Friday, June 2, 2017

MAHATHIR HANYA MERAJUK



Tun M bukanlah seorang yang bodoh, nyanyuk jauh sekali. Beliau tetap pemimpin yang disegani sama seperti dulu.  Apa yang beliau lakukan sekarang hanyalah menifestasi kemarahan beliau ke atas DS Najib kerna tidak menuruti permintaannya.

Beliau tahu usaha beliau dalam pakatan pembangkang tidak akan ke mana-mana, malah beliau sudah cukup berpuas hati jika hanya dengan kewujudan partinya saja menjadikan UMNO dan DS Najib rasa kurang selesa.

Sebab itu beliau tidak pernah kisah dengan sebahagian orang kanannya yang bertindak keluar parti kerana kewujudan parti PPBM bukanlah bersifat jangka panjang.

PPBM tidak dapat menawarkan apa-apa yang significant kepada pakatan pembangkang hingga PPBM tidak diberi peluang dalam perbincangan siapa sepatutnya menjadi Perdana Menteri.

Orang merajuk memang ubatnya perlu dipujuk. Namun bukan mudah bagi dua individu ini hatta untuk menurunkan sedikit tahap ego mereka dalam keadaan masing2 mempunyai pengaruh dan sokongan yang cukup kuat.

No comments:

Post a Comment