Monday, March 13, 2017

TUMBANG JOHOR MAKA TUMBANGLAH NAJIB



Mahathir adalah living legend. Selagi dia masih hidup dia akan tetap mahu buktikan bahawa dia berhak diangkat dalam sejarah sebagai individu yang paling berpengaruh tidak kira dari sudut mana sekalipun beliau meletakkan dirinya dalam kancah politik negara.

Saya yakin setelah buntu mencari jalan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak, beliau kini mengatur strategi untuk paling tidak menguasai sebuah negeri di selatan tanah air yang juga dikenali sebagai tempat lahirnya UMNO. Najib sebagai Presiden UMNO pasti akan menerima tamparan hebat atas terlepasnya kubu kuat UMNO ketangan pembangkang serta merta memaksa beliau untuk meletakkan jawatan.

Langkah sang negarawan bukan lagi kekok mempergunakan sesiapa saja untuk dijadikan sebagai kuda tunggangan agar beliau sampai ke destinasi yang diinginkan.

SPRM yang telahpun berkampung dari jabatan ke jabatan.. dari daerah ke daerah mencari bahan untuk diolah dan dijenamakan agar masyarakat mentafsirkan ia sebagai rasuah. Yang mana selama ini didiamkan mula dibongkar. Sampai ustaz2 dijabatan agama pun menjadi mangsa pukat tundanya. Cukup masanya negeri ini sudahpun bersedia untuk menerima era baru.

YB2 yang sudah lama memasang insuran telah bersedia mengekalkan kedudukan tidak kira parti manapun yang bakal membentuk kerajaan. Tidak siapapun lagi dapat menduga samada Perdana Menteri dapat lepasi permainan ini sama seperti yang sebelumnya. Yang pasti masih belum terlambat untuk menyelamatkan Johor. Moga Allah berkati Johor.

No comments:

Post a Comment