat Malaysia. Ia kini terbukti apabila diakui oleh bekas gabenor yang dilantik musuh beliau sendiri untuk menjaga ekonomi.

Segala usaha beliau yang baik untuk rakyat seperti ECRL dan BRIM tetap diteruskan. Rakyat negara ini terus dapat menerima manfaat hasil usaha yang beliau ilhamkan. Cuma GST sahaja tetap kekal dihapuskan yang mana ia merupakan langkah yang sangat berisiko kepada kerajaan musuh beliau kerana perlaksanaannya bakal menyusutkan pendapatan negara dan mungkin juga menjadi kemarahan rakyat apabila sudah ada peniaga menjangkakan harga barang akan naik.

Bezanya kini beliau dapat lebih masa untuk luangkan bersama keluarga setelah lebih 40 tahun menghambakan diri kepada negara. Beliau akan dikenang sebagai Perdana Menteri yang terbaik rakyat Malaysia pernah ada. Terima Kasih Dato Seri... Kami akan merindui kepimpinan Dato Seri.. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa Dato Seri kepada kami semua.



Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlinding jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua

No comments:

Post a Comment