Tuesday, March 21, 2017

DR MAHATHIR KADOK NAIK JUNJUNG



Melalui buku DOCTOR IN THE HOUSE, Dr Mahathir menggunakan beberapa muka surat dalam pengenalan untuk menerangkan betapa bangganya beliau menjadi satu-satunya PERDANA MENTERI yang bukan dari keturunan BANGSAWAN ataupun ARISTOCRAT. Tetapi beliaulah antara tokoh yang paling kerap mencabar BANGSAWAN seolah-olah beliau juga berasal dari golongan itu. Itulah yang dimaksudkan dengan pepatah lama APABILA KADOK NAIK KE JUNJUNG.

DR MAHATHIR menganggap tiada siapa boleh menghalang dirinya untuk berkata apa saja hingga sanggup berbalah dengan Sultan Johor. Padahal kedudukan Sultan Johor bukan ditentukan oleh politik seperti kedudukan Perdana Menteri yang pernah beliau sandang sebelum ini.

Mungkin beliau memperkecilkan kedudukan Sultan dan menganggap hanya Perdana Menteri yang bijak seperti dirinya sahaja layak mengumpul kekayaan dari hasil negara.

DR MAHATHIR lupa kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri sebelum ini adalah sekadar amanah yang wakilkan oleh Raja-Raja Melayu untuk mentadbir negara demi kesejahteraan rakyat. Beliau bukannya raja ataupun setaraf dengannya.

Dengan kekayaan luar biasa yang ada pada dirinya, proksi2 koperat dan anak2 beliau sendiri yang merupakan BILLIONAIRE terkemuka sudah cukup memberi gambaran kepada umum jenis PERDANA MENTERI yang bagaimanakah yang bernama DR MAHATHIR ini.

No comments:

Post a Comment