Monday, January 23, 2017

MYKMU DAN KONTROVERSI UCAPAN TPM



Saya tidak hairan jika MYKMU melalui bossnya Johari Ishak dan Ab Jalil Backer antara yang amat tersinggung dengan ucapan TPM Zahid Hamidi. Saya antara ratusan penggiat media sosial yang berjaya didekati melalui pelbagai inisiatif dan program demi memantapkan lagi jaringan komunikasi serta keberkesanan gerakan menyerang dan menepis serangan FITNAH pembangkang.

Saya yakin ramai lagi rakan2 media sosial diluar sana tetap teguh memberi sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan PERDANA MENTERI dan mahukan Barisan Nasional terus memerintah negara ini demi kestabilan politik dan ekonomi serta mengekalkan legasi kepimpinan Bangsa Melayu di bumi bertuah ini.

Saya berharap ucapan TPM itu bukanlah membayangkan bahawa segala usaha MYKMU menghimpunkan penggerak media sosial selama ini telah menemui kegagalan. Bertambah dan berkurangnya sokongan rakyat terhadap kerajaan sangat bergantung kepada dasar2 yang memberi manfaat kepada rakyat dan cara kerajaan menangani permasalahan rakyat, tiada kaitan dengan usaha yang sedang dijalankan oleh MYKMU.

Golongan penggiat media sosial yang didekati oleh MYKMU adalah mereka yang mendedikasikan masa menyumbang buah fikiran dengan hujah yang tersendiri untuk menepis fitnah serta memupuk kesedaran dikalangan rakyat agar mempunyai sikap yang betul dalam menyantuni usaha kerajaan memperbaiki mutu kehidupan mereka.

Saya amat berharap MYKMU terus menjadi penghubung antara kerajaan dan penggiat media sosial agar kedua2 pihak dapat menyumbang dengan lebih berkesan demi menjayakan matlamat bersama.

No comments:

Post a Comment