Thursday, December 7, 2017

BERDOSA TIDAK BERSAMA UMNO: MUNGKIN PEMBANGKANG BELUM JUMPA AYAT INI




Keluarga 'Imran ('Āli `Imrān):28 - Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali(mu).

Perlukah pentafsiran lagi bagi ayat ini? Jelas ayat ini merupakan asas yang kuat melarang atau MENGHARAMKAN orang Islam dari berwali atau berpemimpinkan orang kafir.

Mungkin ada yang menganggap ayat ini boleh digunakan untuk kepentingan politik. Namun mereka harus ingat agama itu mengatasi segala-galanya. Arahan ini terpakai kepada sesiapa yang mengaku beriman dan ia sebagai panduan dan BATAS bagi orang Islam dalam BERPOLITIK.

Umum tahu sesuatu arahan yang terkandung dalam AL QURAN disertai ancaman siksa seperti ini langsung tidak boleh diperdebatkan lagi. Ia merupakan salah satu hukum yang telah dimuktamatkan sama seperti solat, zakat, puasa yang mana mengabaikannya adalah suatu dosa.

Dalam suasana politik yang mengamalkan demokrasi seperti di Malaysia ini jelas hanya 2 kumpulan yang bertanding. Satu kumpulan diketuai oleh orang Islam dan satu lagi mengikut jumlah kerusi yang dimenangi diketuai oleh orang kafir. Namun dalam kumpulan yang diketuai oleh orang kafir itu mempunyai sebilangan orang Islam berjuang dibawahnya.

Mungkin belum ada sesiapa memperingatkan mereka dengan ayat ini atau mereka hanya bertuhankan dendam dan hasad dalam diri sendiri hingga sanggup ditimpa bala bencana. Janji Allah itu benar.. Tiada keraguan dan mereka pasti akan dipertanggungjawabkan jua atas keingkaran mereka.

No comments:

Post a Comment